FAQ Tentang Bisnes Prepaid Toneexcel – part1

Berikut adalah soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan bisnes prepaid ToneExcel ini. Ini adalah bahagian pertama. Untuk soalan lain, anda boleh rujuk disini.

SOALAN: Apa sebenarnya bisnes prepaid ToneExcel ni?

Sebenarnya bisnes ni hanya perlukan kita tukar pelan prepaid kita sahaja. Kalau dulu kita pakai talian lain, sekarang ni kita tukar kepada pelan ToneExcel sahaja. Dan kita akan dapat banyak kelebihan-kelebihan menguntungkan yang tiada di tempat lain.

Lagipun kita masih boleh kekalkan nombor lama kita. Jadi tiada masalah untuk kawan-kawan kita hubungi kita walaupun kita sudah bertukar pelan.Kemudian kita hanyalah perkenalkan kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk menggunakan SIMKAD Tone Excel ini.

Kita akan dibayar RM20 untuk setiap seorang yang sertai kita dan yang paling menguntungkan bila guna SIMKAD ToneExcel ialah komisen yang akan kita terima setiap kali mereka topup. Komisen ini akan jadi pendapatan pasif kita.

Kita akan dibayar antara 6% – 10% dari setiap nilai topup mereka. Tak kisah mereka beli topup dimana-mana pun, bila-bila masa.Kalau 10 tahun mereka guna handphone & Top Up setiap bulan maka selama itulah kita akan dibayar sehinggakan sampai 3 Level. Pada pendapat saya, inilah bisnis yang paling mudah sekali.

Tahukah anda bahawa pada 9 Mei 2013 jumlah keahlian adalah dalam linkungan 134,000 ahli sahaja & terkini (iaitu setakat 6 Mac 2014), jumlah Keahlian ToneExcel sudah melebihi 320,000 ahli! Penambahan hampir 40,000 seluruh Malaysia dalam masa 1 bulan sahaja dengan purata hampir 1400 orang sehari! Satu jumlah yang sangat memberangsangkan kerana ramai sudah menyedari kebaikan yang diberikan oleh program ini.

SOALAN: Berapa modal untuk sertai program ToneExcel ini?
Modal yang perlu anda keluarkan hanyalah serendah RM90 untuk mendapatkan sekeping kad sim Tunetalk ToneExcel . Mungkin ada caj penghantaran sebanyak RM5 – RM10 untuk kos penghantaran dan pengurusan.

Kad sim ini dah sedia mengandungi kredit/air time  bernilai RM30 dan kredit sah selama 30 hari. Anda boleh gunakan kad sim ini untuk buat call, sms dan surf internet.

SOALAN: Apakah service provider yang digunakan?
Toneexcel menggunakan service provider TuneTalk, dan tunetalk menggunakan prasarana Celcom. Dimana ada coverage celcom, anda juga takkan ada masalah untuk line Tunetalk

SOALAN: Berapakah charge panggilan dan sms yang dikenakan?
Caj panggilan untuk tunetalk toneExcel ialah 28sen seminitke semua talian telefon bimbit dan talian

Caj sms ialah 10sen/ sms ke semua talian.

SOALAN: Dimanakah boleh top-up prepaid ini?

Anda boleh top-up prepaid toneexcel di seluruh Malaysia (termasuk Sabah/Sarawak), seluruh stesen minyak yang menggunakan e-pay, sebahagian besar kedai yang menjual prepaid, maybank2u, cimbclick, dan banyak lagi. Anda hanya perlu maklumkan nak beli topup Tunetalk.

SOALAN: Apakah kelebihan lain jika saya menggunakan prepaid ToneExcel ini?
Anda boleh mengekalkan nombor lama, anda diberi insurance kemalangan sebanyak RM100,000, menaiki kapal terbang AisAsia secara PERCUMA (mengikut syarat yang ditetapkan), point tersebut juga boleh ditukarkan kepada 200 minit calltime  atau membeli pelbagai keni handphone dan juga peluang untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan.

SOALAN: Bagaimanakah marketing plan untuk perniagaan ini?
Setiap kali kita sponsor rakan, kita diberikan RM20 sebagai fast track bonus, dan juga kita dibayar komisyen sebanyak 6% untuk Level 1 yang topup, 3% untuk Level 2 yang topup dan 11% untuk Level 3 yang topup. Penerangan lengkap boleh rujuk disini.

SOALAN: Bagaimanakah ToneExcel membayar komisyen kepada saya?
Untuk bonus fast track, jika kita sponsor dari 1-15 hb, duit bonus akan dibank in dalam akaun anda pada hujung bulan, jika kita sponsor rakan dari 16-31 hb, bonus akan dimasukkan kedalam bank anda pada 11 hb depan.

Untuk komisyen topup akan dibayar pada 21 hb depan asalkan ianya lebih RM30, jika kurang, ia akan dibawa untuk bulan hadapan.

SOALAN: Apa kelayakkan untuk menerima komisyen?
Anda dikehendaki top up paling sedikit RM20 dalam sebulan, dan juga jumlah terkumpul komisyen anda melebihi RM30. Kalau komisyen anda kurang dari RM30, ia akan dibawa ke bulan berikutnya . Syarat ini tidak tertakluk kepada komisyen fast track.

SOALAN: Adakah saya kena top-up minima RM20 tersebut sekali gus atau boleh sedikit-sedikit?
Kedua-duanya boleh, sekali gus pun boleh sedikit-sedikit pun boleh, asalkan jumlahnya paling kurang RM20 dalam tempoh sebulan.

SOALAN: Apa jadi pada bulan tersebut jika saya top-up jumlahnya tak sampai RM20?
Sekiranya anda sudah ada downline, dan bulan tersebut anda sudah ada komisyen, maka anda tidak akan mendapat komisyen pada bulan itu sahaja, bulan-bulan lain tetap dapat jika topup lebih RM20.

SOALAN: Dimanakah nak dapatkan SIMKAD ini?
Anda boleh dapatkan kad sim dengan rujuk disini.

SOALAN: Bagaimana dengan signal Tunetalk ini?
Disebabkan mereka juga menggunakan prasarana Celcom, maka jika dikawasan anda itu, line celcom baik, maka line tunetalk juga baik.

SOALAN: Bagaimana untuk menyertai perniagaan ini?
Anda perlu mendapatkan SIMKAD ToneExcel terlebih dahulu, aktikan SIMKAD tersebut dan daftar didalam perniagaan ini. Ikuti Langkah demi langkah disini.

SOALAN: Bagaimana jika saya ingin mengekalkan nombor lama.
Untuk kekalkan nombor lama, boleh rujuk disini.

SOALAN: Setelah saya menyertai perniagaan ini, apa yang perlu saya lakukan?
Jadikan kesemua ahli keluarga anda yang terdekat, seperti ibu/bapa, suami/isteri anak-anak, adik beradik, saudara mara yang terdekat, pekerja anda, atau sesiapa yang menggunakan hp prepaid, dan juga sebelum ini mereka membayar bil/prepaid talipon melebihi RM20, maka suruh mereka menggunakan talian tunetalk ini.

Kalau dulu anak-anak kita menggunakan talian XXX Company, kalau mereka topup (kadang2 kita juga yang bagi duit top-up), Company XXX bertambah kaya, kali ini jika mereka menggunakan talian tunetalk dalam WoW Program ToneExcel, mereka topup, kita pun dapat sedikit hasil.

Selepas itu barulah promote kepada orang lain, seperti rakan sekerja, sahabat-sahabat sepermainan, sambil main golf, main tenis, main gasing, main badminton, main sepaktakraw, main snooker, jogging, sambil mancing, sambil sembang di kedai mamak, cerita kan peluang ini dan ajak mereka sekali.

Terangkan yang ini bukan MLM, tapi guna handphone macam biasa dan dapat upah jika ceritakan pada orang lain.

SOALAN:Bagaimana cara saya ingin menaja orang lain?
Ada banyak cara untuk promosikannya samaada secara online mahupun offline. Anda akan mempromosikan web replika percuma anda dari bisnesprepaid.com atau toneexcel.biz secara online mahupun offline.

SOALAN: Boleh terangkan lebih lanjut mengenai insurance Kemalangan ini?
Sila rujuk disini.

SOALAN: Bolehkah saya nak sponsor ahli keluarga saya tetapi pembayaran komisyen terus ke akaun bank saya?
Boleh. Apa yang perlu dilakukan adalah didalam member area mereka, dibahagian bank akaun info masukkan maklumat bank anda dan jangan lupa fax kan atau scan borang penyerahan komisyen ini ke 03-9054 0278.
Klik disini untuk mendapatkan borang tersebut. (fail pdf)

Apabila membuat penghantaran, sila followup dengan ToneExcel samada mereka menerimanya atau tidak, call 0105000969. Gagalnya anda melakukan sedemikian menyebabkan komisyen anda akan tertangguh.

SOALAN: Saya telah menggunakan simkad tunetalk biasa yang berharga RM5 dikedai, bolehkah saya ingin mengekalkan no tunetalk ini kepada SIMKAD ToneExcel saya yang baru?
Boleh. Hanya guna cara SMS di sini

*************************************************************************

Nak beli topup harga murah ?

Atau nak mulakan bisnes topup?

Jom whatapps saya dengan klik  http://wassap.my/60129273808/topup

*************************************************************************