Cara tukar nombor tunetalk anda bila-bila masa


Dalam post ini saya ingin berkongsi dengan anda cara tukar nombor tunetalk kepada apa-apa jua nombor yang kita nak. Ini adalah salah satu kelebihan kepada pengguna simkad tunetalk.
Anda boleh tukar nombor yang anda ingini pada bila-bila masa sahaja yang anda suka TANPA PERLU menukar simkad !

Apabila anda sudah mengaktifkan simkad tunetalk , anda akan menerima nombor tunetalk yang baru. Jika anda tidak suka nombor yang diberikan. Anda boleh menukarnya kepada sebarang nombor pilihan anda melalui akaun Tunetalk Selfcare anda.

Caj RM5 dikenakan untuk setiap kali pertukaran nombor dibuat.

Caj percuma jika ditukar dalam tempoh 24 jam selepas simkad didaftarkan

740105563_38645Caranya ialah

1. Login di akaun selfcare tunetalk anda. Klik disini untuk cara memilikinya.

2. Pilih nombor telefon ie Mobile Number yang ingin anda tukar

3. Klik menu My Numbers dan kemudiannya klik menu Change Mobile Number desebelah kiri

4.Isikan 4 digit terakhir yang ingin anda pilih dan klik butang Fetch

5. Anda akan diberikan 10 pilihan nombor yang ada Klik submit jika sudah ada nombor yang berkenan.

 

6. Isikan 4 digit akhir yang lain jika nombor yang diberikan sebelum ini tidak berkenan dihati anda. Anda boleh ulang langkah ini sehingga berpuas hati.

7. Klik submit setelah berjumpa nombor pilihan. Anda akan diberikan masa 24 jam untuk mengaktifkan nombor ini. Dan jika anda tidak melakukannya, nombor ini akan dikembalikan ke pasaran terbuka.

Jika hadapi masalah tentang pertukaran nombor ini, sila berhubung terus dengan pihak tunetalk

tunetalk-customer-service

*************************************************************************

Nak beli topup harga murah ?

Atau nak mulakan bisnes topup?

Jom whatapps saya dengan klik  http://wassap.my/60129273808/topup

*************************************************************************