Surat Terbuka Untuk Semua

Seperti yang anda sedia maklum, terdapat ramai yang telah berjaya semasa menjalankan perniagaan Mymode. Hari ini saya kongsikan dengan anda satu luahan rasa seorang ahli Mymode dibawah kumpulan Prepaid4u yang telah berjaya, diharap ia serba sedikit memberikan keyakinan kepada anda bahawa anda juga boleh berjaya!

————————————————————–

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejatera!!!

Sdr Harri yang dihormati;
Untuk makluman sdr, saya adalah salah seorang downline di bawah sdr yang telah mendaftar sebagai MA pada bulan September yang lepas melalui refferal website yang sdr iklankan di Berita Harian. Mungkin sdr masih ingat lagi pada peringkat awal dulu saya kerap hantar msg kat sdr tanya mcm2 psl MyMode ni sampai sdr pun naik jelak kot. Tapi saya solute lah psl sdr pun tak lokek utk respon balik.

Peringkat awal saya joint MyMode ni memang sekadar nak guna sendiri jer, sbb tengok senangkan, tak yah nak susah2 pi kedai, kadang2 tu tengah2 mlm pun mana ada kedai bukak kan! So bila jadi agent ni nak topup pun senang jer, bila-bila masa boleh, sambil sarapan pagi ngan minum kopi pun boleh topup lagi, tengah rehat makan tgh pun ok, ptg2 sambil nengok tv pun tak kesah, bahkan mlm2 tengah terlentang atas katil pun boleh.

Pendek kata senang giler lah kata bebudak sekarang ni kan!!! So dlm pada tu, ada gak saya citer2 kat member2 psl kebaikan MyMode ni, ramai gak yg minat tp tak taulah payah gak dia orang nak joint mungkin psl kena byr RM65 tu kot, yerlah nak biz takan nak free kot mestila kena kluar modal ckit kan!!!!! Tapi dlm slow2 tu, dlm tempoh 2 bulan pertama tu ada gak 4 org dah reg. bwh saya, so dah jd MM la kan!!! Tapi suma tu pun yg sy kempen cara mulut ke mulut jer (modal air liur) yg ikut internet takdak sangkut lagi pun.

Tu ari ada sorang kwn lama dok kl sy iklan guna msg, dia minat nak joint so sy suruh dia buka refferal website sy, terus dia reg free members. Pastu senyap jer, bila sy follow up sehari lepas tu rupanya dia dah reg. jd agent bwh org lain. Dia kata ada org offer dia reg. cuma bayar RM15. Tu yg frust tu! pada hal sebelum tu dia hapah tak tau psl MyMode ni.

Berkali-kali sy hantar msg, email lagi mcm2 penerangan sy send kat dia utk mudahkan dia faham, bila dah faham ckit2, dia lawat refferal website sy, tp last-last reg. bwh org lain. Yg sy frust tu psl dia tu kwn, mmg kenal rapat masa sama2 keja kat kl dulu, dan lagi dia pun tahu kiranya sy ni bukan jenis kaki kelentong punya (bukan nak puji dirilah), kwn2 yg kenal sy mmg dia caya sy ni jenis cakap tak tipu punya.

Tp tak sangka pulak dgn offerRM15 jer drp org lain yg langsung dia tak kenal dah lupa terus kawan, padahal yg mula2 kenalkan MyMode ni kat dia pun sy gak. Tp bila fikir2 balik biarlah mungkin bukan rezeki sy kan!!!!

So sy jadikan peristiwa tu sbg peniup semangat utk terus berusaha lebih giat lagi. Sy memulakan promosi dengan sebarkan phamplet, hantar msg dan email pd kwn2 dan hantar email dlm Yahoo Groups. Address dan tips-tips macam mana nak joint Yahoo Group sy dptkan drp Kimie. Walaupun kena bagi pengeras RM15 kat dia tapi sy tak kesah, sy anggap itu pun satu pelaboran gak.

Tak dinafikan kaedah ni agak berkesan, ramai gak yg reg. free members di website sy, cuma sy kena rajin follow up plak la kan!!! Still keep on promote and follow up, mudah2an nanti ada gak yg sangkut.

Actually sy pun rajin gak buka forum tu baca apa2 yg depa tulis kat sana cuma sy jarang sgt post citer kat sana, sy suka tengok dr jauh jer sambil timba ilmu dan cari pglmn dr citer2 depa kat sana. Dari situ br sy dapat agak rupa2 nya sdr Harri ni pun among the top leader dlm group Prepaid4u.net ni yer!!!! Psl mula2 dulu sy pelik gak kenapa direct upline sy kat MyMode bukan nama sdr Harri, so skrg sy dpt agak tentu si Ilzam tu downline sdr Harri kan!!!! Anyway tak kesahlah maybe tu strategi sdr Harri utk bantu downline.

Psl sy tengok set2 Prepaid4u.net yg berani buat iklan website dia kat BH tu mesti jenis yg dah stabil kan!!! Yer lah iklan berbayar tu bukan nyer free!!!! Terus terang sy sendiri belum sedia lagi nak buat iklan berbayar camtu. So sy giatkan promosi guna phamplet jer. T.kasih atas format phamplet yg sdr kirimkan tu.

Tapi sebenarnya sy ada buat pindaan sikit dlm isi kandungan phamplet tsbt untuk menyesuaikan dengan suasana setempat dan situasi prospek. Kaedah ini agak lambat respondnya tapi tak dinafikan ianya juga amat berkesan. Kebanyakkan yg respond biasanya memang terus dah sedia nak reg. sbg Agent MyMode. Baru-baru ni 2 org lagi dah reg. sbg agent MyMode sbb baca phamplet yg sy edarkan. So skrg sy dah upgrade ke MP.

InsyaALLAH target sy utk jd CM pertengahan bulan 12 ni mudah2an akan tercapai sbb skrang ni pun dah ada 2/3 org lg yg sedia utk joint tunggu masa jer.

Sorri psl sy ganggu sdr Harri ngan surat yg panjang lebar ni. Tujuan sy sebenarnya hanya sekadar nak hulur salam persahabatan spy kiter dpt kenal lebih rapat dan sentiasa ada contact antara upline ngan downline serta dapat gak kongsi pengalaman dalam mengusahakan biz MyMode ni. Sy mmg masih baru dlm biz MyMode ni n byk perkara yg perlu belajar lg terutama ngan otai2 mcm sdr Harri kan.

Sekarang ni sy ada kat PD selama 2 minggu start drp 3/12 – 16/12 sbb menghadiri kursus anjuran jabatan. Sy cuba menafaatkan masa perjalanan sy drp Sabah ke PD dan selama tempoh kursus ini untuk promosi biz MyMode ni. Sepanjang perjalanan tu hari sy edarkan phamplet, sasaran sy di surau2 di airport KK dan KLIA. Sebab senang kan sambil singgah Solat sy letak la phamplet tu kat sana. Dalam komuter pun, sambil sembang2 ngan org sebelah sy hulurkan phamplet.

First day sy promote kat rakan sekursus yg duduk makan sebelah sy. Kebetulan dia baru rancang nak kluar lepas makan psl nak beli kad topup, sy pun offer dia beli kat sy. Terus dia beli RM10 celcom, bila dia tengok sy send tak sampai ½ min dah dpt pin no. Dia terus minat nak tahu. So sy pun citer2 la sikit psl kebaikan MyMode ni, InsyaALLAH dia mmg berminat dan sedia utk joint minggu depan sebelum kami balik drp berkursus.

Masuk hari ke3 sy citer2 kat 2/3 org lagi psl MyMode ni terus 2 drpnya try beli kat sy celcom RM30 dan maxis RM10. Bila nampak dia org minat terus sy bg phamplet sorang satu. Sy tak push dia org utk joint terus biar dia org baca dulu lg pun sy masih ada masa dlm seminggu lg utk follow up sblm tamat kursus ni.

Pengajaran yg sy dpt setakat ni mmg benda ni senang nak citer kat org dan org pula senang nak faham lebih2 lg bila nmpk kemudahan yg kita dpt drp kaedah MyMode ni.

Semua org yg dgr citer kita mmg kata benda ni bagus, tinggal lagi utk mereka terus joint mmg agak berat ckit la tak tahu kenapa? Tapi at lease kita dah citer dan selalunya drp 3/4 org yg kiter citer tu mmg ada sorang yg akan sedia joint, cuma kdg2 ambil masa sikit tp bila kita follow up dia org mmg sedia.

Sy mula2 dulu pun rasa malu gak nak citer benda2 camni kat org sbb takut dia org tak nak dengar dll. Tp skrg sy dah rasa ok sbb kita bukannya nak push dia org utk terus joint, kita citer jer kebaikan/kemudahan yg kita dpt, pastu soal dia nak joint ke tak tu hak mereka.

So saranan sy kpd semua kwn2 Agent MyMode dlm group Prepaid4u terutamanya yg belum dpt downline lagi, tingkatkanlah usaha masing2 dan kuatkan semangat kita semua. BERTINDAKLAH SEKARANG JUGA!!! Sampai Bila Kita Nak Duduk Di Takuk Lama! Sedangkan Peluang Terbuka Luas Di Hadapan Kita! Langkah yang beribu bermula dari satu!!! Kejayaan ke puncak bermula dari setapak!!! Yang penting kita mesti sedia mencuba dan terus berusaha!!!

Sertailah mereka-mereka yang telah berjaya!!! Kalau mereka boleh melakukannya, kita juga apa kurangnya!!! Serlahkan prestasi sebenar diri kita sendiri demi peningkatan sosio ekonomi diri dan keluarga!!! Kejayaan Tidak Datang Bergolek!!! Kita Mesti Sanggup Berusaha dan Berkorban !!! Namun !!!

Jangan Biarkan Diri Kecundang Sebelum Berjuang!!! Setiap Usaha dan Pengorbanan Pasti Ada Hasilnya!!! Selamat Berjumpa Di Puncak Kejayaan!!!
Cemerlang! Gemilang! Terbilang!

Akhir kata kalau ada tersilap kata atau terkasar bahasa, maaf jua yang saya pinta. Semoga berjumpa lagi di lain kali. Sekian, wassalam.

Ikhlas dari: mma_007
Sumber: Forum Prepaid4u

*************************************************************************

Nak beli topup harga murah ?

Atau nak mulakan bisnes topup?

Jom whatapps saya dengan klik  http://wassap.my/60129273808/topup

*************************************************************************