Cara beli topup guna Maybank2u

Adakah anda mempunyai akuan Maybank2u? Jika ya, tahniah! kerana banyak kelebihan yang boleh kita gunakan dengan Maybank2u, antaranya ialah dengan kemudahan membeli barang secara online dan paling istimewa membeli Topup dengan menggunakan Maybank2u.

Sebelum saya menjadi dealer topup, memang saya selalu membeli topup guna maybank2u ni untuk keperluan diri sendiri dan keluarga. Sangat mudah dan cepat  sebab semuanya dihujung jari.

Menarik bukan? dengan adanya perkhidmatan yang di tawarkan oleh Maybank2u anda sudah tidak perlu bersusah payah lagi untuk keluar mencari topup dan tidak kira masa,kerana anda boleh menambah nilai ke nombor talian yang anda gunakan dengan begitu mudah sekali.

Kepada yang telah mengetahui tentang topup online maybank2u, pasti sudah berpuashati dan menjimatkan masa,namun jika anda masih belum mengetahui cara beli topup guna maybank 2u,anda boleh mengikuti langkah demi langkah tutorial cara beli topup guna maybank2u di bawah.

1.Mula-mula anda harus masuk ke website maybank2u,selepas itu anda login ke akaun maybank2u anda,kemudian pilih “buy online”

2.Selepas jendela buy online di buka,klik “instant prepaid top up”,pilihan ini adalah lebih mudah.


3.Seterusnya anda harus buat pilihan samaada mahu reload pada rangkaian apa yang anda gunakan,seperti,Celcom Xpax, Maxis Hotlink or Tune Talk.


4.Selepas klik pada rangkaian pilihan anda,anda harus memilih jumlah yang mahu di reload pula.

5.Seperti kebanyakkan servis pembelian online,memerlukan TAC,jadi anda harus request TAC number untuk memastikan keselamatan pembelian online.

6.Selepas anda request TAC,Nombor TAC akan di hantar kepad telefon yang telah anda daftarkan

7.Akhir sekali Masukkan nombor TAC yang telah di terima pada telefon anda,selepas klik pengesahan,maka proses pembelian topup guna maybank2u pun berjaya di buat.

Kalau topup yang dibeli dari maybank2u tak masuk , anda boleh hubungi pihak maybank2u untuk membuat aduan mengenai masalah ini. Boleh terus layari web maybank2u berkaitan belian topup ini.

Anda boleh menyemak telefon anda untuk melihat reload yang telah di terima kepada nombor telefon anda,dengan adanya servis perkhidmatan seperti ini Anda boleh membeli topup untuk diri sendiri, malah membantu keluarga mahupun rakan rakan untuk pembelian topup secara online dan tidak perlu lagi menunggu atau menghabiskan masa,tenaga dan juga menimatkan minyak untuk ke kedai membeli topup.

Bagaimana dengan tutorial cara beli topup guna maybank2u? semoga dapat membantu anda untuk membeli topup terutama pada waktu memerlukan dan pada waktu malam. Anda boleh share kan artikel ini semoga dapat membantu mereka yang mahu membeli topup terutama kepada pemegang akaun maybank2u yang mahu membeli topup.

Ia sungguh mudah dan menjimatkan masa tidak kira di mana saja. Dengan maybank2u segalanya sungguh lancar serta mudah, tidak perlu beratur panjang untuk membeli topup, ataupun jika waktu kecemasan mahupun tengah malam, tidak perlu keluar, kerana segalanya di hujung jari sahaja dengan maybank2u.

*************************************************************************

Nak beli topup harga murah ? Atau nak mulakan bisnes topup?

Jom whatapps saya dengan klik  http://wassap.my/60129273808/topup

*************************************************************************

*************************************************************************

Nak upgrade ke simkad Toneexcel ? 

Jom dapatkan info PERCUMA dengan klik  klik disini 

*************************************************************************