Archive for June, 2009

Panduan Daftar Downline Mymode

Seperti yang anda sedia maklum, perniagaan Mymode ini adalah mengikut sistem pelan MultiLevel Marketing. Bermakna, kalau ramai yang berdaftar sebagai agent bawah kita, maka makin tinggilah peratus keuntungan yang bakal kita perolehi. Samalah seperti kalau kita buka satu kedai makan, untungnya mesti tidak sama macam kalau kita ada 10 cawangan kedai makan di tempat yang lain.

Keuntungan:
Setiap seorang yang anda daftarkan dibawah anda (direct downline) anda akan dapat 10Mypoint (RM10). Katakan anda daftarkan Abu, anda dapat rebate tajaan 10Mypoint. Kemudian bila Abu daftarkan orang bawah dia katakan Ahmad, anda dapat 1Mypoint.

Ahmad pulak daftarkan Kassim bawah dia, anda dapat lagi RM1 rebate tajaan. Ini berterusan sehingga sepuluh level (tingkat). Dan sekiranya agent-agent dibawah anda ini membuat pembelian, maka anda dapat pulak bonus overriding mengikut percent-percent tertentu. Lumayan bukan?

65Mypoint akan ditolak dari akan anda. Pastikan akaun mymode anda mempunyai baki yang mencukupi untuk tujuan ini.

Caranya:
Di menu mesej, pergi ke “Create Message”,
Taipkan: PIN MYMODE <jarak> NEW <jarak> NO HP AHLI BARU

Contoh: 1234 NEW 0122378978

Send ke mana-mana GATEWAY Mymode dibawah:
0123051933, 0123868507, 0173660800 atau 0123033076 (untuk agent yg menggunakan talian maxis)
0193801633, 0192649311, 0132757700 atau 0196933199 (untuk agent yg menggunakan talian celcom)
0162018555 atau 0162281292 (untuk agent yg menggunakan talian digi)
* Untuk senarai GATEWAY terkini, sila rujuk dari Mobile Lounge Mymode.

Selepas SMS ini dihantar, agent baru tadi akan menerima satu SMS Jemputan daripada gateway Mymode.

Sila pastikan agent tersebut membalas SMS tersebut dengan menaipkan YES bagi melengkapkan proses pendaftaran.

Agen baru akan mendapat satu lagi SMS dari Mymode yang mengandungi no PIN Mymode

Panduan Tambah Modal Mymode

Selepas membuat belian prepaid pertama menggunakan modal RM11 yang diberikan semasa pendaftaran. Ahli perlu menambah modal untuk membuat belian seterusnya.

Pihak Mymode telah menyediakan 5 kaedah untuk ahlinya berbuat demikian, iaitu;

1) Secara Tunai

2) Melalui Kad ATM Maybank Kawanku- untuk pemilik kad ATM Maybank

3) Secara Online melalui CIMB Clicks - untuk pemilik akaun CIMB Clicks

4) Secara Online melalui CIMB Bazaar – untuk pemilik akaun Bank Islam, Hong Leong Bank, Maybank, Public Bank dan RHB Bank

5 ) Secara Online melalui Maybank2u

6) Secara Online melalui Bank Islam

7) Secara Online melalui Kad Debit Freedom Mastercard

8)  Secara Online melalui Ambank

Apa Matlamat Anda Bila Sertai Mymode?

Ok, saya dah tahu bahawa anda memang berminat nak tahu lebih lanjut tentang Mymode. Sebenarnya, terdapat 3 kategori orang yang berada didalam Mymode. Anda boleh pilih untuk berada di kategori mana:

1) Paling malas. Saya nak pakai sendiri je

Mungkin untung anda tidak banyak. Dari pembelian topup RM30, anda mungkin hanya akan dapat 60-80sen. Tetapi lihatlah pada faedah lain yang anda bakal perolehi.

Tak perlu start motor pergi kedai nak beli topup… Tak perlu kehulu-kehilir cari kedai yg bukak pukul 12 malam bila time emergency…. dan lagi. Hanya SMS je. Selama bertahun-tahun sebelum ini anda membeli topup dikedai, berapa ratus yang anda dapat dari tokey kedai handphone? usahkan ratus… 20sen pun belum tentu. Nak tambah malang lagi, prepaid RM10, pun kena bayar RM10.50 (ini selalu berlaku jika anda tinggal di kawasan luar bandar)

Bayangkan kalau anda pergi outstation atau bercuti, mesti agak sukar untuk mendapatkan prepaid kerana anda tidak biasa dengan kawasan yang dikunjungi. Dengan keahlian Mymode anda, ia bukan lagi masalah, dari bilik hotel atau bilik seminar pun boleh beli topup. Hanya SMS je, bukan ke senang tu.

2) Paling senang. Saya nak menjual

Margin keuntungan dalam penjualan prepaid topup memang agak kecil. Tapi bandingkan pula kelebihannya berbanding peniaga prepaid kad secara konvensional. Mereka perlukan modal yang besar bagi mengadakan stok untuk setiap jenis prepaid kad.

Paling tidak 50 keping maxis RM10, 20 keping maxis RM30, 10 keping Maxis RM60, 50 keping celcom RM10, 30 keping celcom RM20 dan sebagainya.

Ini kerana pelanggan minta macam-macam. Ada yg nak beli RM10 je. Ada pula nak beli yang RM50. Untuk ini sahaja modalnya dah dekat RM2000 – RM3000. Belum campur sewa kedai, lesen meniaga, dan masa yang dihabiskan untuk tercongok di depan kedai tersebut.

Dalam Mymode, kalau modal RM100, anda jual produk yg boleh dibeli dengan modal tersebut. Dapat cash, rolling je semula. Kedai anda boleh dibuka 24 jam sehari, boleh bergerak mengikut kemana sahaja kaki anda melangkah. SMS je bila ada pelanggan.

Anda tak perlu cerita panjang lebar tentang produk yang anda jual kerana semua orang dah tahu pasal prepaid. Tak perlu buat produk demo macam M.LM lain. Cuma maklumkan yang anda ada menjual prepaid, mesti ramai yang nak membeli dari anda.

Bukan cakap kosong ye, sebab ini adalah pengalaman saya sendiri. Walaupun saya tidak begitu menumpukan kepada jualan, saya boleh menjual sekitar RM500-RM600 sebulan hanya dengan beberapa orang pelanggan tetap di sekitar rumah saya.

3) Paling menguntungkan. Kembangkan jaringan (networking)
disamping guna sendiri/menjual.

Inilah yang saya lakukan keranan pelan pemasaran Mymode memang direkabentuk agar anda mendapatk keuntungan berterusan melalui pengembangan kumpulan anda.

Jika anda buka kedai makan,maksimum boleh dapat dalam sehari katakan RM2000. Itupun jika buka 24jam. Jadi macamana nak jadikan keuntungannya jadi RM4000 sehari? Tambah pekerja? Tambah kerusi? Tambah menu masakan?

Caranya adalah dengan membuka lagi satu cawangan dikawasan lain! Bayangkan jika anda mempunyai 100 cawangan kedai makan diseluruh Malaysia, berapa keuntungan yg anda bakal perolehi dalam sehari?

Begitu juga halnya dengan prepaid ni, tak ramai yang mampu nak buat jualan ribuan ringgit sebulan. Tapi jika anda dapat menaja mereka yang membeli prepaid sekitar RM100 setiap bulan pun dah mencukupi. Jika RM100 dibelanjakan oleh 10 orang downline setiap bulan, bermakna jualan kumpulan anda ialah RM1,000 .

RM100 x 10 orang = RM1,000

Mampukah anda seorang menjual RM1,000 sebulan? Tidak mustahil tetapi tak ramai yang mampu menjual sebanyak itu. Anda akan mendapat overide dari setiap belian yang dibuat oleh downline anda. Dan disinilah pendapatan berulang bakal anda perolehi. Ini kerana, setiap bulan pasti mereka akan tetap membeli topup. Jadi secara tak langsung anda mendapat pendapatan secara konsisten.

Apabila 10 orang downline anda itu berkongsi dengan 10 orang yang lain menjadikan tambahan 100 orang yang berbelanja RM100 sebulan. Menjadikan jumlah jualan RM10,000

RM100 x 10orang x 10orang = RM10,000 !

Begitulah seterusnya. Selagi anda konsisten didalam membuat penajaan dan sentiasa membantu downline anda , tak mustahil untuk memperolehi ribuan downline dalam jangkamasa 1 tahun. Pastinya ia bukan mudah tetapi ramai yang telah berjaya melakukannya.

Kumpulan Prepaid4u misalnya mempunyai lebih 60,000 ahli mymode dibawah naungannya dengan jualan sekitar 5 juta sebulan!. Dan saya sendiri telah mempunyai hampir 3,000 downline di seluruh negara dalam masa 27 bulan (Julai 2006 – Oktober 2008) dengan jualan kumpulan hampir RM300ribu sebulan.

Memang saya agak jauh ketinggalan berbanding Admin Prepaid4u, tetapi saya yakin dalam masa 5 tahun akan datang , tak mustahil bukan? Kerana saya pun tak sangka bermula dengan 0 downline, kini ia telah menjadi seramai ini!

Ia bukanlah skim cepat kaya, tetapi anda perlu percaya bahawa dengan usaha yang berterusan, tak jemu mempelajari dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari. Tak mustahil anda juga boleh berjaya. Anda hanya perlu bermula untuk kegunaan diri sendiri dan keluarga sahaja! Kemudian promosikan kepada rakan terdekat atau diseluruh negara. Dengan kuasa internet, tiada halangan untuk anda meluaskan cawangan diseluruh negara.

Jangan risau, sebab segala panduan dan teknik mepromosikan (ONLINE & OFFLINE) akan diberikan kepada anda sebaik sahaja anda menjadi ahli. Apa yang penting ialah BERMULA!