​Tips Elak Kredit Anda Kena Tolak dan Data Cepat Habis

Kadang-kadang saya mendapat aduan dari pengguna simkad toneexcel yang kredit mereka cepat habis lepas guna simkad toneexcel ni. Biasanya ia disebabkan oleh kurangnya ilmu kita berkaitan pengurusan data.

Disini saya kongsikan tips yang boleh digunakan. Tips ni boleh juga digunakan untuk Pengguna simkad jenama lain juga.

Jom baca

TIPS ELAK  KREDIT ANDA KENA TOLAK & DATA CEPAT HABIS..

××××××××××××××××××××××××××

1⃣CONFIRM 1.5GB DATA FREE

Jika topup rm30 akan dapat automatik data 1.5GB,  15 hari free..biasanya dalam beberapa minit akan dapat sms pengesahan… Dail *134# untuk semak baki data..biasanya akan tunjuk macam ni..DATA Bal: 1048576 KB, Exp:xx-xx-xxxx….ini bermakna data 1GB dah aktif..barulah ON mobile data dan main internet, fb, wassap dsbnya…baki rm30 anda tak akan ditolak…✌
2⃣DATA PLAN RENEW AUTOMATIK

Jika sebelum ni ada langgan data (DL, DM, DH), kredit akan kena tolak automatik jika tarikh akhir langganan tiba. Jika anda ada langgan 500MB (DL) maka kredit akan kena potong rm28.Jika anda ada langgan 1GB (DM) maka kredit akan kena potong rm36.. Jadi, sila stopkan langganan..caranya buat sms taip DL STOP atau DM STOP dan hantar ke 2222..tunggu sms pengesahan..kredit anda tak akan ditolak selepas ini..:)
3⃣CAJ PAY PER USE

Jika BAKI data habis sebelum tarikh akhir..biasanya bila dail *134# akan tunjuk DATA Bal: 0 KB, kredit akan kena tolak jika anda masih guna internet, fb, wassap dan sebagainya.. Ini kerana simkad ini ada caj Pay Per Use..setiap aktiviti internet bersaiz 1MB akan dicaj 10sen terus dari kredit anda..jika 100MB dicaj rm10..begitulah seterusnya..

Untuk elakkan masalah ini sila Topup rm30 utk dpt lg 1GB free ATAU langgan data plan DL, DM atau DH..elakkan caj Pay Per Use..👌
4⃣TIADA LANGGAN PLAN DATA

Jika anda topup kecil seperti rm5 atau rm10 dan TIDAK ada melanggan DATA,.kecuali anda melanggan data plan daily dan weekly…matikan mobile data Hp anda jika tidak menggunakn internet dan applikasi seperti fb, wassap, an sebagainya…jika Hp hanya untuk call sahaja..sila matikan mobile data di Hp anda…kredit akan selamat..:)
5⃣AUTOMATIC UPDATE

SMARTPHONE anda boleh melakukan aktiviti UPDATE seperti update sistem OS dan applikasi android secara automatik..aktiviti ini akan mengurangkn baki DATA anda dengan cepat..jadi pastikan semua applikasi android spt FB, whatapps telegram dan sebagainya, google+, bahagian update perlu di setting secara MANUAL atau OFF kan sahaja atau update using WIFI sahaja…ini utk mengelakkn update secara auto…boleh jimat byk data…👍
6⃣YouTUBE dan FB VIDEO..

Aktiviti downLOAD dan upLOAD video memerlukn saiz data yg amat besar..mungkin sehingga 100MB atau 300MB..bergantung kepada tempoh dan kualiti video..jadi elakkan guna data mobile anda, sebaliknya guna jelah WIFI…:)

*************************************************************************

Nak beli topup harga murah ?

Atau nak mulakan bisnes topup?

Jom whatapps saya dengan klik  http://wassap.my/60129273808/topup

*************************************************************************