Pengalaman Guna Simkad Onexox – 6 perkara yang saya suka

Hari ini saya ingin membuat sedikit review tentang pengalaman saya menggunakan simkad onexox. Mungkin ramai yang dah tahu tentang simkad ini tapi ada juga yang belum pernah tahu tentang kewujudannya. Sudah lama saya merancang untuk menulis mengenai review onexox ini, dan alhamdulillah hari ini saya berpeluang menyiapkannya.

Sebagai sedikit pengenalan, simkad onexox ialah salah satu telco MNVO di Malaysia yang semakin mendapat sambutan ramai kerana pelbagai kelebihan yang tidak dimiliki oleh syarikat telco lain.  Ia mula diperkenalkan sejak 2010. Pada asasnya, simkad onexox mempunyai 2 jenis plan utama iaitu pelan onexox prepaid dan pelan onexox black. Saya akan cerita lebih lanjut mengenai kedua-dua pelan ini di artikel yang lain.

simkad onexox prepaid dan black

 

6 perkara yang saya suka dengan simkad onexox

Saya sudah lama dengar tentang simkad onexox ini, tapi belum tergerak hati untuk menggunakannya. Hinggalah sekitar akhir tahun 2018 saya nekad untuk mencuba simkad onexox ini. Ok, ini adalah antara apa yang saya suka tentang simkad onexox ini.

#1 Simkad Onexox mempunyai Tempoh sah yang sangat panjang

Pada mulanya, saya mendaftarkan nombor baru menggunakan pelan onexox prepaid kerana salah satu kelebihan yang ada ialah tempoh sah yang sangat panjang. Iaitu sehingga 28 bulan atau 2 tahun 4 bulan! Mana ada simkad lain yang menjanjikan tempoh macam tu. Dan yang lagi best ialah, setiap kali kita topup, tempoh sah itu akan dilanjutkan lagi mengikut nilai topup kita. Jadi kalau topup RM10, kita dapat lanjutkan lagi jadi 28 bulan 10 hari.. Oleh sebab ia akan menjadi nombor tambahan saya, jadi tak perlulah saya topup selalu.

Dan atas sebab kelebihan ini juga, saya daftarkan simkad onexox prepaid untuk anak-anak saya yang berada di asrama dan untuk ibu bapa saya di kampung. Jadi tidak perlulah mereka topup setiap bulan semata-mata untuk memastikan nombor aktif. Pasti rugi kalau kredit banyak tetapi tempoh sah dah tamat. Bila nak buat panggilan keluar, kena topup juga.

#2 : Simkad Onexox menggunakan coverage celcom yang terbukti baik di seluruh negara

Simkad onexox merupakan salah satu MNVO yang menggunakan coverage celcom. Jadi kita semua tahu yang celcom mempunyai coverrage yang paling meluas di seluruh Malaysia. Anak-anak saya diasrama juga memuji line onexox mereka lebih laju berbanding kawan-kawan yang menggunakan telco lain.

# 3 : Pengguna Simkad Onexox selalu ditawarkan Promosi Harga Murah melalui Happy Hour dan Season Pass

Biasanya pihak onexox akan membuat promosi dari masa ke semasa melalui Happy Hour. Biasanya dengan nilai RM30 dan RM50. Pengguna boleh beli data, minit panggilan atau sms dengan kadar yang lebih murah. Jadi, pengguna yang bijak biasanya akan topup simkad mereka seperti biasa dan membuat belian happy hour bila diumumkan . Yang lebih penting, semua belian akan dimasukkan kedalam akaun season pass yang boleh digunakan bila-bila masa tanpa tempoh sah yang terhad.

#4 Pengguna simkad onexox boleh kongsi kredit, minit panggilan, data dan sms sesama pengguna onexox tanpa tempoh tamat

Salah satu lagi yang seronok bila guna simkad onexox ialah, kita boleh kongsikan apa juga yang kita ada seperti kredit, minit panggilan, data dan sms tanpa tempoh sah. Kalau telco lain biasanya kita boleh kongsi kredit sahaja. Itupun kredit tu sah untuk tempoh tertentu sahaja. Dalam onexox, kita ada konsep Season Pass yang kita boleh kongsi sesama pengguna tanpa had.

Sebagai contoh, saya ada beli happy hour RM30 dan dapat 338 minit panggilan. Saya boleh kongsikan 100 minit panggilan tersebut kepada anak-anak saya diasrama. Mereka tidak perlu topup semata-mata untuk membuat panggilan sebab saya dah kongsikan dengan mereka. Hanya topup RM30, satu keluarga boleh guna sebab boleh kongsi sesama sendiri. Kan dah jimat perbelanjaan topup untuk keluarga.

Yang lagi menarik, saya juga ada nombor onexox black. Apa yang menarik, saya juga boleh kongsikan semua ini dengan ahli keluarga yang guna onexox prepaid. Asalkan anda guna simkad onexox. Boleh kongsi. Best kan?

#5 Pengguna simkad onexox tiada masalah kredit disedut tanpa sedar

Salah satu perkarang yang menyakitkan hati kita ialah tanpa sedar kredit kita habis. Puncanya kita terlupa nak off data dan kuota data kita dah habis. Apa yang terjadi, biasanya kita dikenakan caj PPU (pay per use). Kadang-kadang anak-anak guna hp kita tanpa kita sedar dan dia on data semata-mata nak tengok youtube.. sedar tak sedar, kredit kita habis disedut. mesti tension kan. Kredit beratus pun boleh habis. Dan kalau guna postpaid, boleh terkejut bila dapat bil bulan berikutnya.

Di onexox, kalau kuota data kita habis. kita akan terus tak boleh akses internet. Ada yang kata tak best sebab tengah seronok ber facebook tiba-tiba sangkut. Tapi, saya kira ia satu amaran yang bagus untuk kita semak baki data kita bila dah tak boleh akses internet. Untuk ketenganan fikiran, boleh rancang topup RM30 atau RM50 setiap bulan sesuai dengan kegunaan kita dan beli semasa happy hour untuk penjimatan maksima. Yang penting , kredit kita tak akan hilang tanpa disedari.

#6 Pengguna simkad onexox dapat Hibah dengan konsep UGU

Ini lagi satu lagi kelebihan onexox yang tiada di telco lain. Iaitu konsep UGU (User-Get-User). Apa yang menarik ialah, semua pengguna simkad onexox boleh buat duit dengan hanya memperkenalkan orang lain menggunakannya. Anda tak perlu jadi pengedar onexox untuk menikmati kelebihan ini. Ia khas untuk pengguna sahaja. Tiada syarat, yuran dan KPI yang perlu dicapai, asalkan simkad onexox anda aktif, anda layak untuk menyertainya.

Setiap pengguna yang anda perkenalkan, anda akan menerima 6% dari nilai topup mereka seumur hidup selagi mereka menggunakan simkad tersebut. Jadi, kalau seorang bapa menggunakan simkad onexox dan kemudian mendaftarkan isteri dan 4 anaknya pula, dia akan terima 6% setiap kali anak dia topup. Tak kisah dia topup guna cara apa pun.

Caranya, hanya hubungi mana-mana pengedar onexox (hubungi saya saya pun boleh 🙂 ) dan maklumkan anda nak daftar simkad  onexox baru untuk anak dan UGU nombor onexox anda. Anda akan terima 6% dari nilai topup pada setiap 18hb. Hibah ini akan dimasukkan ke kredit topup anda atau jika lebih RM50 sebulan, boleh buat  permintaan untuk dimasukkan ke akaun bank anda.

Bayangkan jika anda perkenalkan 1 orang yang topup RM50 sebulan. Anda boleh dapat RM3 percuma setiap bulan. Kalau 10 orang? kalau 100 orang? Ok. ini bukan skim cepat kaya. Ia sekadar pihak syarikat tanda terima kasih dan pihak syariat berkongsi keuntungan dengan pengguna yang sudi memperkenalkan simkad onexox kepada orang lain.

Jika serius nak buat duit dengan onexox, boleh daftar sebagai pengedar onexox dan ia menjanjikan potensi pendapatan yang lebih lumayan. Tapi kalau nak santai-santai , boleh guna cara UGU ini dulu.

Okla, rasanya dah panjang sangat post kali ini. Saya tulis dengan seikhlas hati saya. Ada banyak lagi kelebihan lain yang ada di onexox. Tapi, ini adalah antara kelebihan onexox yang saya paling suka.

Jika anda berminat nak guna simkad onexox ini, bolehla terus wasap saya di 0129273808 untuk maklumat lanjut.

*************************************************************************

Nak  guna simkad Onexox ? Klik untuk info 

Nak mulakan bisnes topup?  Klik untuk info  

*************************************************************************