FAQ Tentang Bisnes Prepaid Tunetalk Toneexcel – part2

Berikut adalah soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan bisnes prepaid Tunetalk ToneExcel ini. Ini adalah bahagian ke2. Untuk soalan lain, anda boleh rujuk disini.

SOALAN: Saya tidak pandai komputer, tiada laptop, tiada broadband, boleh kah saya jalankan perniagaan ini?
Sangat boleh, kerana kita menjalankan perniagaan ini tidak memerlukan komputer atau internet langsung, 100% menggunakan cara SMS.

SOALAN: Saya pergi kekedai saya dapati mereka jual simkad pada harga RM5 sahaja, bukannya RM80?
Tunetalk mempunyai 2 jenis simkad, satu simkad tunetalk yang biasa harganya RM 5 sekeping dan call ratenya 15 sen seminit dan 5 sen SMS, dan simkad ini tiada referral program, kalau kita promote pada orang lain simkad ini tiada komisyen.

Manakala kedua adalah Simkad Tunetalk-ToneExcel, yang ini harganya sekeping RM80 dan calling ratenya 32 sen seminit dan 15 sen SMS tetapi ada referral program, kalau promote pada orang lain dapat komisyen.

Dan simkad ini tiada dijual dikedai-kedai talipon, hanya boleh didapati daripada main office di Sri Petaling atau mana-mana service centre yang dilantik oleh Toneexcel. Tetapi kedua2 jenis simkad ini, kalau nak top up dikedai, hanya minta top up tunetalk sahaja.

SOALAN: Orang kata call rate tunetalk-toneexcel ni mahal, sampai 32 sen panggilan seminit?
Sudahkah anda lihat call rate dari Digi ke telco yang lain. Maxis ke telco yang lain. Kesemua panggilan itu lebih mahal dari 32sen seminit, ada yang 33 sen ada 35 sen dan ada yang 36 sen. Jadi tunetalk-toneexcel adalah yg paling murah.

Lagi satu kalau lah saudara kita memang pakai phone, dan selama ini pun masih bayar prepaid atau pun bil, mereka hanya bagi orang lain lebih kaya, kenapa tak kali ini bagi anda yang kaya, walau pun kaya sikit-sikit, lama-lama kaya tu jadi bukit. Kalau tak masuk program ni pun mereka tetap pakai handphone juga.

SOALAN: Bagaimana pula dengan rate panggilan keluar negara?
Anda boleh lihat disini. Klik Disini
Manakala International Raoming klik disini

SOALAN: Boleh lihat bukti pendapatan  didalam program ini?
Dibawah ini ialah bukti komisen yang dimasukkan ke akaun super upline saya.

Sekarang cuba bayangkan jika anda melakukan perniagaan ini secara berterusan dan konsisten selama 2 tahun, maka tidak hairanlah jika kita memperolehi pendapatan melebih RM30,000 – RM40,000 sebulan.

Walau pun pada masa itu anda stop mempromosikannya, pasti komisyen anda tidak akan stop mengalir ke akaun bank anda kerana orang tetap topup dan menggunakan hp. Dan ia bukan satu perkara mustahil untuk anda mencapainya.

SOALAN: Bolehkah orang dari luar negara yang tinggal di Malaysia untuk menyertai program ini?
Boleh, hanya gunakan no passport mereka, dan lebih mudah jika mereka sudah pun memiliki bank account di Malaysia.

SOALAN: Boleh saya mengekalkan nombor lama, tetapi nombor lama itu adalah nombor line atau postpaid dari telco yang lain?
Boleh, mereka kena selesaikan bil-bil tertunggak dahulu dan selepas itu buat port in macam biasa .

SOALAN: Saya baru sertai toneexcel ini, macamana nak check baki dengan simkad tunetalk ni ya?
Tak mengapa, baru pun asal rajin bertanya, saya akan usaha untuk menjawabnya. Dibawah ini saya senaraikan beberapa perkara asas untuk diketahui dalam penggunaan simkad tunetalk/toneexcel ini.
* Untuk top up adalah *122*<16digits># dan Call
* Untuk check baki *133# dan call
* Untuk berkongsi kredit: *111# dan pilih no.3 (Kredit)

Untuk tambah nilai kredit, pergi kekedai-kedai yang menjual topup, seperti kedai-kedai biasa, 7Eleven, Stesen minyak, dan beli topup TuneTalk, jangan minta topup ToneExcel, mereka tidak akan tahu.

Anda juga boleh topup kredit airtime anda melalui maybank2u, cimb click dan kebanyakkan online banking.

Untuk mendapatkan Tune Buddies 10 nombor (Tune Buddies adalah rate istimewa dari ToneExcel dimana calling rate adalah 26 sen dan SMS 15 sen) *111# – Pilih Option 4 – Services, kemudian Option 3, Favourite 8

SOALAN: Saya nak tanya, Tune Talk – Tone Excel ada Pakej Internet Blackberrya ka? Berapa kadarnya? Macamana nak aktifkan?
Maklumat pakej BB seperti charge dan juga cara nak aktifkannya, ada disini tuan. Klik Disini.

SOALAN: Salam, katakan saya sponsor orang lain, adakah dia juga dapat website percuma?
Salam tuan, dapat, semua akan dapat web promosi utama tersebut, pergi sahaja ke www.toneexcel.biz dan lihat di Langkah 3. Tuan juga boleh juga dapatkan web promosi dari bisnesprepaid.com .

SOALAN: Sekiranya kita dapat menaja seorang downline bolehkah kita mendapat bonus fast track dengan meletakkan downline itu di level 2 atau level 3?
Tidak, hanya di level pertama sahaja.

SOALAN: Dah lama saya tak gunakan tune talk, how to reactivate my account. Saya masih ada 8 simcard yg belum di aktifkan, can I still use it. Thank you
Yes, you can use those 8 simcard, because it has no expiry date. Just simply use SMS method to activate it.

SOALAN: assalamualaikum..nak tanya, kenapa bila saya topup, x ada point  bila cek baki…. nak buat mcm mana?
Call sahaja HQ 010 5000 969 mereka akan bantu update simkad kita.

SOALAN: Saya cuba masuk ke member area www.toneexcel.com tapi tersalah password, saya lupa password, hingga account saya kena block, apa perlu dilakukan?
Cara paling mudah call sahaja 010-5000 969 beritahu masalah anda, beritahu IC dan member ID, HQ akan tolong resetkan semula akaun anda.

SOALAN: Saya ingin menyertai program ini, tetapi saya tiada bank account sendiri, bolehkah saya menggunakan bank akaun orang lain?
Boleh, anda boleh menggunakan bank akaun orang lain, tetapi anda perlu mengisi borang ini terlebih dahulu,
Download borang 3rd Party disini (fail pdf)
Selepas selesai anda boleh menghantar semula kepada info@toneexcel.com atau fax ke 03-90540278
Apabila membuat penghantaran, sila followup dengan ToneExcel samada mereka menerimanya atau tidak, call 0105000969. Gagalnya anda melakukan sedemikian menyebabkan komisyen anda akan tertangguh.

SOALAN: Topup tunetalk ini berapa ringgit yang ada, dan berapa hari boleh tahan?
RM 5 – 5 hari
RM 10 – 11 hari
RM 30 – 50 hari
RM 50 – 75 hari

Untuk lebih detail, boleh rujuk disini

SOALAN: Salam tuan, semalam saya pergi 7-Eleven minta topup ToneExcel, tapi mereka kata tiada topup ToneExcel?
W’salam tuan, kita minta topup tunetalk je tuan, tak perlu sebut toneexcel.

SOALAN: Saya dulu join RedTone, jadi dalam program ni, boleh tak saya nak kekalkan no RedTone saya?
Boleh. Disini saya sertakan no phone dari telco yang lain yang kita boleh buat port ini. Celcom, Digi, Maxis, UMobile, XOX, RedTone, YTLComms dan MTrade.

SOALAN: Dulu saya dah join biz tunetalk ni, tapi dah berhenti beberapa bulan, sekarang nak start semula, adakah akaun dan no ID saya masih boleh digunakan lagi atau tidak?
Tidak, anda perlu beli simkad baru dan register baru.

SOALAN: Bagaimana nak setting GPRS?
Taipkan SET dan hantar ke 20999 kemudian ikut arahan yang diberikan.

SOALAN: Saya dah join tunetalk/ToneExcel ini, saya dah buat port in, tapi handphone saya boleh terima panggilan sahaja, tapi tak boleh call keluar, macamana nak settle ya?
Terima kasih kepada yang bertanya, kadang2 kes macam ini jadi hanya pada kita yang buat port in sahaja. Jika anda menghadapi masalah boleh terima call in, tapi tak boleh call out, ikuti langkah dibawah ini, betulkan setting dalam handphone anda.

1) Dalam telefon anda, pergi ke SETTING dan cari NETWORK SETTING.
2) Pilih MANUAL NETWORK SELECTION dan pilih network selain daripada Tunetalk/Celcom. Anda kena pilih Digi atau Maxis.
3) Selepas pilihan anda ditolak, pilih semula TUNETALK atau CELCOM.
4) Sila OFF handphone anda dan ON semula dan cuba buat outgoing dan incoming call.

Jika masih tak boleh juga sila hubungi terus Khidmat Pelanggan Tunetalk (0105001333) atau ToneExcel (0105000969)

SOALAN: Bolehkah simkad ini digunakan untuk BlackBerry dan kalau boleh bagaimana cara nak settingnya?
Sila klik disini untuk setting BlackBerry anda.

SOALAN: Encik, saya baru menyertai biz tunetalk ni dan saya telah pun buat port in. Saya juga pengguna tegar ebanking macam maybank2u, cimbclick, e-eon, dan macam2 lagi. Semalam saya nak buat request TAC, tapi tak dapat la. Tunetalk ni tak support ke ebanking?

Terima kasih kerana bertanya. Tunetalk support ebanking. Untuk selesaikan masalah itu saya cadangkan puan pergi ke atm bank berkenaan, tukar no talipon ke no talipon yang lain, selepas itu masuk semula, dan tukar no talipon ke no talipon asal yang mana digunakan untuk receive tac tersebut. Ini macam nak reset semula je.

Tetapi saya juga ada menerima rungutan dari rakan2 yang mengatakan cara ini tidak boleh kepada no asal Celcom. Jadi sebagai langkah berjaga2, jika anda aktif e-banking dan pengguna no Celcom, saya cadangkan elok tidak perlu buat port in, sehingga masalah ini dapat diselesaikan.

SOALAN: Beberapa hari lepas saya telah registerkan 2 orang dibawah downline saya, tapi dalam member area, saya hanya dapat satu sahaja fast track bonus iaitu RM20, mana bonus FT saya yang lagi satu ?

Biasanya ToneExcel mengambil masa 2/3 hari untuk update didalam member area, dan yang kedua, biasanya mereka daftar downline/affiliate, tetapi samada mereka tidak aktifkan simkad tersebut, atau, tidak buat satu SMS selepas aktifkan simkad.

SOALAN: Boleh terangkan macamana katanya top up tunetalk ni dapat point tiket kapal terbang AirAsia?

Setiap kali anda topup, anda akan memdapat point untuk melayakkan anda menaiki kapal terbang AirAsia secara percuma keseluruh dunia. Contohnya anda topup sebanyak RM30, anda akan mendapat 70 points, jika anda topup RM50 anda akan mendapat 120 points. Kumpulkan point ini, jika sudah cukup anda boleh redeem points ini untuk naik kapal terbang percuma. Contohnya jika cukup 3000 anda boleh pergi ke Langkawi secara percuma.

Keterangan lanjut mengenai pemberian points. Klik Disini
Keterangan lanjut mengenai redeem points. Klik Disini

SOALAN: Assalamualaikum. Saya Dhiya dri Brunei. Nak tnya ttg www.toneexcel.com. Adakah penggunaan toneexcel akan masuk ke Brunei? Jika tidak, bagaimana saya nak joint dan manfaatkan toneexcel tersebut? Di mana saya boleh dapatkan kad prepaid toneexcel tersebut? Saya difahamkan toneexcel akan masuk ke Singapore dan Thailand tahun ini juga. Mohon penjelasan mengenai pertanyaan saya di atas.

Waalaikumsalam Dhiya,
Talian Tunetalk boleh digunakan di Brunei dan negara-negara lain, cuma Toneexcel belum beroperasi di negara serantau. Untuk menyertainya memang boleh hanya dengan menggunakan passport. Cuma saya khuatir Dhiya menghadapi masalah untuk top up prepaid tersebut dan juga untuk menerima komisyen dari ToneExcel. Kalau Dhiya ada akaun bank di Malaysia, saya rasa tidak menjadi masalah untuk menyertainya. Untuk dapatkan SIMKAD tersebut klik sahaja di Pesanan SIMKAD di menu utama.

SOALAN: Apakah kadar sebenar utk sms?? 5c @ 15c?? sbb sy ada lihat banner yg sms adalah 5c..mcm mana nk dptkn kadar 5c tu???kena upgrade nombor ke??
Tunetalk ni ada dua jenis,
1. Tunetalk yang biasa dijual dikedai2, harga sekeping simkadnya RM5 sahaja, kadar panggilan seminit 16sen dan SMS 5 sen. Tiada referal program. Simkad ini tak boleh nak sponsor untuk orang lain.

2. Tunetalk/ToneExcel, harganya RM80 sekeping, kadar panggilan seminit 32 sen dan SMS 15 sen. Ada referal program, boleh untuk sponsor orang lain dan dapat komisyen.

SOALAN: Saya kehilangan simkad, apa perlu saya lakukan?
1. Dapatkan simkad ganti (Replacement card) pada harga RM10 sekeping. Pesanan boleh dibuat secara online.
2. Apabila dah dapat simkad tesebut, hantarkan maklumat dibawah ini:
a. Nama Penuh
b. No IC
c. No ID ToneExcel
d. No serial number simkad yang hilang itu.
e. No serial number simkad ganti yang baru diperolehi tersebut.
Hantarkan maklumat tersebut kepada toneexceldotbiz@gmail.com atau SMS ke 010-517 3358

SOALAN: Berapa harga panggilan ke luar negara dan bagaimana caranya?
Kadar panggilan IDD – antarabangsa ada disini. Cara untuk membuat panggilan adalah
“Number Prefix”+NoPhone

SOALAN: Saya dah berjaya buat proses port in utk kekalkan no lama, tapi handphone saya boleh receive call sahaja tapi tak boleh call out?
Itu disebabkan masalah setting pada handphone anda sahaja. Bukan masalah simkad. Jadi saya cadangkan anda call 0105000969 dan bercakap dengan Nurul (dari ToneExcel) dan minta bantuan dia ajarkan cara2 nak setting handphone anda.

SOALAN: Saya dah cuba sendiri buat proses (Port In) utk kekal no maxis lama saya, tapi sampai sekarang masih tak berjaya lagi?
Proses nak kekalkan nombor lama, perlulah menggunakan IC yang sama, jika di maxis anda pakai IC lain, dan di TuneTalk anda pakai IC lain, sudah pasti Maxis tidak akan melepaskan pelanggan mereka. Apa yang perlu dilakukan adalah anda talipon sendiri kepada telco talipon anda dan cuba periksa terlebih dahulu apakah IC yang digunakan dahulu semasa pendaftar. Jika tak sama, pasti proses port-in tidak dapat dilakukan.

SOALAN: Bagaimana ingin saya pastikan samada seseorang itu telah didaftarkan dibawah saya atau tidak, dan juga bagaimana untuk saya mengetahui no ID mereka?
Cara yang mudah adalah masuk kedalam member area anda (www.toneexcel.com) dan klik di Geneology, selepas itu dekatkan cursor pada gambar tersebut dan ia akan tunjukkan no ID downline anda.

SOALAN: Saya rasa keliru mengenai program WOW program tunetalk-toneexcel ini, ada sesetengah web beritahu minima maintain setiap bulan RM20, ada yang tulis RM30 ada pula yang kata RM38. Yang mana satu betul?
Yang betul adalah RM20. Dulu memang RM38, tetapi sekarang adalah RM20 sahaja. Yang RM30 tu saya rasa adalah cadangan mereka untuk kita supaya kekal mendapat perlindungan insuran yang diberikan oleh pihak insurans .Pihak insurans memberi syarat kepada pengguna Tunetalk untuk kekal didalam insuran tersebut mereka perlu maintain topup sebanyak RM30.

SOALAN: Saya dah daftar dan dah dapat no tunetalk, tapi saya tak suka no tu, boleh tak kalau nak tukar nombor lain?
Boleh, Untuk makluman anda, member tersebut kena login di selfcare akaun untuk menukar nombor telefon yang didaftarakan.

Sila rujuk langkah-langkah untuk login ke akaun selfcare anda:

1. Pergi ke laman web www.tunetalk.com
2. Klik Selfcare
3. Klik di Forgot password/username (sekiranya anda tidak mempunyai password untuk selfcare)
4. Pilih forgot password dan masukkan NRIC serta nombor telefon anda.
5. Password tersebut akan dihantar ke telefon anda (dipaparkan di screen telefon)
6. Sila login dengan password yang diberi.
7. Setelah login, sila klik di bahagian “MY NUMBERS” dan pilih “CHANGE NUMBER” untuk menukarkan nombor telefon. Setiap penukaran nombor hp, tunetalk akan charge RM5 kepada kita.

SOALAN: Kalau saya kekalkan no Lama dari tunetalk biasa ke tunetalk toneexcel, adakah point yang ada tersebut akan hilang?
Tidak, point tersebut tidak akan hilang dan dia ikut sekali kedalam simkad TTTE anda.

daftar-toneexcel2*************************************************************************

Jika ada sebarang persoalan berkaitan bisnes Tone Excel ini, Boleh hubungi saya Asmawati Call/wassap 012-9273808

*************************************************************************