Pembekal kad gores topup dengan modal yang rendah

Bila anda hendak memulakan bisnes topup, biasanya anda akan mula mencari-cari supplier yang yang dapat membekalkan kad gores topup . Ini kerana, ia merupakan salah satu cara yang sangat mudah untuk menjual topup kepada pelanggan.

Pelanggan hanya perlu maklumkan dia nak beli topup apa dan kita hanya perlu berikan kad gores topup dengan nilai dan telco yang mereka ingini.

Tapi, untuk memulakan bisnes topup dengan kad gores ini sebenarnya memerlukan modal yang agak tinggi. Perlu kita ketahui bahawa margin keuntungan untuk bisnes topup ni memang agak kecil. Sekitar 1%-6% sahaja. Dan anda perlu mengeluarkan modal untuk mendapatkan stok untuk pelbagai jenis topup untuk memenuhi pemintaan pelanggan yang menggunakan pelbagai jenis telco berbeza.

Bayangkan anda perlu mengeluarkan kos untuk membeli stok kad topup gores pelbagai telco dengan pelbagai nilai.

Sebagai contoh anda perlu menyediakan stok untuk

1. Topup maxis rm5 – 10 keping , kos RM50
2. Topup digi rm5 – 10 keping , kos RM50
3. Topup celcom rm5 – 10 keping , kos RM50
4. Topup umobile rm5 – 10 keping , kos RM50
5. Topup tunetalk rm5 – 10 keping , kos RM50
6. Topup maxis rm10 – 5 keping , kos RM50
7. Topup digi rm10 – 5 keping , kos RM50
8. Topup celcom rm10 – 5 keping , kos RM50
9. Topup umobile rm10 – 5 keping , kos RM50
10. Topup tunetalk rm10 – 5 keping , kos RM50

Ini hanya untuk stok topup nilai kecil sahaja.. modalnya sudah mencecah Rm500 !! Margin kentungan 1%-6% memberikan nilai keuntungan antara rm5-rm30 sahaja 😅😅.

Bayangkan jika ada topup yang tak terjual. Pasti modal akan tersangkut disitu. Ini belum dikira, anda perlu sediakan sedikit stok topup bernilai RM30 dan RM50. Kosnya lebih tinggi disitu.

Biasanya pembekal / pemborong kad gores topup akan menetapkan nilai belian minima untuk setiap kali kita ambil stok dengan mereka. Jika mereka menetapkan belian minima RM500. Dan ada topup yang tak terjual. Pasti anda akan rugi.

Saya pernah ditawarkan kad topup gores pada harga murah oleh rakan saya kerana ia tidak terjual kerana tiada permintaan. Bukankah ia satu kerugian? Mungkin kekurangan pengguna telco tersebut di kawasan dia. Dan saya tak pasti mengapa dia tidak mengembalikan kad gores yang tidak terjual kepada pembekal kad gores dia.

Belum dikira lagi kos masa, tenaga dan minyak kenderaan yang perlu anda keluarkan setiap kali anda perlu mendapatkan stok dari pembekal kad gores di kawasan anda. Dahlah margin keuntungan kecil, kos-kos tersembunyi ini akan “menghabiskan” keuntungan yang anda telah perolehi.

Adakah anda ingin tahu cara mendapatkan kad topup gores pada harga murah TANPA membeli melalui pemborong kad topup?

KINI ADA PENYELESAIAN IAITU MESIN TOPUP SRS

Ini adalah gambar mesin topup ini. Anda hanya perlu install apps srs untuk membuat proses belian topup dari smartphone anda. Dengan menggunakan bluetooth , resit akan dicetak melalui mesin topup ini.

Maklumat lanjut mengenai mesin topup ini boleh didapati disini.

Jadi, macam mana caranya mesin topup ni boleh bantu anda mendapatkan kad topup gores yang murah?

Ok, macam ni.. anda hanya perlu ikuti beberapa langkah ini.

1. Daftar sebagai dealer topup

2. Install aplikasi srs mobile untuk proses pembelian topup. Ini adalah interface apps tersebut. Maklumat lanjut tentang aplikasi ini boleh rujuk disini.

3. Link kan mesin topup dan apps srs anda dengan bluetooth. Caranya boleh rujuk disini.

4. Terdapat pelbagai jenis produk topup yang boleh anda jual. Ada topup jenis autoreload dan juga jenis topup pin. Untuk fungsi seperti kad topup gores, kita akan pilih produk topup pin

4. Contohnya anda ingin membeli stok topup pin tunetalk rm5 sebanyak 10 keping.. hanya klik tunetalk pin.. pilih nilai rm5. Dan kemudian klik buy. Ulang proses ini untuk 10 kali bagi mendapat 10 pin topup tunetalk.

5. Klik pada bahagian apps dan terus pilih print. Klik pada setiap pin dan mula mencetak.

6. Selesai print semua resit untuk pin topup ini, bolehla disimpan resit itu di tempat yang selamat. dalam fail , buku atau dompet.. bila ada pelanggan yang nak beli topup tunetalk rm5, bolehla berikan kepada pelanggan tersebut.

Walla !! Jimat masa dan tenaga anda . Anda boleh cetak seberapa banyak stok topup yang anda mahu. Mudahkan?

Secara tak langsung.. anda boleh juga menjadi pembekal pin topup ke kedai-kedai runcit atau sesiapa yang nak mulakan bisnes topup sendiri. Hanya print stok topup yang mereka ingini dan bekalkan kepada mereka dengan harga borong.

Anda juga boleh membuka cawangan kedai topup baru dengan hanya melantik agen topup anda sendiri. Dengan cara ini, anda boleh menjana pendapatan pasif dari setiap jualan topup agen anda.

 

Jom bertindak sekarang. Dapatkan mesin topup dengan pakej dealer dengan kos yang sangat berbaloi. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

 *************************************************************************

Berminat nak sertai Bisnes Tone Excel atau Bisnes Topup ini?

SPECIAL OFFER :  Bisnes Topup PERCUMA Apabila Anda Daftar Tone Excel

Boleh hubungi saya,  Asmawati  di 012-9273808 untuk maklumat lanjut. 

*************************************************************************