Simkad tone excel expired? Cara dapatkan nombor lama

Sebelum ni saya ada ceritakan tentang simkad tone excel yang sudah expired. Seperti yang dijanjikan, disini saya kongsikan cara untuk mendapatkan kembali nombor hp simkad tone excel yang dah expired tu.

Disini saya terangkan prosesnya.
Langkah pertama
==============
1.sila buat live chat dengan pihak tune talk, untuk mengetahui status sebenar no. lama yang expired. Tindakan ini perlu untuk ketahui sama ada no tersebut telah di kembalikan kepada telco asal atau telah di buka semula untuk di gunakan oleh umum.
.
Sila berikan butiran :-
2.No. IC , No. Tel dan No Serial Sim Kad yang telah expired.
– Pihak tunetalk akan semak dan beri tahu status sim kad tersebut, jika masih boleh di ambil balik atau tidak.
– dan salah satu teknik lain sama ada ingin mengetahui no. anda masih boleh di ambil balik ialah anda boleh cuba call no tersebut jika “not in service” maka masih ada peluang, kalau ada bunyi ringing dan ada orang yang angkat maknanya no. tersebut telah di ambil orang lain.
Langkah kedua.
============
1. Sila dapatkan 1 sim kad tone excel yang baru, anda boleh sama ada daftar tone excel di bawah upline yang sama atau upline yg lain itu terpulang kepada keputusan anda.

Selepas berjaya daftar, sila aktifkan sim kad tersebut dgn buat 1 sms atau 1 call out.
SYARAT WAJIB anda di kehendaki untuk TOPUP simkad tersebut sebanyak RM100

cadangan saya ; jangan topup sekaligus RM100, sebab biasanya tunetalk ada buat promosi free data, free kredit dan lain-lain. Cari peluang untuk memaksimakan keuntungan anda. saya syorkan anda topup RM50+ RM30+ RM20 untuk memaksimakan perolehan data free, kredit free, call free,sms free. rujuk disini untuk promosi topup terkini dari tune talk. Boleh beli topup dengan jadi dealer topup. Boleh dapat harga topup murah dari pasaran.
.
2. Sila berikan butiran seperti berikut dan emailkan kepada pihak HQ hq.care@tonegroup.net
Nama Ahli : XXXXXXXXX (No. IC)
No ID : (sim kad expired)
No Serial :
No puk :
No. hp. : (no lama yang nak ambil balik)
Sim Kad DaftarBaru
No ID :
No Serial :
No. Puk :
No hp :
(sim kad baru telah di topup rm100)
.
Tunggu pihak hq reply, jika maklumat yang anda beri tiada masalah, urusan pengaktifan dapat di lakukan dalam tempoh 24 jam. Jika tiada respon selepas 48 jam, sila email lagi sekali lagi kepada hq untuk mendpatkan update dari mereka. mungkin email anda terlepas pandang.

Sebaiknya email pihak hq untuk mendapatkan kepastian berkaitan prosedur ini.

Credit to Khaidi Jailani

 *************************************************************************

Berminat nak sertai Bisnes Tone Excel atau Bisnes Topup ini?

SPECIAL OFFER :  Bisnes Topup PERCUMA Apabila Anda Daftar Tone Excel

Boleh hubungi saya,  Asmawati  di 012-9273808 untuk maklumat lanjut. 

*************************************************************************