”"

Guna nombor handphone yang sama walaupun bertukar telco

October 16, 2008

Agak lama saya bercuti Raya - dekat 2 minggu. Selama tempoh tu saya tak dapat akses internet lebih kerap sebab masa yang agak terhad. Maklumla banyak aktiviti yang nak dibuat.

Hari ni saya ada terbaca satu berita yang dah lama saya tunggu-tunggu. Bukan berita harga minyak turun tapi yang ada kaitan dengan syarikat telekomunikasi dan bisnes prepaid mymode ni.

Saya pasti ada yang terfikir untuk bertukar telco. Tak kisahla kalau sekarang guna maxis, tapi nak tukar ke celcom. Atau sekarang guna celcom nak tukar ke digi. Tapi masalahnya kita sayang nombor handphone lama ni. Kalau dah tukar nombor nanti, nak kena announce pulak ke “seluruh dunia” yang kita tukar nombor. Kalau ada yang tak diberitahu dan tetiba ada hal penting, kan susah jadinya. Jadi berita ni memang sangat menggembiraka. Nak tau lebih lanjut? Jom baca keratan akhbar kat bawah ni.

25 juta pelanggan boleh beralih khidmat talian mudah alih

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Seramai 25.1 juta pengguna talian mudah alih seluruh negara berpeluang mendapatkan perkhidmatan kemudahan alih nombor (MNP) bermula hari ini yang membolehkan pengguna menukar pengendali talian telekomunikasi masing-masing pada bila-bila masa.

MNP merupakan kemudahan yang membolehkan pengguna bertukar pengendali perkhidmatan telefon mudah alih yang baru tanpa perlu mengubah nombor telefon mereka.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, MNP merupakan perkhidmatan yang memberikan pengguna lebih kebebasan dan fleksibiliti untuk memilih produk dan perkhidmatan yang dapat memberi kepuasan kepada kehendak mereka.

Menurutnya, perkhidmatan itu dibuka setelah mendapati sambutan yang diberikan oleh para pelanggan telefon mudah alih di Lembah Klang amat memberangsangkan.

Beliau memberitahu, pihaknya membuat cubaan MNP di Lembah Klang selama enam minggu mendapati sebanyak 12,000 pelanggan di Lembah Klang telah menukar nombor pengendali talian telekomunikasi masing-masing.

Katanya, cubaan pertama itu berjaya menunjukkan sambutan yang amat memberangsangkan sekali gus mendorong Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) meneruskan perkhidmatan berkenaan.

”Dalam setiap proses pertukaran pengendali talian berkenaan, para pengguna hanya dikenakan bayaran sebanyak RM25 bagi setiap pertukaran yang dilakukan.

”Para pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan MNP melalui ejen yang dilantik, pengedar sah atau melalui pengendali talian masing-masing,” katanya selepas melancarkan kemudahan alih nombor (MNP) di sini hari ini.

Pelanggan prabayar yang berdaftar dengan pengendali talian mudah alih di seluruh negara setakat ini adalah seramai 20.6 juta orang dan pasca bayar pula sebanyak 4.5 juta orang.

Ketika ditanya mengapa industri telekomunikasi memerlukan MNP pada waktu ini, beliau berkata, kerajaan berbuat demikian bagi memastikan setiap rakyat yang menggunakan telefon mudah alih untuk tujuan komunikasi di negara ini dapat menikmati mutu dan jenis perkhidmatan yang berkualiti dan bertaraf dunia.

Jelasnya, kerajaan sudah menjalankan kajian dan mendapati pasaran sedia ada sudah bersedia untuk diperkenalkan MNP.

Shaziman memberitahu, kerajaan bagaimanapun akan memantau perkembangan MNP selepas ia membuka tawaran itu di seluruh negara.

Katanya, perkhidmatan tersebut memberi persaingan sihat di antara pengendali-pengendali talian mudah alih selain mengajar pihak berkenaan meningkatkan mutu perkhidmatan masing-masing.

Bermula esok, tambahnya, para pengendali talian mudah alih boleh mempergiatkan promosi dan iklan masing-masing bagi menarik minat dan perhatian para pelanggan untuk memilih perkhidmatan yang ditawarkan mereka.

Ditanya mengenai penyelarasan caj dan bayaran bagi setiap panggilan, Shaziman berkata, ia terpulang kepada pengendali talian mudah alih masing-masing.

Katanya, para pengendali talian berhak menawarkan caj yang terendah dan terbaik bagi menawan hati para pelanggan masing-masing.

”Ia merupakan pasaran terbuka dan setiap pengendali talian mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing,” ujarnya.
Sumber: http://www.utusan.com.my

Saya pasti dengan perkembangan terbaru ni, para pelanggan akan mendapat lebih banyak manfaat sebab persaingan untuk merebut “pelanggan setia” akan menjadi lebih sengit. Agak-agak tak puas hati je, boleh tukar ke telco lain.

Kini Agen Mymode boleh Tambah Modal Online melalui CIMB

September 26, 2008

Alhamdulillah, nampaknya MyEcash (aka Mymode) sudah melangkah setapak lagi kehadapan dengan adanya berita baik ini;

25/09/2008

Dimaklumkan kepada para Agen, kini anda boleh menggunakan perkhidmatan CIMB Clicks dan CIMB Online Bazaar untuk memudahkan anda menambah nilai MYeCASH. Untuk pemegang akaun CIMB sila layari CIMB Clicks di https://www.cimbclicks.com.my/wps/portal/!ut/p/c0/04_SB8K8xLLM9MSSzPy8xBz9QJ_89Mw8_YJ0RUUAk9OZqw!!/ dan bagi pemegang akaun lain sila layari CIMB Online Bazaar di https://www.cimbclicks.com.my/TIBSEPWeb/fpxBillPayment_add.do?payeeId=FPXMET

cimbbazaar.JPG

Sebenarnya perkara ini telah dibincangkan sejak bulan lepas di forum prepaid4u , cuma oleh sebab belum ada kenyataan rasmi dari pihak Mymode, saya tak berani untuk mengumumkannya. Tadi saya ada mencuba menggunakan pautan CIMB Bazaar sebab saya tiada akaun CIMB. Tapi ada tulis “internal error”. Jadi saya pun call HQ Mymode untuk bertanyakan masalah ni. Dia kata mungkin ada masalah dengan sambungan internet. Mungkin saya akan try lagi lepas ni.

Saya dimaklumkan oleh AIC (Agent Interaction Centre) bahawa cara ini lebih pantas, sebab sebaik sahaja anda confirm bayaran, anda akan perlu masukkan alamat email dan akaun bank yang ingin digunakan (jika anda tiada akaun CIMB). Masa memproses tak sampai 3 hari sebab setiap transaksi ada nombor rujukan tersendiri. Jadi mudahlah untuk membuat tracking. Anda juga tak perlu menghantar sebarang SMS ke gateway untuk memaklumkan bahawa anda sudah masukkan modal sebab semuanya dijalankan secara automatik.

Had maksima untuk tiap transaksi adalah RM200.00 dan caj RM1 dikenakan untuk setiap transaksi. Sama seperti caj tambah modal menggunakan ATM Maybank Kawanku sebelum ini. Kini, anda ada lebih banyak pilihan cara mana yang lebih sesuai untuk tambah modal. Apa yang paling saya suka tentang cara ini ialah anda tak perlu ada akaun CIMB untuk menggunakannya sebab ada ada kerjasama dengan beberapa bank tempatan seperti Bank Islam,Hong Leong Bank, Maybank,Public Bank dan RHB Bank . Jadi pihak CIMB Bazaar akan tolak terus dari akaun bank anda.

Saya akan update lagi bila transaksi saya berjaya. Mungkin boleh try di kampung sebab kat sana mesin ATM jauh.

18 SMS sehari

September 12, 2008

Apakah penemuan lain yang diperoleh berhubung tabiat penggunaan sms di kalangan remaja Malaysia berbanding negara lain di Asia?


TELEFON bimbit sering menjadi medium utama untuk menyampaikan maklumat.




TAHAP penggunaan sistem pesanan ringkas (SMS) di kalangan remaja negara agak tinggi berbanding belia di beberapa negara Asia lain.

Demikian kajian terbaru didedahkan Pengarah Urusan Pusat Penyelidikan dan Inovasi Asia Pasifik Telenor (TRICAP), Jens Olav Bjornson kepada Kosmo! di Cyberjaya, baru-baru ini.

Kajian syarikat pengendali perkhidmatan mudah alih dari Norway itu mendapati, remaja Malaysia menghantar kira-kira 18 SMS sehari berbanding remaja di negara-negara Asia lain di mana Telenor beroperasi iaitu Thailand (3), Bangladesh kurang daripada 5 dan Pakistan (6).

Kajian tersebut mendedahkan secara lebih mendalam tabiat penggunaan SMS remaja Malaysia berasaskan tinjauan membabitkan 1,718 responden negara ini yang berusia antara 15 hingga 29 tahun. Selain tabiat penggunaan SMS, ia juga mengkaji penggunaan telefon bimbit itu sendiri dan Internet.

“Berasaskan penyelidikan ini juga jelas menunjukkan bahawa telefon bimbit digunakan sebagai alat untuk mendapatkan maklumat terkini serta merta mengenai peristiwa penting. Justeru, ia dianggap sebagai peranti mudah alih yang paling penting dan serba guna oleh semua responden, tanpa mengira lokasi mahu pun jantina,” katanya.

KAJIAN mendapati remaja lelaki Malaysia juga gemar berSMS.



Ketua Penyelidikan Pasaran dan Pandangan Pelanggan TRICAP, Sheena Lim berkata, majoriti responden menganggap SMS merupakan cara paling mudah untuk berhubung dengan seseorang.

“Justeru, SMS biasanya digunakan untuk menjawab pesanan yang diterima atau memulakan perbualan, bersembang dan menyelaraskan perkara kecil. Telefon bimbit juga menjadi penyimpan rangkaian sosial yang penting. Ini termasuklah maklumat tentang rakan, ahli keluarga dan kenalan lain. Secara purata, responden mempunyai seramai 100 kenalan dalam buku alamat telefon,” katanya.

Kajian juga mendapati penggunaan SMS di kalangan remaja perempuan dan lelaki di negara ini adalah hampir sama dan tidak mempunyai perbezaan yang ketara.

“Ia agak mengejutkan sebab pada jangkaan saya, perempuan jauh lebih banyak menggunakan SMS berbanding lelaki,” katanya.

Tambah Lim lagi, secara umumnya lebih daripada 50 peratus responden gemar mengirim SMS kepada kawan-kawan karib mereka dan individu yang diketahui berumur dalam lingkungan 20-an.

“Kebanyakan mereka membuat panggilan hanya jika mahu menghubungi ibu bapa dan individu yang lebih tua. Hanya lima peratus yang mengirim SMS kepada ibu bapa dan 12 peratus yang mengirim SMS kepada individu berusia 40-an. Selebihnya lebih suka membuat panggilan.

“Ini mungkin kerana budaya menghormati mereka yang lebih tua atau memikirkan mereka yang lebih tua lebih senang menerima panggilan berbanding mengendalikan SMS,” katanya.

 



Bagi penyelarasan seperti penukaran temu janji, 32 peratus lebih gemar menggunakan SMS, 58 peratus lebih suka membuat panggilan sementara 10 peratus daripada responden tidak diketahui.

“Untuk memberitahu terlewat 40 peratus memilih SMS manakala selebihnya memilih membuat panggilan,” katanya.

Kajian juga mendapati, kebanyakan responden memilih menggunakan SMS untuk memulakan perkenalan atau menyatakan perasaan diri yang sebenar kerana tidak selesa melakukannya secara bersemuka.

“Sebanyak 44 peratus responden menggunakan SMS dan 39 peratus menggunakan pesanan suara untuk tujuan itu. Hanya 17 peratus yang berani bersemuka.

“Mungkin mereka SMS kerana mahu menguji tahap penerimaan orang tersebut terlebih dahulu atau mereka tidak cukup yakin,” tambah Lim.

Selain SMS, kajian berhubung rangkaian sosial turut mendapati, remaja di negara ini cenderung untuk menyertai sesuatu rangkaian sosial tertentu seperti Friendster dan Facebook kerana mempunyai perasaan memiliki (sense of belonging) yang kuat.

“Mereka takut kehilangan kawan-kawan. Mereka mahu sentiasa berada di tempat sahabat mereka berada. Selain itu, ada juga yang menyertainya kerana desakan kawan. Remaja perempuan lebih agresif dalam hal ini,” kata Sheena.

“Antara sebab pengguna menjadi aktif dalam komuniti tersebut kerana interaksi dan pendedahan sosial. Bagi belia Malaysia yang cenderung terperap di rumah, laman rangkaian sosial memberi mereka ruang untuk bersosial dari rumah,” ujarnya.

Terdapat juga satu fenomena baru apabila remaja kini memulakan perbualan dengan bertanya tentang rangkaian sosial yang disertai, menggantikan apa nombor telefon anda?

PENGLIBATAN dengan rangkaian sosial turut didorong oleh sifat pemilikan yang kuat.



Lim turut memberitahu, terdapat kesedaran yang semakin meningkat terhadap blog di kalangan rakyat Malaysia.

“Walaupun hanya segelintir responden mempunyai laman blog mereka sendiri, 34 peratus mengunjungi laman blog orang lain dan daripada jumlah itu, satu perlima memberikan ulasan,” ujarnya.

Berhubung tinjauan ini, secara keseluruhannya ia bertujuan untuk meningkatkan pemahaman Telenor tentang pasaran operasinya di Asia. Dengan maklumat dan pemahaman berasaskan tinjauan ini, memastikan mereka membangunkan perkhidmatan baru yang menarik dan menyediakan pengalaman unggul kepada pelanggannya.

Sebagai pembekal perkhidmatan mudah alih paling pantas berkembang, kumpulan Telenor mempunyai 153 pelanggan di 12 negara. Ia merupakan pengendali perkhidmatan mudah alih bukan Asia terbesar dengan lebih 60 juta pelanggan di Asia menerusi operasinya di Malaysia, Thailand, Pakistan dan Bangladesh.

© 2009 - Cerita Bisnes Prepaid Mymode

Powered by WordPress
Designed by Shops UK
Blog Tools
Registrar Codes
XHTML Valid