Soalan Yang Sering Ditanya

1. Siapakah MyPrepaidSMS.com dan Prepaid4u.net?
2. Siapakah MyMode?
3. Apakah teras perniagaan MyMode?
4. Saya bekerja/belajar dan tidak mempunyai banyak masa untuk perniagaan ini, bagaimanakah saya mengurus perniagaan ini?
5. Bagaimanakah hendak mendaftar menjadi ahli Prepaid4U.Net ini?
6. Bagaimanakah hendak mengUpgrade keahlian dan menjadi Agent Mymode?
7. Berapa banyakkah pendapatan yang boleh saya perolehi melalui MyMode?
8. Saya berminat untuk menyertai perniagaan ini, tetapi saya menggunakan post paid, adakah boleh saya menyertainya?
9. Adakah perniagaan ini boleh dipercayai dan selamat?
10. Saya ada soalan yang tak dijawab disini

1. Siapakah MyPrepaidSMS.com dan Prepaid4U.Net ini?

MyPrepaidSMS.com adalah laman web peribadi yang dikendalikan oleh Asmawati Abdul Manap sebagai kaedah untuk menyalurkan maklumat tentang peluang perniagaan Mymode ini kepada lebih ramai orang. Anda boleh mengenali beliau lebih dekat dengan berkunjung ke blog personal ini.

Pengendali MyPrepaidSMS.com adalah ahli mymode dibawah kumpulan Prepaid4U.Net. Dimana Prepaid4u.net adalah sebuah sistem 3rd party Mymode yang di asaskan oleh En. Adi Nor Jaffar bagi membantu mereka yang ingin menceburi perniagaan SMS Prepaid Mymode.

Sistem Prepaid4u.net ini dilengkapi dengan website replika percuma, Sistem Randomizer bagi pelawat yang datang tanpa penaja/referral ID, Sistem matrix downline, dan lain-lain lagi. Kemudahan ini tidak akan anda dapati dari Syarikat Mymode sebaliknya hanya sekiranya anda berdaftar di bawah Prepaid4U.Net sahaja.

Back to top


2. Siapakah MyMode?

MyMode adalah sebuah online portal yang dikendalikan oleh sebuah syarikat tempatan Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd (618758-H)yang beribu pejabat di alamat C01-1, Dataran Palma Ampang, Jalan Selaman 1, 68000 Ampang, Selangor.

Ia dipengerusikan oleh Datin Fara H Dalela.Ampang, Selangor. MyMode menawarkan perkhidmatan mudah-ahli (mobile services) dengan menggunakan teknologi terkini. Ia telah didaftarkan pada tahun 2003 dan sehingga kini telah mempunyai lebih dari 170,000 orang agent seluruh malaysia.

Ia juga telah memenangi beberapa award di peringkat antarabangsa seperti “The 4th Asia Pacific/Malaysia e-Entreprenuer Excellence Award” dan “The 4th Asia Pacific International Honesty Enterprise – Keris Award 2005”.

Anda boleh mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut lagi tentang MyMode dilaman web rasminya di http://www.mymode.com.my/.

Back to top


3. Apakah teras perniagaan MyMode?

MyMode mengamalkan konsep perniagaan berperingkat, (Multi-Level-Marketing), dalam bidang perkhidmatan mobile. Sebagai ejen, anda boleh menjual produk mudah-alih MyMode tanpa perlu membuka rumah-kedai dan menyimpan stok.

Produk yang ditawarkan adalah: Kad-kad prepaid seperti Maxis, Celcom, Digi dan TMTouch dan kad-kad reload seperti , kad italk mobile dan TMNet Prepaid.

Barangan lain yang turut ditawarkan oleh Mymode ialah produk kesihatan, kecantikan, pakaian dan alat tulis. Dalam fasa 2 dan 3 produk seperti mesej bergambar, games, Mobile Auction, Mobile Finder, Mobile Chat dan SMSTV akan ditawarkan.

Back to top


4. Saya bekerja/belajar dan tidak mempunyai banyak masa untuk perniagaan ini, bagaimanakah saya mengurus perniagaan ini?

Ramai daripada mereka yang menjalankan perniagaan ini bekerja atau belajar sepenuh masa. Ini bukanlah penghalang kepada anda untuk berjaya kerana konsep mobile perniagaan ini membolehkan anda memguruskan perniagaan secara sambilan. Ingat, tiada barangan fizikal yang perlu diangkut dan disimpan di gudang, tidak perlu menyewa premis perniagaan, tidak perlu melawat rumah-ke rumah.

Permintaan kad reload memang sedia wujud dan ia merupakan satu keperluan untuk pemilik telefon bimbit. Malah anda tidak perlu bersusah payah membuat produk demo untuk meyakinkan bakal pelanggan anda!

Fikirkan, mengapa anda ingin ke kedai telefon untuk reload sedangkan anda boleh reload telefon anda sendiri dan sekaligus menambah pendapatan? Sebagai ejen anda akan menikmati penjimatan kad prepaid daripada harga pasaran. Jika anda menjual dan menaja, pendapatan anda akan bertambah berlipat kali ganda.

Back to top


5. Bagaimanakah hendak mendaftar menjadi ahli Prepaid4U.Net ini?

Anda boleh menjadi ahli Prepaid4U.Net secara percuma dengan mengisi borang Pendaftaran Keahlian Percuma di sini. Dan sekiranya anda ingin mengUpgrade keahlian anda kepada Agent Mymode, anda boleh membuat pembayaran pendaftaran sebanyak RM65 kepada saya. Penerangan lengkap untuk pembayaran yuran boleh dirujuk disini.

Back to top


6. Bagaimanakah hendak mengUpgrade keahlian dan menjadi Agent Mymode?

Untuk mengUpgrade keahlian kepada Agent Mymode, sila rujuk penerangan lengkap tentang cara-cara pembayaran yuran keahlian Mymode sebanyak RM65 di sini.

Back to top


7. Berapa banyakkah pendapatan yang boleh saya perolehi melalui MyMode?

Pendapatan yang boleh anda perolehi tidak terhad. Lebih banyak anda jual dan lebih ramai ejen dibawah anda, maka lebih banyaklah pendapatan anda. Ingat, konsep MLM (multi-level-marketing) MyMode membolehkan anda mendapat komisen sehingga sepuluh peringkat dibawah anda!

Bina rangkaian anda dengan sistem canggih yang telah Prepaid4u.net bangunkan untuk anda ini. Pasti dalam beberapa bulan lagi anda berada pada tahap ‘Auto Pilot‘ dimana dengan tidak berbuat apa-apa sekalipun bonus mingguan dan bulanan mengalir ke dalam akaun anda sehingga anda sendiri tidak mampu untuk menyekatnya!!

Tidak mustahil dalam masa setahun pendapatan bonus anda dalam Mymode melebihi gaji bulanan anda sekarang. Malah ia merupakan satu jaminan pendapatan untuk wang pencen anda.

Tidak mahukah anda pencen pada usia 30 tahun atau 40 tahun dengan pendapatan bulanan RM20,000 sebulan? (Ini hanya contoh. Pendapatan admin Prepaid4u.Net, telah melebihi RM15,000 sebulan)

Back to top


8. Saya berminat untuk menyertai perniagaan ini, tetapi saya menggunakan Post paid, adakah saya masih boleh menyertainya?

Sudah tentu, kerana anda masih berpeluang menjual kad prepaid tersebut kepada mereka yang menggunakan prepaid atau dengan mendaftarkan agent baru.

Anda akan menikmati komisen dan ganjaran hasil dari penjualan dan penajaan anda termasuk bonus overriding hasil dari pembelian product daripada downline anda. Cuma anda sendiri tidak berpeluang menikmati penjimatan kad prepaid kerana anda membayar bil telefon bimbit anda secara postpaid. Itu sahaja bezanya.

Back to top


9. Adakah perniagaan ini boleh dipercayai dan selamat?

Mymode diasaskan oleh sebuah syarikat yang amat kukuh iaitu Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd. Telah diasaskan semenjak 2003 dan telah memenangi beberapa anugerah di peringkat Asia.

MyMode telah mempunyai lebih daripada 35,000 ejen di Malaysia untuk tahun 2004 dan pada tahun 2007 sahaja telah meningkat kepada 170,000 orang! Jadi anda tidak perlu bimbang tentang kesahihan syarikat MyMode. Anda boleh menghubungi MyMode secara terus disini. MyMode mengambil segala langkah yang termampu untuk memastikan keselamatan data anda tidak dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Back to top


10. Saya ada soalan yang tidak dijawab disini

Anda boleh rujuk disini ataupun berhubung terus dengan saya melalui Email : admin[@]myprepaidsms.com , Call/SMS: 012-9273808 ataupun Yahoo Messenger : watimanap

Back to top

*************************************************************************

Nak beli topup harga murah ?

Atau nak mulakan bisnes topup?

Jom whatapps saya dengan klik  http://wassap.my/60129273808/topup

*************************************************************************