Tentang ToneExcel

ToneExcel Sdn Bhd adalah syarikat yang baru ditubuhkan, pada tahun 2009, untuk usaha ke dalam industri bimbit di Malaysia. Misi ToneExcel adalah untuk membantu setiap individu untuk mencapai kebebasan kewangan melalui konsep pemasaran yang inovatif.

Berikut adalah keratan akhbar sempena pelancaran Toneexcel.

TONE EXCEL KONGSI JENAMA DENGAN TUNE TALK UNTUK PROGRAM RANGKAIAN PEMASARAN
Wednesday 05/05/2010
Kuala Lumpur, 5 April 2010 - Syarikat Pemasaran Rangkaian Tone Excel Sdn Bhd Telah Melancarkan Satu Program Keahlian Yang Inovatif Yang Memberi Tumpuan Kepada Perkhidmatan Mudah Alih Pra Bayar Yang Disediakan Oleh Syarikat Telekomunikasi Terbaru Di Negara Ini, Tune Talk.

Diberi nama WOW! Program Komuniti Mudah Alih, ia berusaha mendapatkan ahli-ahli yang akan membantu mempromosi dan memasarkan keahlian WOW! dan memperolehi pendapatan yang lumayan melalui satu program insentif yang menarik.

“Tune Talk sentiasa berusaha mencari cara dan kaedah baru untuk meninjau peluang-peluang dengan rakan-rakan strategik. Tone Excel memberi ruang dan laluan yang unik kepada kami kepada satu saluran baru dan menarik dan kami mengalu-alukan pembabitan mereka di mana kami menjangka akan menghasilkan satu kejayaan untuk tempoh jangka panjang,” kata Jason Lo, Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk.

Untuk menjadi seorang ahli kepada program itu, seseorang hanya perlu membeli satu pek permulaan WOW! yang dijual dengan harga runcit RM68 setiap satu. Ia disertakan dengan masa berbual Tune Talk bernilai RM38 dan perlindungan insurans peribadi kemalangan bernilai RM100,000.

Seorang ahli WOW! kemudian akan menikmati komisen sehingga 20% ke atas penggunaan mudah alih oleh ahli-ahli WOW! yang lain yang diperkenalkan oleh mereka. Ahli-ahli WOW! yang layak akan juga ditawarkan untuk menguruskan secara bersama Pusat-pusat Perkhidmatan WOW! dan Cawangan-cawangan WOW! di seluruh negara.

“Pengendali-pengendali mudah alih di Malaysia membelanjakan beratus juta Ringgit bagi tujuan pengiklanan dan promosi dalam usaha mendapatkan pelanggan. Di Tone Excel kami menggunakan cara pengiklanan yang inovatif di mana kami mendapatkan ahli-ahli komuniti WOW! untuk membuat pengiklanan dari mulut ke mulut. Dengan berbuat demikian kami dapat menjimatkan kos pengiklanan dan akan menggunakan bajet kami untuk terus memberi ganjaran kepada ahli-ahli kami,” kata Encik Syed Kamaruzaman Shahabudin , Pengerusi Eksekutif Tone Excel.

Ahli-ahli “WOW! boleh menikmati perkhidmatan mudah alih yang mengujakan yang disediakan oleh Tune Talk pada kadar yang kompetitif dan pada masa yang sama diberi ganjaran wang tunai untuk mensubsidikan penggunaan mudah alih mereka dan banyak faedah lain seperti baucar pelancongan,” kata Syed Kamaruzaman.

Tone Excel pada masa ini sedang berunding dengan para pengeluar peranti dan pembekal perkhidmatan, isi kandungan dan produk untuk mempertingkatkan lagi program Komuniti Mudah Alih WOW!

Sehingga ini WOW! mempunyai kira-kira 10,000 ahi dengan Pusat Perkhidmatan WOW! dan Cawangan WOW! di seluruh negara. Tone Excel mensasarkan 100,000 ahli menjelang Disember 2010.

Beroperasi sebagai sebuah operator rangkaian maya mudah alih (MVNO) dengan memanfaatkan rangkaian 2.5G Celcom (Malaysia) Berhad, Tune Talk menawarkan pakej suara dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa perkhidmatan tambahan yang dapat memenuhi permintaan pengguna bagi satu produk yang mudah dan memberi nilai kewangan dengan akses yang mudah dan jangkauan pengedaran yang paling luas.

TARIKH SIARAN: 5 APRIL 2010
DISIARKAN OLEH BERNAMA, PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA

Berita ini dipetik dari:
http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=3914

Leave a Reply

BERMINAT?
Sila masukkan maklumat diri anda untuk membolehkan saya menghantar maklumat lengkap tentang BISNES PREPAID TONEEXCEL ini.

Name
Email
Phone
Email Marketing by TrafficWave.net
DAFTAR PERCUMA
Sponsor