FAQ Tentang Bisnes Prepaid Tunetalk Toneexcel – part3

Berikut adalah soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan bisnes prepaid Tunetalk ToneExcel ini. Ini adalah bahagian ke 3. Untuk soalan lain, anda boleh rujuk disini.

SOALAN: Bolehkah simkad ini digunakan untuk BlackBerry dan kalau boleh bagaimana cara nak settingnya?
Sila klik disini untuk setting BlackBerry anda.

SOALAN: Encik, saya baru menyertai biz tunetalk ni dan saya telah pun buat port in. Saya juga pengguna tegar ebanking macam maybank2u, cimbclick, e-eon, dan macam2 lagi. Semalam saya nak buat request TAC, tapi tak dapat la. Tunetalk ni tak support ke ebanking?

Terima kasih kerana bertanya. Tunetalk support ebanking. Untuk selesaikan masalah itu saya cadangkan puan pergi ke atm bank berkenaan, tukar no talipon ke no talipon yang lain, selepas itu masuk semula, dan tukar no talipon ke no talipon asal yang mana digunakan untuk receive tac tersebut. Ini macam nak reset semula je.

Tetapi saya juga ada menerima rungutan dari rakan2 yang mengatakan cara ini tidak boleh kepada no asal Celcom. Jadi sebagai langkah berjaga2, jika anda aktif e-banking dan pengguna no Celcom, saya cadangkan elok tidak perlu buat port in, sehingga masalah ini dapat diselesaikan.

SOALAN: Beberapa hari lepas saya telah registerkan 2 orang dibawah downline saya, tapi dalam member area, saya hanya dapat satu sahaja fast track bonus iaitu RM20, mana bonus FT saya yang lagi satu ?

Biasanya ToneExcel mengambil masa 2/3 hari untuk update didalam member area, dan yang kedua, biasanya mereka daftar downline/affiliate, tetapi samada mereka tidak aktifkan simkad tersebut, atau, tidak buat satu SMS selepas aktifkan simkad.

SOALAN: Boleh terangkan macamana katanya top up tunetalk ni dapat point tiket kapal terbang AirAsia?

Setiap kali anda topup, anda akan memdapat point untuk melayakkan anda menaiki kapal terbang AirAsia secara percuma keseluruh dunia. Contohnya anda topup sebanyak RM30, anda akan mendapat 70 points, jika anda topup RM50 anda akan mendapat 120 points. Kumpulkan point ini, jika sudah cukup anda boleh redeem points ini untuk naik kapal terbang percuma. Contohnya jika cukup 3000 anda boleh pergi ke Langkawi secara percuma.

Keterangan lanjut mengenai pemberian points. Klik Disini
Keterangan lanjut mengenai redeem points. Klik Disini

SOALAN: Assalamualaikum. Saya Dhiya dri Brunei. Nak tnya ttg www.toneexcel.com. Adakah penggunaan toneexcel akan masuk ke Brunei? Jika tidak, bagaimana saya nak joint dan manfaatkan toneexcel tersebut? Di mana saya boleh dapatkan kad prepaid toneexcel tersebut? Saya difahamkan toneexcel akan masuk ke Singapore dan Thailand tahun ini juga. Mohon penjelasan mengenai pertanyaan saya di atas.

Waalaikumsalam Dhiya,
Talian Tunetalk boleh digunakan di Brunei dan negara-negara lain, cuma Toneexcel belum beroperasi di negara serantau. Untuk menyertainya memang boleh hanya dengan menggunakan passport. Cuma saya khuatir Dhiya menghadapi masalah untuk top up prepaid tersebut dan juga untuk menerima komisyen dari ToneExcel. Kalau Dhiya ada akaun bank di Malaysia, saya rasa tidak menjadi masalah untuk menyertainya. Untuk dapatkan SIMKAD tersebut klik sahaja di Pesanan SIMKAD di menu utama.

SOALAN: Apakah kadar sebenar utk sms?? 5c @ 15c?? sbb sy ada lihat banner yg sms adalah 5c..mcm mana nk dptkn kadar 5c tu???kena upgrade nombor ke??
Tunetalk ni ada dua jenis,
1. Tunetalk yang biasa dijual dikedai2, harga sekeping simkadnya RM5 sahaja, kadar panggilan seminit 16sen dan SMS 5 sen. Tiada referal program. Simkad ini tak boleh nak sponsor untuk orang lain.

2. Tunetalk/ToneExcel, harganya RM80 sekeping, kadar panggilan seminit 32 sen dan SMS 15 sen. Ada referal program, boleh untuk sponsor orang lain dan dapat komisyen.

SOALAN: Saya kehilangan simkad, apa perlu saya lakukan?
1. Dapatkan simkad ganti (Replacement card) pada harga RM10 sekeping. Pesanan boleh dibuat secara online.
2. Apabila dah dapat simkad tesebut, hantarkan maklumat dibawah ini:
a. Nama Penuh
b. No IC
c. No ID ToneExcel
d. No serial number simkad yang hilang itu.
e. No serial number simkad ganti yang baru diperolehi tersebut.
Hantarkan maklumat tersebut kepada toneexceldotbiz@gmail.com atau SMS ke 010-517 3358

SOALAN: Berapa harga panggilan ke luar negara dan bagaimana caranya?
Kadar panggilan IDD – antarabangsa ada disini. Cara untuk membuat panggilan adalah
“Number Prefix”+NoPhone

SOALAN: Saya dah berjaya buat proses port in utk kekalkan no lama, tapi handphone saya boleh receive call sahaja tapi tak boleh call out?
Itu disebabkan masalah setting pada handphone anda sahaja. Bukan masalah simkad. Jadi saya cadangkan anda call 0105000969 dan bercakap dengan Nurul (dari ToneExcel) dan minta bantuan dia ajarkan cara2 nak setting handphone anda.

SOALAN: Saya dah cuba sendiri buat proses (Port In) utk kekal no maxis lama saya, tapi sampai sekarang masih tak berjaya lagi?
Proses nak kekalkan nombor lama, perlulah menggunakan IC yang sama, jika di maxis anda pakai IC lain, dan di TuneTalk anda pakai IC lain, sudah pasti Maxis tidak akan melepaskan pelanggan mereka. Apa yang perlu dilakukan adalah anda talipon sendiri kepada telco talipon anda dan cuba periksa terlebih dahulu apakah IC yang digunakan dahulu semasa pendaftar. Jika tak sama, pasti proses port-in tidak dapat dilakukan.

SOALAN: Bagaimana ingin saya pastikan samada seseorang itu telah didaftarkan dibawah saya atau tidak, dan juga bagaimana untuk saya mengetahui no ID mereka?
Cara yang mudah adalah masuk kedalam member area anda (www.toneexcel.com) dan klik di Geneology, selepas itu dekatkan cursor pada gambar tersebut dan ia akan tunjukkan no ID downline anda.

SOALAN: Saya rasa keliru mengenai program WOW program tunetalk-toneexcel ini, ada sesetengah web beritahu minima maintain setiap bulan RM20, ada yang tulis RM30 ada pula yang kata RM38. Yang mana satu betul?
Yang betul adalah RM20. Dulu memang RM38, tetapi sekarang adalah RM20 sahaja. Yang RM30 tu saya rasa adalah cadangan mereka untuk kita supaya kekal mendapat perlindungan insuran yang diberikan oleh pihak insurans .Pihak insurans memberi syarat kepada pengguna Tunetalk untuk kekal didalam insuran tersebut mereka perlu maintain topup sebanyak RM30.

SOALAN: Saya dah daftar dan dah dapat no tunetalk, tapi saya tak suka no tu, boleh tak kalau nak tukar nombor lain?
Boleh, Untuk makluman anda, member tersebut kena login di selfcare akaun untuk menukar nombor telefon yang didaftarakan.

Sila rujuk langkah-langkah untuk login ke akaun selfcare anda:

1. Pergi ke laman web www.tunetalk.com
2. Klik Selfcare
3. Klik di Forgot password/username (sekiranya anda tidak mempunyai password untuk selfcare)
4. Pilih forgot password dan masukkan NRIC serta nombor telefon anda.
5. Password tersebut akan dihantar ke telefon anda (dipaparkan di screen telefon)
6. Sila login dengan password yang diberi.
7. Setelah login, sila klik di bahagian “MY NUMBERS” dan pilih “CHANGE NUMBER” untuk menukarkan nombor telefon. Setiap penukaran nombor hp, tunetalk akan charge RM5 kepada kita.

SOALAN: Kalau saya kekalkan no Lama dari tunetalk biasa ke tunetalk toneexcel, adakah point yang ada tersebut akan hilang?
Tidak, point tersebut tidak akan hilang dan dia ikut sekali kedalam simkad TTTE anda.

--------------------------------------------------------------------

Ingin menyertai lebih 500,000++ pengguna yang telah menukarkan handphone mereka dari beban kepada pendapatan?

Ingin menjana pendapatan 3-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi saya untuk:-

PENERANGAN PERCUMA

PEMBELIAN SIMKAD DAN TOOLS TONEEXCEL

PELUANG BUAT DUIT DENGAN SIMKAD TONEEXCEL

simkad-toneexcel

ASMAWATI

012-9273808 (Call, SMS, whatapps)

watizone@gmail.com

Comments are closed.