Panduan Beli Prepaid Dari Mymode
Sebaik sahaja anda mendaftar sebagai Agent Mymode dengan membayar yuran keahlian sebanyak RM65 RM60, RM11 akan ditukarkan ke bentuk MyPoint dan dimasukkan ke dalam Akaun Mymode anda untuk modal permulaan perniagaan anda.
Dengan 11MyPoint ini anda sudah boleh membeli produkprepaid yang berharga di bawah RM11. Jadi untuk permulaan, perkara paling penting yang anda patut tahu, ialah bagaimana untuk membeli prepaid tersebut.
Secara ringkasnya, anda hanya perlu menghantar pesanan melalui arahan SMS kepada mana-mana gateway Mymode dan dalam beberapa saat pihak Mymode akan memberikan anda prepaid yang dikehendaki.

1) Membeli reload berbentuk SOFTPIN* untuk kegunaan sendiri
2) Menjual reload berbentuk SOFTPIN* untuk dijual
3) Membeli/menjual reload berbentuk AUTORELOAD**
1) Membeli reload berbentuk SOFTPIN
* reload SOFTPIN - pelanggan akan menerima satu nombor pin 14-16digit (bergantung kepada produk pilihan). disini ia sama seperti anda membeli kad prepaid di kedai yang mana anda perlu gores dan dapatkan nombor pin. Kemudian, aktifkan nombor pin tersebut dengan menghantar arahan tertentu kepada telco. Contoh pengguna maxis boleh membuat panggilan ke nombor *111*nombor-pin# untuk reload handphone mereka. Agen pula akan menerima sms memaklumkan pembelian berjaya atau tidak.
Caranya:
a. Pergi ke “Write Message”
b. Taip: PIN<>KODPRODUK<>KUANTITI
Contoh: 1234 C10 1
Send ke mana-mana GATEWAY. Untuk senarai GATEWAY terkini, sila rujuk dari Laman web rasmi Prepaid4u-Mymode .
Rujukan:
1234 = Gantikan dengan PIN 4-digit anda
C30 = Celcom 30. Rujuk jadual kod produk di di atas
1 = Kuantiti yang hendak dibeli
<> = Jarakkan (satu ruang sahaja)
2) Menjual reload berbentuk SOFTPIN
Terdapat 2 cara untuk melakukannya
Cara A:
a. Pergi ke “Write Message”
b. Taip: PIN<>KODPRODUK<>KUANTITI<>to<>NoHPpenerima
Contoh: 1234 M10 1 to 0123456789
Send ke mana-mana GATEWAY. Untuk senarai GATEWAY terkini, sila rujuk dari Laman web rasmi Prepaid4u-Mymode .
Pelanggan akan menerima nombor pin dan dia perlu key-in nombor tersebut bergantung kepada telco pilihan mereka. Cara ini kadang-kadang agak menyusahkan sebab ada pelanggan tidak faham arahan yang dihantar pihak Mymode dan delete sms tersebut. Dan maklumkan bahawa mereka belum menerima topup.
Sebagai alternatif terbaik, boleh gunakan
Cara B
a. Pergi ke “Write Message”
b. Taip: PIN<>KODPRODUK<>KUANTITI
Contoh: 1234 m10 1
Send ke mana-mana GATEWAY. Untuk senarai GATEWAY terkini, sila rujuk dari Laman web rasmi Prepaid4u-Mymode .
Rujukan:
1234 = Gantikan dengan PIN 4-digit anda
m10 = celcom 10.
1 = Kuantiti yang hendak dibeli
<> = Jarakkan (satu ruang sahaja)
Penjual (agen mymode) akan terima sms beserta nombor pin. Hanya perlu salin/sms kepada pelanggan nombor tersebut. Atau jika pelanggan ada berdekatan, boleh tolong topup kan terus dengan ikut arahan sms yang diberikan. Ia juga akan menjamin pelanggan terima nombor pin tersebut.
3) Membeli/menjual reload berbentuk AUTORELOAD
** reload AUTORELOAD – pelanggan akan menerima sms/alert dari telco bahawa handphone mereka telah direload. Ia lebih mudah dan cepat. Tetapi buat masa sekarang, hanya produk Celcom sahaja yang atau sistem autoreload. Agen mymode pula akan menerima sms yang memaklumkan samaada pembelian berjaya atau tidak.
Caranya:
a. Pergi ke “Write Message”
b. Taip: PIN<>KODPRODUK<>NILAI<> to<>NoHPpenerima
Contoh: 1234 c 5 to 0123456789
Send ke mana-mana GATEWAY. Untuk senarai GATEWAY terkini, sila rujuk dari Laman web rasmi Prepaid4u-Mymode .
Rujukan:
1234 = Gantikan dengan PIN 4-digit anda
c = C untuk Celcom
5 = Harga prepaid yg ingin dibeli
to = to perlu type ini. Jangan ubah.
0123456789 = No HP customer/sendiri (org yg nak reload)
<> = Jarakkan (satu ruang sahaja)
Jika ada sebarang masalah selepas membuat pembelian, boleh sms saya sms alert yang anda terima dari mymode. Ini akan memudahkan saya kenalpasti apakah penyelesaian yang sesuai.

Anda
kini boleh beli prepaid dengan harga murah melalui Ezytopup. Daftar dulu untuk maklumat lanjut