Simkad Tone Excel Hilang atau Rosak ?

Ada yang bertanya kepada saya, apa nak buat bila simkad toneexcel hilang atau rosak. Ok, kalau simkad tune talk tone excel anda hilang atau rosak, jangan risau sebab anda sebenarnya boleh mendapatkan simkad gantian yang hanya berharga RM10.60. Tak perlu beli simkad baru berharga RM98.60 tu.

Sebelum tu pastikan yang simkad yang hilang tu masih aktif ye. Bukan simkad yang dah expired. Kalau dah expired, proses menggantikan simkad akan ditolak oleh pihak HQ.

Ok, selepas pastikan status simkad yang masih aktif, anda perlu menyediakan info berikut;

  1. Nama
  2. No Kad Pengenalan
  3. Id Tone Excel
  4. No. Hp simkad yang hilang
  5. No. SN simkad yang hilang
  6. No. PUK simkad yang hilang

Kalau tak pasti tentang nombor SN dan PUK, boleh rujuk pada housing simkad anda, atau login di member area tone excel untuk semak info ini di profile anda.

Bila dah cukup semua maklumat, bolehla berhubung dengan mana-mana branch, service centre atau junior centre yang dekat dengan kawasan anda untuk mendapatkan simkad gantian.

Jika tiada yang berdekatan, anda juga boleh mendapatkan dari saya, boleh hubungi saya di 012-9273808 dan saya akan poskan kepada anda. Kosnya ialah RM20 dimana RM10.60 untuk simkad ganti dan RM10 untuk caj proses dan penghantaran.

daftar-toneexcel2*************************************************************************

Jika ada sebarang persoalan berkaitan bisnes Tone Excel ini, Boleh hubungi saya Asmawati Call/wassap 012-9273808

*************************************************************************