12 Kelebihan Onexox Yang Best

Sebelum ni saya ada ceritakan tentang 6 perkara yang saya suka dengan simkad onexox ini dimana dalam post tersebut saya ada ceritakan serba sedikit kelebihan onexox tapi tidak disebutkan semua kelebihan yang ada, jadi dalam post ini saya akan ceritakan semua kelebihan yang ada dan boleh dinikmati boleh pengguna simkad onexox.

Di onexox, kita ada pelan onexox prepaid dan onexox black. Ada kelebihan onexox yang diterima oleh pengguna kedua-dua jenis pelan dan ada yang khas untuk salah satu pelan sahaja. Apa yang penting, semua pengguna akan berpuas hati apabila menggunakan simkad onexox ini.

Kelebihan Onexox Prepaid

Untuk artikel ini, saya akan mulakan dengan kelebihan yang ada untuk pengguna simkad onexox prepaid kerana saya bermula sebagai pengguna pelan onexox prepaid ini.

Kelebihan Onexox #1 – Harga simkad yang sangat murah, RM10 sahaja

Dengan hanya RM10, anda sudah boleh menggunakan simkad onexox ini. Apabila anda pilih simkad onexox prepaid, dalam simkad anda sudah tersedia kredit percuma sebanyak RM5. Dan jika anda memilih simkad onexox black, anda akan terus menerima 2GB data dan 20 minit panggilan ke mana-mana telco.

Apa yang lebih menarik, bila anda memilih untuk mengekalkan nombor lama anda (MNP) untuk pelan onexox prepaid,anda akan terus layak untuk menerima tempoh sah sebanyak 28 bulan secara percuma.

Semua orang mampu guna simkad ni.Boleh cuba dulu dan kalau sudah puas hati, bolehla topup setiap bulan dan menikmati lebih banyak kelebihan lain yang lebih menguntungkan.

Kelebihan Onexox #2- Tempoh Sah Onexox Yang Panjang

kelebihan onexox tempoh sah 28 bulan

Ini adalah salah satu kelebihan onexox yang menjadikanya sebagai simkad yang disukai ramai. Dengan tempoh sah onexox sehingga 28 bulan untuk pengguna baru, ia dapat menyelesaikan masalah pengguna yang terpaksa topup simkad semata- mata untuk memastikan nombornya aktif walaupun jarang digunakan.

Kelebihan onexox yang ini menjadikan ia pilihan utama kepada anak- anak yang ingin membelikan hp untuk ibu bapa mereka di kampung. Ini biasanya kerana biasanya mereka jarang membuat panggilan keluar. Hanya menanti panggilan dari anak- anak sahaja.

Ramai juga ibu bapa yang membelikan simkad onexox ini untuk anak- anak mereka yang tinggal di asrama.Jadi tidak perlulah anak-anak topup hp mereka setiap bulan semata- mata untuk membuat panggilan.

Siapa lagi yang biasanya memilih untuk menggunakan simkad onexox kerana kelebihan panjang umur ini? Biasanya mereka yang ingin mendapatkan simkad kedua atau ketiga sebagai  nombor backup atau untuk kegunaan bisnes dan sebagainya. Jadi tidak perlulah mereka topup selalu.

Kelebihan Onexox #3- Welcome Deal untuk pengguna baru

Semua pengguna onexox prepaid layak untuk menerima promosi Welcome Deal ini.  Hanya topup dan langganlah  mana-mana pakej diatas, pelanggan LAYAK untuk mendapat tempoh sah 28 bulan. Promosi ini sah untuk 10 hari selepas simkad diaktifkan. Semua data dan minit panggilan akan dimasukkan ke dalam tabung Season Pass .

Kelebihan Onexox #4 – Tabung Season Pass Onexoxkelebihan onexox season pass

Season pass onexox mula diperkenalkan pada 2016. Ia memberikan peluang kepada pengguna untuk menikmati penjimatan yang lebih banyak. Ia digelar tabung season pass kerana ia membolehkan kita beli, guna, simpan dan kongsikan data dan minit panggilan yang kita anda.

Season pass boleh dibeli pada bila-bila masa atau semasa promosi happy hour. Yang lebih menarik lagi, apa yang disimpan dalam season pass ini tiada tempoh sah tertentu. Selagi simkad onexox anda aktif. Ia boleh digunakan bila-bila masa. Anda juga boleh kongsikan dengan semua pengguna onexox.

Kelebihan Onexox #5 – 10 Senarai  Friends and Family 

kelebihan onexox friends and family

Setiap pengguna simkad onexox boleh menyimpan 10 nombor yang sering dihubungi untuk mendapatkan kadar panggilan dan sms yang lebih rendah. Apa yang lebih menguntungkan ialah, pengguna boleh meletakkan nombor telefon apa- apa jenis telco dan termasuk nombor talian tetap. Sangat best kan? Sebab biasanya telco mensyaratkan untuk nombor telco yang sama sahaja.

Jadi bolehla kita letakkan nombor telefon keluarga terdekat dan rakan- rakan yang sering dihubungi tanpa mengambilkira telco yang mereka gunakan. Caj panggilan serendah 6 sen dan sms 2sen/sms untuk nombor yang didaftarkan dalama family and friends onexox

Kelebihan Onexox #6 – 1800 SMS Percuma

kelebihan-onexox 1800 sms percuma

Untuk setiap pendaftaran simkad onexox yang baru, pelanggan akan menerima 1800 sms sesama nombor onexox. Jumlah ini akan diberikan secara berjadual iaitu 150 sms setiap bulan selama setahun.

Kelebihan Onexox #7 – Caj Panggilan serendah 6 sen

Kelebihan onexox shortcall murahKebanyakan dari kita biasanya buat panggilan yang ringkas sahaja dan kurang dari 30 saat. Jadi, adalah lebih menjimatkan kerana onexox mengira blok panggilan minima sehingga 30saat pertama dan bukan 1 minit. Ini juga termasuk banyak panggilan yang tidak diangkat (miss call) dan terus masuk voice mail. Kebanyakan telco akan caj atas 1 minit panggilan. Tetapi di onexox, anda akan dicaj serendah 6 sen sahaja. Kadar panggilan akan lebih rendah apabila kita melanggan menggunakan season pass .

Kelebihan Onexox #8 -Akaun Fleksi DA dan MA

kelebihan onexox akaun da dan ma onexox

Simkad onexox akan mempunyai 2 akaun DA dan MA. Tujuan utama ialah untuk membolehkan  semua golongan pengguna dapat menikmati kadar murah. Sesetengah telco memberi penjimatan dengan bersyarat seperti jimat pada waktu-waktu tertentu sahaja atau top up lebih banyak untuk lebih jimat. Tetapi bagaimana golongan yang tidak mampu top up lebih seperti remaja dan sesiapa sahaja?

Oleh itu, pihak onexox datang dengan pakej dua akaun, di mana semua orang mampu menikmati dan ada bahagian kredit pada Kadar yang Rendah walaupun hanya top up RM5 sahaja.. Selain itu , pengguna dapat merancang perbelanjaan tambah nilai bagi menikmati kadar murah yang berterusan pada Akaun Dedikasi.. Kadar fleksi ini sah untuk caj panggilan dan sms sahaja.  Namun begitu, semakin ramai yang menggunakan season pass untuk menikmati lebih banyak penjimatan.

Kelebihan Onexox #9 – Akaun Selfcare Onexox

kelebihan onexox selfcare

Semua pengguna simkad onexox boleh memantau dan menguruskan  simkad onexox mereka dengan menggunakan akaun selfcare onexox. Antara kegunaan akaun Selfcare Onexox ini adalah untuk mebeli topup secara online banking, , Prepaid Bill statement, Langganan Data Internet, pengurusan nombor subline dan banyak lagi. Ia umpama pejabat maya untuk semua pengguna onexox.

Kelebihan Onexox #10 – Simkad Patuh Syariah

kelebihan onexox patuh shariah

Onexox adalah telco yang memiliki sijil patuh syariah. Dengan adanya sijil patuh syariah,ia menjadikan onexox sebuah telco yang telus dan serius didalam memastikan produknya benar-benar halal dan tiada keraguan. Sijil patuh syariah ini adalah hasil penilaian panel bebas dengan mengambil kira harga simkad dan topup, tempoh sah dan penambahan tempoh sah, caj pindahan kredit, data dan sms, pelan internet, season pass dan program ugu.

Kelebihan Onexox #11 – Menggunakan coverage celcom

Onexox merupakan telco yang menggunakan perkhidmatan celcom untuk kawasan liputannya. Kita pasti tahu bahawa liputan terbaik di Malaysia ditawarkan oleh Celcom. Jadi, dengan menggunakan simkad onexox, pengguna tidak perlu risau kerana di mana ada liputan celcom, insyallah onexox pun ada.

Kelebihan Onexox #12 – Buat Duit dengan Program UGU (User Get User)

kelebihan-onexox-ugu-onexoxSemua pengguna simkad onexox layak untuk menyertai program user get user ini. Hanya perkenalkan rakan-rakan dan ahli keluarga kepada simkad onexox dan anda akan dibayar 6% setiap kali mereka topup. Tak kisah mereka topup menggunakan cara apa sekalipun. Ia boleh menjadi salah satu sumber pendapatan sampingan yang lumayan jika dikerjakan dengan bersungguh-sungguh.

Penyertaan untuk ugu onexox ini adalah percuma dan tiada sebarang syarat dan KPI yang perlu dicapai. Asalkan simkad anda aktif,anda sudah layak untuk menerima hibah setiap bulan hasil topup pengguna yang anda perkenalkan.

Jika anda serius dengan onexox ini, bolehla mendaftar sebagai dealer onexox. Pastinya ia menjanjikan pendapatan yang lebih lumayan.

Okla, rasanya sudah banyak yang saya kongsikan mengenai kelebihan simkad onexox ini, Jika berminat untuk mendapatkan simkad onexox, bolehlah menghubungi saya melalui wasap. Untuk post akan datang, saya akan kongsikan mengenai kelebihan onexox black pula.

 

 

*************************************************************************

Nak  guna simkad Onexox ? Klik untuk info 

Nak mulakan bisnes topup?  Klik untuk info  

*************************************************************************