Apa Matlamat
Anda Bila Sertai Mymode?
Ok, saya dah tahu bahawa anda memang berminat nak tahu
lebih lanjut tentang Mymode. Sebenarnya, terdapat 3
kategori orang yang berada didalam Mymode. Anda boleh
pilih untuk berada di kategori mana:
1) Paling malas. Saya nak pakai sendiri je
Mungkin untung anda tidak banyak. Dari pembelian topup
RM30, anda mungkin hanya akan dapat 60-80sen. Tetapi lihatlah
pada faedah lain yang anda bakal perolehi.
Tak perlu start motor pergi kedai nak beli topup...
Tak perlu kehulu-kehilir cari kedai yg bukak pukul 12
malam bila time emergency.... dan lagi. Hanya
SMS je. Selama bertahun-tahun sebelum ini anda membeli
topup dikedai, berapa ratus yang anda dapat dari tokey
kedai handphone? usahkan ratus... 20sen pun belum tentu.
Nak tambah malang lagi, prepaid
RM10, pun kena bayar RM10.50 (ini selalu berlaku
jika anda tinggal di kawasan luar bandar)
Bayangkan kalau anda pergi outstation atau bercuti,
mesti agak sukar untuk mendapatkan prepaid kerana anda
tidak biasa dengan kawasan yang dikunjungi. Dengan keahlian
Mymode anda, ia bukan lagi masalah, dari bilik hotel
atau bilik seminar pun boleh beli topup. Hanya
SMS je, bukan ke senang tu.
2) Paling senang. Saya nak menjual
Margin keuntungan dalam penjualan prepaid topup memang
agak kecil. Tapi bandingkan pula kelebihannya berbanding
peniaga prepaid kad secara konvensional. Mereka perlukan modal
yang besar bagi mengadakan stok untuk setiap jenis prepaid
kad.
Paling tidak 50 keping maxis RM10, 20 keping maxis
RM30, 10 keping Maxis RM60, 50 keping celcom RM10, 30 keping
celcom RM20 dan sebagainya.
Ini kerana pelanggan
minta macam-macam. Ada yg nak beli
RM10 je. Ada pula nak beli yang RM50. Untuk ini sahaja
modalnya
dah dekat RM2000 - RM3000. Belum campur sewa kedai,
lesen meniaga, dan masa yang dihabiskan untuk tercongok
di depan kedai tersebut.
Dalam Mymode,
kalau modal RM100, anda jual produk yg boleh dibeli
dengan modal tersebut. Dapat cash, rolling je semula.
Kedai anda boleh dibuka 24 jam sehari, boleh bergerak
mengikut kemana sahaja kaki anda melangkah. SMS
je bila ada pelanggan.
Anda tak perlu cerita panjang lebar tentang produk
yang anda jual kerana semua orang dah tahu pasal prepaid.
Tak perlu buat produk demo macam M.LM lain. Cuma maklumkan
yang anda ada menjual prepaid, mesti ramai yang nak
membeli dari anda.
Bukan cakap kosong ye, sebab ini adalah pengalaman
saya sendiri. Walaupun saya tidak begitu menumpukan
kepada jualan, saya boleh menjual sekitar RM500-RM600
sebulan hanya dengan beberapa orang pelanggan tetap
di sekitar rumah saya.
3) Paling menguntungkan. Kembangkan jaringan (networking)
disamping guna sendiri/menjual.
Inilah yang saya lakukan keranan pelan pemasaran Mymode
memang direkabentuk agar anda mendapatk keuntungan berterusan
melalui pengembangan kumpulan anda.
Jika anda buka kedai makan,maksimum boleh dapat dalam
sehari katakan RM2000. Itupun jika buka
24jam. Jadi macamana nak jadikan keuntungannya jadi
RM4000
sehari? Tambah pekerja? Tambah kerusi? Tambah menu masakan?
Caranya adalah dengan membuka
lagi satu cawangan dikawasan lain! Bayangkan jika
anda mempunyai 100 cawangan kedai makan diseluruh Malaysia,
berapa keuntungan yg anda bakal perolehi dalam sehari?
Begitu juga halnya dengan prepaid ni, tak ramai yang
mampu nak buat jualan ribuan ringgit sebulan. Tapi jika
anda dapat menaja mereka yang membeli prepaid sekitar
RM100 setiap bulan pun dah mencukupi. Jika RM100 dibelanjakan
oleh 10 orang downline setiap bulan, bermakna jualan
kumpulan anda ialah RM1,000 .
RM100 x 10 orang = RM1,000
Mampukah anda seorang menjual RM1,000 sebulan? Tidak
mustahil tetapi tak ramai yang mampu menjual sebanyak
itu. Anda akan mendapat overide
dari setiap belian yang dibuat oleh downline anda.
Dan disinilah pendapatan berulang bakal anda perolehi.
Ini kerana, setiap bulan pasti mereka akan tetap membeli
topup. Jadi secara tak langsung anda mendapat pendapatan
secara konsisten.
Apabila 10 orang downline anda itu berkongsi dengan
10 orang yang lain menjadikan tambahan 100 orang yang
berbelanja RM100 sebulan. Menjadikan jumlah jualan RM10,000
RM100 x 10orang x 10orang = RM10,000 !
Begitulah seterusnya. Selagi anda konsisten didalam
membuat penajaan dan sentiasa membantu downline anda
, tak mustahil untuk memperolehi ribuan downline dalam
jangkamasa 1 tahun. Pastinya ia bukan mudah tetapi ramai
yang telah berjaya melakukannya.
Kumpulan Prepaid4u misalnya mempunyai lebih 60,000
ahli mymode dibawah naungannya dengan jualan sekitar
5 juta sebulan!. Dan saya sendiri telah mempunyai hampir
3,000 downline di seluruh negara dalam masa 27 bulan
(Julai 2006 - Oktober 2008) dengan jualan kumpulan hampir
RM300ribu sebulan.
Memang saya agak jauh ketinggalan berbanding Admin
Prepaid4u, tetapi saya yakin dalam masa 5 tahun akan
datang , tak mustahil bukan? Kerana saya pun tak sangka
bermula dengan 0 downline, kini ia telah menjadi seramai
ini!
Ia bukanlah skim cepat kaya, tetapi anda perlu percaya
bahawa dengan usaha yang berterusan, tak jemu mempelajari
dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari. Tak mustahil
anda juga boleh berjaya. Anda
hanya perlu bermula untuk kegunaan diri sendiri dan
keluarga sahaja! Kemudian promosikan kepada rakan
terdekat atau diseluruh negara. Dengan kuasa internet,
tiada halangan untuk anda meluaskan cawangan diseluruh
negara.
Jangan risau, sebab segala panduan dan teknik mepromosikan
(ONLINE & OFFLINE) akan diberikan kepada anda sebaik
sahaja anda menjadi ahli. Apa yang penting ialah BERMULA!
|