Cara Nak Buat Duit Dengan Handphone

Semua orang tahu bahawa handphone adalah satu keperluan di zaman sekarang ni. Dalam masa yang sama, handphone merupakan alat yang memerlukan kos bulanan untuk terus menggunakannya. Alangkah seronoknya kalau kita ada cara nak buat duit guna handphone kita ni. Boleh digunakan untuk buat duit dari rumah atau dimana sahaja kita berada.

Sebenarnya ada banyak cara nak buat duit ni , tapi saya lebih sukakan cara yang memberikan saya peluang gunakan apa yang saya memang gunakan dan buat duit dengannya. Disini saya akan kongsikan cara yang saya sendiri dah gunakan dan boleh anda praktikkan.

1/ Buat duit dengan Bisnes Topup

Sebagai pengguna handphone, kita mesti nak kena beli topup atau bayar bil tiap bulan. Jadi, dengan membuat bisnes topup, secara tak langsung kita akan dapat berjimat. Tujuan utama saya menjadi dealer topup adalah untuk mendapatkan diskaun atas belian topup saya dan keluarga disamping menjimatkan masa dan tenaga. Secara tak langsung, sebagai dealer topup, saya boleh menjalankan bisnes topup tanpa modal yang besar. kedai topup saya dibuka 24 jam dan dimana-mana sahaja yang ada line handphone sebab saya boleh order topup guna sms atau menggunakan aplikasi android sahaja.

Kalau anda pengguna postpaid pun boleh jalankan bisnes ni. Asalkan anda guna handphone, dah boleh jalankan bisnes topup ni. Best ke tak? Pasaran sangat luas. Sekali kawan-kawan anda tahu anda ada menjual topup, mereka pasti akan selalu beli dari anda berkali-kali.

2/ Buat duit dengan simkad Tone excel

Simkad dan handphone adalah seperti  irama dan lagu. Tak dapat dipisahkan, saling melengkapkan.  Saya memilih untuk menggunakan simkad tone excel sejak 2010 sebab saya percaya simkad ini bukan sahaja membolehkan saya membuat call, sms dan internet. Tetapi ia juga boleh memberikan saya pendapatan lumayan. Alhamdulillah, sekarang simkad tone excel saya telah memberikan saya pendapatan pasif 4 angka setiap bulan. Hanya guna macam simkad biasa dan kongsi kelebihannya dengan orang lain.

3/ Buat duit dengan apps / aplikasi android

Oleh sebab majoriti kita sekarang menggunakan telefon pintar. Jadi kita bolehla install pelbagai aplikasi android yang boleh membantu kita buat duit dengan handphone kita ni. Pastikan kita juga pintar memanipulasikan kepintaran smartphone kita ni. Jika anda sudah ada produk atau servis yang ingin anda promosikan , bolehlah gunakan aplikasi ini untuk membantu.

Ini adalah antara aplikasi buat duit yang saya gunakan untuk membantu saya mempromosi dan memperkembangkan bisnes topup dan bisnes simkad tone excel saya.

  • Aplikasi facebook – untuk update status bagi promosi di facebook
  • Aplikasi whatapps – untuk memudahkan prospek bertanyakan info berkaitan bisnes yang saya buat
  • Aplikasi telegram – untuk memudahkan saya menyertai pelbagai chanel untuk perkongsian ilmu kerana ia lebih mesra pengguna
  • Aplikasi wordpress – untuk memudahkan saya update blog ini sebab ia menggunakan platform wordpress. boleh juga install aplikasi blogger jika anda ingin menggunakan blog percuma di blogspot.
  • Aplikasi hootsuite – untuk membantu saya menjadualkan posting di akaun facebook dan fanpage saya sebab saya bukan sepanjang masa dapat online
  • Aplikasi picarts – untuk memudahkan saya edit gambar sebelum di upload ke fb dan blog
  • Aplikasi maybank2u – untuk memudahkan saya membuat bayaran dan semakan pembayaran pelanggan
  • Aplikasi youtube – untuk memudahkan saya menonton pelbagai video berkaitan internet marketing, motivasi , dll
  • Aplikasi pdf reader – untuk memudahkan saya membaca pelbagai jenis ebook yang dibeli secara online. Sambil tidurkan anak pun boleh baca ebook ini
  • Aplikasi autosms – untuk memudahkan saya membuat reply sms secara automatik kepada sesiapa sahaja yang call handphone saya. Boleh cuba call 0129273808 untuk lihat macam mana ia berfungsi

Rasanya setakat ini sahaja perkongsian saya. Diharap ia dapat memberikan serba sedikit idea kepada anda bagaimana nak buat duit guna handphone anda tu. Apa jua bisnes pilihan anda, pastikan anda bersedia untuk mengusahakannya. Usaha Tangga Kejayaan !

 *************************************************************************

Berminat nak sertai Bisnes Tone Excel atau Bisnes Topup ini?

SPECIAL OFFER :  Bisnes Topup PERCUMA Apabila Anda Daftar Tone Excel

Boleh hubungi saya,  Asmawati  di 012-9273808 untuk maklumat lanjut. 

*************************************************************************