Cara Langgan Prepaid Tunetalk selama 1 tahun ( 1 year validity)

Saya adalah pengguna prepaid Tunetalk. Macam prepaid lain juga, kita perlu beli topup setiap bulan untuk pastikan kita sentiasa boleh  membuat sebarang panggilan, sms dan surfing internet.

Salah satu kemudahan yang pihak Tunetalk sediakan iaitu membolehkan pengguna lanjutkan tempoh langganan selama setahun. Jadi, kalau anda topup RM50 untuk bulan 20 Julai 2014, kredit anda tu akan sah hingga 20 Julai 2015! Tak perlu dah beli topup setiap bulan semata-mata nak lanjutkan tempoh sah  ( credit validity ) prepaid kita. Pasti menguntungkan untuk mereka yang jarang menggunakan handphone untuk panggilan atau sms keluar.

tempoh-sah-tunetalk2

Jadi, kalau terlewat topup prepaid pada setiap bulan. pun, tak jadi masalah sebab kita masih boleh membuat panggilan dan sms. Topup cuma sekali je, dah boleh guna untuk setahun!

Jadi, kalau penggunaan anda hanya sekitar RM10 sebulan pun takde masalah terutamanya untuk ibu bapa di kampung yang hanya menggunakan handphone sekali sekala sahaja. Khas untuk mereka yang jarang sangat buat call out / sms. Jadi penggunaan kredit tidaklah setinggi mana setiap bulan. Lagipun caj tunetalk tidaklah semahal mana sebab guna flat rate.

Bukankah agak merugikan kalau perlu topup setiap bulan semata-mata nak lanjutkan tempoh sah sahaja kan? Jadi, dengan cara ni, kita dapat berjimat.

Ok, berbalik kepada cara untuk panjangkan tempoh sah kredit prepaid Tunetalk kepada setahun, kita perlu ada sekurang-kurangnya anda perlu mempunyai kredit bernilai RM33. Ini kerana kos untuk extend 1 year validity ini dikenakan caj RM28 untuk 365 hari dan anda perlu ada baki minima RM5selepas itu. Jadi untuk selamat, boleh beli topup bernilai RM50.

Selepas itu, hanya hantar sms  EXT ke 2222 . caj sms 10 sen

Anda akan menerima sms pengakifan dalam beberapa saat sahaja. Sms itu berbunyi “RM28.00 Your top up validity is extended to 365 days from today. Thank you for using Tunetalk”.

Hanya dengan satu sms sahaja servis ini akan disahkan. Jadi, pastikan anda memang benar-benar ingin panjangkan tempoh sah (validity) kredit prepaid Tunetalk anda kepada 1 tahun dan bukan sekadar mencuba-cuba sebab RM28 akan ditolak terus dari kredit anda.

AMARAN : servis ini hanya untuk pengguna simkad tunetalk biasa sahaja. Pengguna simkad tunetalk tone excel, perlu topup setiap bulan untuk kelayakan pelbagai jenis komisyen dan bonus . Ia bukanlah satu beban tapi, simkad tunetalk tone excel memang menguntungkan bila kita usahakan untuk menjayakannya ;-)

Maklumat lanjut tentang tempoh sah tunetalk selama setahun boleh rujuk terus di  http://www.tunetalk.com/my/PlanRates/oneyearvalidity

daftar-toneexcel2*************************************************************************

Jika ada sebarang persoalan berkaitan bisnes Tone Excel ini, Boleh hubungi saya Asmawati Call/wassap 012-9273808

*************************************************************************