About
Laman web MyPrepaidSMS.com ini dibangunkan dengan objektif untuk menyalurkan maklumat mengenai bisnes Prepaid Mymode yang saya sertai.
Siapa saya?
Nama saya ialah Asmawati Abdul Manap dan merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Saya mula menjalankan bisnes prepaid mymode ini sejak 2006. Alhamdulillah serba sedikit pendapatan yang saya perolehi dapat membantu saya dan keluarga didalam mengharungi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Siapa Prepaid4u.net
Saya telah menyertai kumpulan Prepaid4u.net untuk menjalankan bisnes prepaid Mymode ini. ia diterajui oleh Saudara Adi Nor Jaafar. Selepas mengkaji beberapa grup online lain yang turut memberikan web replika untuk bisnes prepaid Mymode ini, saya lebih yakin dengan prepaid4u.net kerana melihat komitment pengasas dan ahlinya didalam memberikan bantuan dan sokongan kepada ahlinya. Ternyata pilihan saya tepat kerana sehingga kini, support sentiasa diberikan.
Siapa Mymode?
Saya kenali Mymode sejak tahun 2003. Kini (2010) bermakna sudah hampir 7 tahun ia beroperasi. Walaupun menghadapi pelbagai halangan dan masalah sepanjang ia beroperasi, saya masih tetap yakin bahawa Mymode tetap kukuh. Buktinya pihak Mymode telah berjaya bekerjasama dengan Maybank untuk meletakkan menu Mymode di mesin ATM Maybank Kawanku. Sebaris dengan syarikat gergasi lain.
paling penting, saya memilih mymode kerana yakin dengan pelan pemasaran yang disediakan. Ia memberikan peluang kepada kita semua untuk menjana pendapatan sampingan dengan kos minima. Produk utamanya iaitu prepaid adalah keperluan kita semua. Dengan syarat minima, kita boleh menikmati bonus mingguan setiap hari Khamis. Tak pernah terlewat sejak ia beroperasi.
Memang banyak peluang diluar sana yang memberikan kemudahan belian prepaid secara SMS dan online. terserah kepada anda untuk memilih yang terbaik (pada pendapat anda).
Salam sukses!
Asmawati