1. Siapakah
MyPrepaidSMS.com dan Prepaid4U.Net ini?
MyPrepaidSMS.com adalah laman web peribadi yang
dikendalikan oleh Asmawati Abdul Manap sebagai
kaedah untuk menyalurkan maklumat tentang peluang
perniagaan Mymode ini kepada lebih ramai orang.
Anda boleh mengenali beliau lebih dekat dengan
berkunjung ke blog
personal ini.
Pengendali MyPrepaidSMS.com adalah ahli mymode
dibawah kumpulan
Prepaid4U.Net. Dimana Prepaid4u.net adalah
sebuah sistem 3rd party Mymode yang di asaskan
oleh En. Adi Nor Jaffar bagi membantu mereka yang
ingin menceburi perniagaan SMS Prepaid Mymode.
Sistem
Prepaid4u.net ini dilengkapi dengan website
replika percuma, Sistem Randomizer bagi pelawat
yang datang tanpa penaja/referral ID, Sistem matrix
downline, dan lain-lain lagi. Kemudahan ini tidak
akan anda dapati dari Syarikat Mymode sebaliknya
hanya sekiranya anda berdaftar di bawah Prepaid4U.Net
sahaja.
Back to top
2. Siapakah
MyMode?
MyMode adalah sebuah online portal yang dikendalikan
oleh sebuah syarikat tempatan Asia Mobile Commerce
Privilege (M) Sdn Bhd (618758-H)yang beribu
pejabat di alamat C01-1, Dataran Palma Ampang,
Jalan Selaman 1, 68000 Ampang, Selangor.
Ia dipengerusikan oleh Datin Fara H Dalela.Ampang,
Selangor. MyMode menawarkan perkhidmatan mudah-ahli
(mobile services) dengan menggunakan teknologi
terkini. Ia telah didaftarkan pada tahun 2003 dan sehingga
kini telah mempunyai lebih dari 170,000 orang
agent seluruh malaysia.
Ia juga telah memenangi beberapa award di peringkat
antarabangsa seperti "The 4th Asia Pacific/Malaysia
e-Entreprenuer Excellence Award" dan "The
4th Asia Pacific International Honesty Enterprise
- Keris Award 2005".
Anda boleh mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut
lagi tentang MyMode dilaman web rasminya di http://www.mymode.com.my/.
Back to top
3. Apakah teras perniagaan MyMode?
MyMode mengamalkan konsep perniagaan berperingkat,
(Multi-Level-Marketing), dalam bidang perkhidmatan
mobile. Sebagai ejen, anda boleh menjual produk
mudah-alih MyMode tanpa perlu membuka rumah-kedai
dan menyimpan stok.
Produk yang ditawarkan adalah: Kad-kad prepaid seperti Maxis, Celcom, Digi dan
TMTouch dan kad-kad reload seperti , kad italk
mobile dan TMNet Prepaid.
Barangan lain yang turut ditawarkan oleh Mymode
ialah produk kesihatan, kecantikan, pakaian dan
alat tulis. Dalam fasa 2 dan 3 produk seperti
mesej bergambar, games, Mobile Auction, Mobile
Finder, Mobile Chat dan SMSTV akan ditawarkan.
Back to top
4. Saya bekerja/belajar dan tidak mempunyai
banyak masa untuk perniagaan ini, bagaimanakah
saya mengurus perniagaan ini?
Ramai daripada mereka yang menjalankan perniagaan
ini bekerja atau belajar sepenuh masa. Ini bukanlah
penghalang kepada anda untuk berjaya kerana konsep
mobile perniagaan ini membolehkan anda memguruskan
perniagaan secara sambilan. Ingat, tiada barangan
fizikal yang perlu diangkut dan disimpan di
gudang, tidak perlu menyewa premis perniagaan,
tidak perlu melawat rumah-ke rumah.
Permintaan kad reload memang sedia wujud dan ia
merupakan satu keperluan untuk pemilik telefon
bimbit. Malah anda tidak perlu bersusah payah
membuat produk demo untuk meyakinkan bakal pelanggan
anda!
Fikirkan, mengapa anda ingin ke kedai telefon
untuk reload sedangkan anda boleh reload telefon
anda sendiri dan sekaligus menambah pendapatan?
Sebagai ejen anda akan menikmati penjimatan
kad prepaid daripada harga pasaran. Jika anda
menjual dan menaja, pendapatan anda akan bertambah
berlipat kali ganda.
Back to top
5. Bagaimanakah hendak mendaftar menjadi
ahli Prepaid4U.Net ini?
Anda boleh menjadi ahli Prepaid4U.Net secara percuma
dengan mengisi borang Pendaftaran Keahlian Percuma
di sini.
Dan sekiranya anda ingin mengUpgrade keahlian
anda kepada Agent Mymode, anda boleh membuat pembayaran
pendaftaran sebanyak RM65 kepada saya. Penerangan
lengkap untuk pembayaran yuran boleh dirujuk disini.
Back to top
6. Bagaimanakah hendak mengUpgrade keahlian
dan menjadi Agent Mymode?
Untuk mengUpgrade keahlian kepada Agent Mymode,
sila rujuk penerangan lengkap tentang cara-cara
pembayaran yuran keahlian Mymode sebanyak RM65
di sini.
Back to top
7. Berapa banyakkah pendapatan yang boleh
saya perolehi melalui MyMode?
Pendapatan yang boleh anda perolehi tidak terhad.
Lebih banyak anda jual dan lebih ramai ejen dibawah
anda, maka lebih banyaklah pendapatan anda. Ingat,
konsep MLM (multi-level-marketing) MyMode membolehkan
anda mendapat komisen sehingga sepuluh peringkat
dibawah anda!
Bina rangkaian anda dengan sistem
canggih yang telah Prepaid4u.net bangunkan
untuk anda ini. Pasti dalam beberapa bulan lagi
anda berada pada tahap 'Auto Pilot' dimana
dengan tidak berbuat apa-apa sekalipun bonus mingguan
dan bulanan mengalir ke dalam akaun anda sehingga
anda sendiri tidak mampu untuk menyekatnya!!
Tidak mustahil dalam masa setahun pendapatan
bonus anda dalam Mymode melebihi gaji bulanan
anda sekarang. Malah ia merupakan satu jaminan
pendapatan untuk wang pencen anda.
Tidak mahukah anda pencen pada usia 30 tahun atau
40 tahun dengan pendapatan bulanan RM20,000 sebulan?
(Ini hanya contoh. Pendapatan admin
Prepaid4u.Net, telah melebihi RM15,000 sebulan)
Back to top
8. Saya
berminat untuk menyertai perniagaan ini, tetapi
saya menggunakan Post paid, adakah saya masih
boleh menyertainya?
Sudah tentu, kerana anda masih berpeluang menjual
kad prepaid tersebut kepada mereka yang menggunakan
prepaid atau dengan mendaftarkan agent baru.
Anda akan menikmati komisen dan ganjaran hasil
dari penjualan dan penajaan anda termasuk bonus
overriding hasil dari pembelian product daripada
downline anda. Cuma anda sendiri tidak berpeluang
menikmati penjimatan kad prepaid kerana anda membayar
bil telefon bimbit anda secara postpaid. Itu sahaja
bezanya.
Back to top
9. Adakah perniagaan ini boleh dipercayai
dan selamat?
Mymode diasaskan oleh sebuah syarikat yang amat
kukuh iaitu Asia Mobile Commerce Privilege
(M) Sdn Bhd. Telah diasaskan semenjak 2003
dan telah memenangi beberapa anugerah di peringkat
Asia.
MyMode telah mempunyai lebih daripada 35,000 ejen
di Malaysia untuk tahun 2004 dan pada tahun 2007
sahaja telah meningkat kepada 170,000 orang! Jadi
anda tidak perlu bimbang tentang kesahihan syarikat
MyMode. Anda boleh menghubungi MyMode secara terus
disini. MyMode mengambil segala
langkah yang termampu untuk memastikan keselamatan
data anda tidak dicerobohi oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.
Back to top
10. Saya ada soalan
yang tidak dijawab disini
Anda
boleh rujuk disini
ataupun berhubung terus dengan saya melalui Email
: admin[@]myprepaidsms.com
, Call/SMS: 012-9273808 ataupun Yahoo
Messenger : watimanap
Back to top
|