Pembayaran Komisen Tunetalk ToneExcel

Apabila anda menyertai bisnes Tunetalk ToneExcel ini. Sudah pasti nak tahu tentang komisen kan? Dengan modal serendah RM90 sahaja, anda sebenarnya boleh menjana pendapatan ribuan ringgit setiap bulan.

Mulai 1 MAC 2014, modal telah dinaikkan kepada RM90. Komisyen diatas adalah yang diperolehi oleh Mazelan Abas. Pendapatan terkini beliau pada September 2014 sudah mencecah RM600 ribu sebulan

Ok, dalam bisnes ni kita akan terima 3 kali komisen setiap bulan. Bonus ini akan dibayar terus ke akaun bank anda, bukan dihantar cek atau ditolak dari kredit topup.

Jika anda tiada akaun bank, boleh isikan borang 3rd party supaya komisen akan dimasukkan ke akaun penama. Sebagai contoh, anak anda tiada akaun bank dan anda ingin agar komisen dimasukkan ke akaun bank anda. Anda perlu isikan borang tersebut dan emailkan kepada pihak ToneExcel.

Jika anda mempunyai masalah berkaitan komisen ini seperti komisyen belum dibayar, boleh berhubung terus dengan pihak toneexcel. Jadi sila pastikan anda  sudah mengemaskini maklumat akaun bank anda dengan betul.

Jadi, macam mana nak semak komisyen ni ye?

Macam ni, anda perlu login ke web office Tone Excel anda untuk melihat perkembangan bisnes anda. Klik disini untuk login.

Bila dah login, hanya klik menu Incentives.

komisyen-toneexcel5

 

Ok, berbalik kepada pembayaran komisen. Berikut adalah contoh penyata komisen yg ada di ruangan ahli di toneexcel.com

komisyen-toneexcel2

Di tone excel, anda akan mendapat 4 jenis komisyen iaitu

  1. Bonus Fast Track (direct sponsor Level ) A dan B
  2. Bonus Referal Topup(3 level)
  3. Bonus Tahunan 
  4. Top up cashback/Rebet personal 3%-7%

Penerangan terpeinci mengenai bonus-bonus ini boleh rujuk di pelan pemasaran tone excel. Anda akan dibayar sebanyak 3 kali sebulan.

740106089_34223

1. Bayaran komisen pertama ialah pada 11hb untuk bayaran Fast Track B bulan sebelumnya. Iaitu pendaftaran ahli baru yang dibuat antara 16hb-31hb bulan sebelumnya.

2. Bayaran komisen kedua ialah pada 21 hb untuk pembayaran komisyen referal topup yang dibuat oleh semua network kita . Bonus ini ada di ruangan Monthly Commission.  Ia juga termasuk rebet personal untuk kegunaan anda sendiri.

3. Bayaran komisen ketiga ialah pada 31hb untuk bayaran Fast Track A bulan ini. Iaitu pendaftaran ahli baru yang dibuat antara 1hb-15hb bulan sebelumnya.

Komisen Referal Topup untuk 3 level pada 21hb  adalah sumber income pasif anda yang sebenar. Ini kerana, setiap kali pengguna simkad yang anda daftarkan sebelum ini topup simkad mereka. Anda akan mendapat komisen. Sila rujuk pelan pemasaran untuk maklumat lanjut tentang bonus ini.

komisyen-toneexcel3

Semua komisen ini akan dimasukkan ke akaun bank anda apabila anda sudah penuhi beberapa syarat , iaitu

1. Anda sudah topup minima RM20 untuk bulan tersebut. Jika tidak, bonus tersebut akan lenyap dan anda tidak akan menerima sebarang komisen untuk bulan tersebut. Ini kerana topup minima RM20 sebulan adalah syarat kelayakan untuk mendapat komisen.

Anda boleh topup RM20 sekaligus atau sedikit-sedikit seperti RM5+5+5+5 = RM20. Lebih banyak anda topup, lebih banyak kelebihan dan keuntungan yang akan anda perolehi. Topup minima RM30, baru layak untuk cashback 3% atas penggunaan sendiri.

2. Anda sudah mempunyai nilai komisyen referal RM30 ke atas. Jika untuk bulan semasa belum cukup RM30, bonus tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya. Syarat ini untuk bonus topup sahaja. Kalau bonus fast track anda akan tetap terima walaupun hanya RM20.

komisyen-toneexcel6

3.  setiap transaksi komisen akan ditolak RM3 untuk kos pengurusan. Sebagai contoh, komisen fast track anda ditulis RM80, tapi hanya RM77 akan dimasukkan ke akaun bank anda.
komisyen-toneexcel4

Diharap dengan penjelasan ini, anda tidak akan tertanya-tanya lagi kenapa komisyen tak masuk. Insya allah , selama saya menjalankan bisnes ini sejak 2010 komisyen sentiasa dibayar seperti yang dijanjikan. Malahan, biasanya bayaran diterima lebih cepat terutamanya jika hampir dengan musim perayaan.

daftar-toneexcel2*************************************************************************

Jika ada sebarang persoalan berkaitan bisnes Tone Excel ini, Boleh hubungi saya Asmawati Call/wassap 012-9273808

*************************************************************************