Kelebihan Onexox Black Yang Perlu Anda Tahu

Kali ini saya akan kongsikan pula kelebihan onexox black. Untuk makluman, ada 2 jenis plan dalam onexox iaitu simkad onexox prepaid dan onexox black. Sebelum ni saya sudah kongsikan 12 kelebihan onexox prepaid jadi kali ini giliran untuk kongsikan kelebihan onexox black pula.

Plan onexox black adalah pelan yang sangat unik dan menguntungkan kepada pengguna. Setelah menggunakan dan mengkaji pelbagai jenis telco dan pelan mereka , saya kira onexox black sangat berbaloi untuk digunakan.

kelebihan onexox black

Ok berikut adalah beberapa kelebihan onexox black yang patut diberikan perhatian

Kelebihan Onexox Black #1 – Simkad Hibrid 

Ya. Ia saya gelar sebagai simkad hibrid kerana ia menggabungkan ciri-ciri pelan prepaid dan postpaid.

Pengguna onexox  black akan ada komitmen bulanan yang sesuai dengan penggunaannya dan menerima bil bulanan dan boleh menyemak perincian penggunaan seperti pelan postpaid biasa. Apa yang menarik pengguna onexox black hanya perlu topup simkad mereka  untuk menjelaskan bil. Jadi, ia lebih mudah kerana di mana-mana sahaja kita boleh membeli topup onexox dengan mudah dimana-mana sahaja. Jika anda menjadi agen topup , anda juga boleh mendapatkan penjimatan maksima kerana mendapat diskaun untuk setiap belian topup onexox ini.

Kelebihan Onexox Black #2 – Tiada Kontrak

Dengan onexox black, sesiapa sahaja boleh membuka dan menutup akaun tanpa sebarang penalti. Anda hanya perlu maklumkan kepada pihak onexox bahawa anda mahu menamatkan perkhidmatan, dan anda hanya perlu jelaskan baki tertunggak (jika ada) sebelum talian ditutup.

Kebanyakan pelan postpaid memerlukan anda melanggan untuk jangkamasa tertentu sebelum menamatkan perkhidmatan dan ada juga penalti yang boleh dikenakan kepada pengguna.

Lebih menarik lagi, anda juga boleh bertukar kepada pelan onexox prepaid tanpa sebarang syarat.

Kelebihan Onexox Black #3 – Tiada Pembaziran. Burnproof

Semua data, minit panggilan dan sms yang belum digunakan tidak akan burn, tetapi boleh dibawa ke bulan berikutnya tanpa tempoh sah tertentu. Dimana selagi anda kekal menggunakan onexox black, semua yang tidak habis akan dibawa kehadan.

Biasanya semua telco yang saya tahu tidak boleh cary forward sebarang baki yang tidak habis digunakan. Jika ada yang boleh pun, ada tempoh sah yang terhad.

Ia umpama anda membeli set bufet Ramadhan, bayar untuk RM50 untuk makan semuanya. Tapi sebab dah kenyang, anda hanya makan makanan bernilai RM30 sahaja. Selebihnya anda tak dapat makan sebab dah tak larat. Dan ia salah satu pembaziran. Jadi dengan onexox black ini, “bufet” yang anda tak mampu habiskan tu, anda boleh tapau dan bawa pulang ke rumah dan hanya dipanaskan bila nak makan. Secara tak langsung, setiap sen yang anda belanjakan ada dapat anda nikmati 100% tanpa ragu-ragu.

Kelebihan Onexox Black #4 – Boleh Kongsi Data, Minit Panggilan dan SMS

Sebagai pengguna onexox black, anda boleh berkongsi semua diatas dengan sesama pengguna onexox yang lain. Oleh sebab kelebihan ini, satu keluarga boleh menggunakan pelan onexox tanpa rasa terbeban. Jadi, semua ahli keluarga akan gembira.

Kelebihan Onexox Black #5 – Data kelajuan tinggi secara automatik

Pengguna akan mendapat akses data dengan kelajuan 4G dan tak perlu diaktifkan secara manual. Kelajuan internet berkelajuan tinggi dan stabil. 100% data berkelajuan tinggi tanpa pecahan 24 jam.. *FULL SPEED! – KELAJUAN MAKSIMUM!* (sendiri kena test)

Kelebihan Onexox Black #6 – SST 6% dikembalikan

Segala bayaran SST 6% yang dikenakan pihak kerajaan kepada pengguna onexox akan dikembalikan dalam bentuk minit panggilan. Telco lain tiada yang memberikan jaminan seumpama ini. Jadi, setiap sen yang anda keluarkan, akan dikembalikan kepada anda sebagai pengguna.

Kelebihan Onexox Black #7 – Tiada Tarikh Luput

Tiada lagi istilah topup RM5 tahan 5 hari, topup RM10 tahan 10 Hari, kerana onexox black tiada tarikh luput.  Inilah kelebihan onexox black, dengan memilih plan B10 iaitu plan paling murah, anda hanya perlu topup RM10 sebulan sahaja untuk terus kekal aktif. Disaat kebanyakan telco memberikan tempoh sah 10 hari maksima untuk topup RM10, onexox black tidak.

Bukan itu sahaja, anda juga akan menerima 1g data dan 20 minit panggilan. Pelan ini sangat sesuai untuk mereka yang baru nak mencuba simkad onexox black. Kalau puas hati, bolehla upgrade kepada plan yang lebih baik

Kelebihan Onexox Black #8 – Call block 30saat

Sistem hanya akan tolak 0.5 minit setiap 30saat. Dengan caj serendah 9sen/minit. Bila anda haya membuat call 0.5 minit, anda hanya dicaj 4.5sen! Jadi tiada lagi masalah call sekejap je tapi dicaj mahal.

Okla, rasanya dah banyak yang saya kongsikan tentang kelebihan onexox black ini dan jika anda berminat, jangan segan-segan untuk menghubungi saya ye.

*************************************************************************

Nak  guna simkad Onexox ? Klik untuk info 

Nak mulakan bisnes topup?  Klik untuk info  

*************************************************************************