Testimoni Pengasas Prepaid4u Menjalankan Perniagaan Mymode

Salam sejahtera,

Nama saya Adi Nor, tapi kawan-kawan cuma panggil Eddie. Umur 27 tahun, telah berkahwin dan mempunyai anak seorang berusia 4 bulan setengah. Bekerja sebagai pegawai penyelidik secara kontrak di sebuah agensi kerajaan dengan gaji lingkungan  RM2,000 sebulan.

Di halaman ini saya ingin berkongsi Dilemma saya yang mana  mungkin ramai yang sama keadaannya dan sejurus itu saya ingin berkongsikan sesuatu  dengan semua.

Bagi sesiapa yang hidup di KL, atau di mana-mana saja bandar di bumi bertuah Malaysia ini, maka anda pasti akui bahawa hidup berkeluarga di KL dengan gaji  RM2,000 sebulan sememangnya satu dilemma ngeri. Mari kita cuba gariskan sedikit  perbelanjaan tetap kita:

  1. Sewa rumah (Teres setingkat/Flat) katakan RM500.
  2. Api (Rumah takde aircond, cuma ada tv, peti sejuk dan seterika, RM80
  3. Air (tak basuh kereta kat rumah) RM15
  4. Bayar loan PTPTN (kadar minimum) RM180
  5. Bil Telepon rumah (Guna untuk call in je) RM50
  6. Prepaid Handphone (saya dan isteri, sorang RM50) total RM100
  7. Susu anak (DUMEX) 2 tin sebulan RM50
  8. Lampin anak & misc katakan dalam RM50 (tak pasti sangat,  orang rumah tahu lah)
  9. Installment kereta (Gen2) RM678
  10. Minyak kereta kita bubuh sehari RM10 so sebulan RM300
  11. Makan, letak lah RM300 untuk barang-barang dapur. Tak makan  kat luar langsung ni.
  12. Belanja lunch kat office (Nasi lauk ikan keli + Teh O ais) RM5.00  X 20 = RM100

Eh!! Dah RM2,403 ni…Banyak lagi belum masuk… nak bayar hutang credit  card? Nak bagi mak abah kat kampung? Barang dapur? Rokok? (Orang yg isap rokok  akan tahu berapa belanja untuk rokok sebulan!)Arghhh!!! kacau!! Streamyx? Astro?  Nak selit celah mana pulak? KFC? McD? Parking ticket? Tol?? Nak pulak kalau  time raya cam ni, nak balik kampung pun takut dibuatnya!!

Jadi dek kerana desakan ini, saya cuba mencari sesuatu bagi menjana pendapatan  sampingan saya seterusnya menaikkan taraf ekonomi keluarga. Tapi nak buat  2 kerja dalam satu masa (contoh cam awie dalam filem: siang jadi mekanik, malam  jadi penyanyi di nite club) dalam filem boleh lah. Ini kita bila dah balik kerja,  kalau boleh nak terbaring jer depan TV. Penat!

Jadi saya try join MLM. Macam-macam saya try. Semua tak jalan. Lagi  banyak duit habis sebab nak maintain PV dan sebagainya adalah. Isk! Tak boleh  jadi. Tapi saya masih yakin yang MLM adalah jalan penyelesaian kepada permasalahan  saya. Pada saya dengan sistem rangkaian Multi Level umpama orang si Penoreh  Getah, dengan Tokey Estet bezanya.

Tapi bagi memastikan saya akan berjaya kali ini, saya telah menggariskan  beberapa kriteria untuk memastikan saya akan berjaya, dan senang untuk saya  mencapainya.

  • Bisnes itu mesti didaftarkan secara sah di Malaysia dan halal.
  • Ia mesti mempunyai pejabat dan struktur organisasi yang sistematik.  (tak nak kena tipu cam piramid skim atau skim cepat kaya, 5 minit ada,  5 minit dah lesap!)
  • Produk yang ditawarkan mestilah satu keperluan harian penduduk Malaysia.
  • Produk tersebut mesti boleh menghasilkan pembelian ulangan berterusan.
  • Produk mesti mampu dibeli oleh saya dan pelanggan. Tiada gunanya menjual produk mahal yang kita sendiri tidak akan menggunakannya.
  • Bisnes itu mesti berkonsepkan SOHO (Small Office Home office) yang boleh beroperasi dari rumah.
  • Urusniaga perlu mudah dan ringkas.
  • Perhubungan boleh dengan mempergunakan sepenuhnya kemudahan internet melalui Yahoo Messenger, Free SMS thru internet dan email. Mengurangkan  kos perhubungan menggunakan telefon terus

Selepas mengkaji dengan mendalam, saya rasa MyMode menepati paling hampir  ciri-ciri bisnes yang saya gariskan. Sebuah perniagaan yang diasaskan oleh Asia Mobile Commerce Priviledge Sdn. Bhd. yang dipegurusikan oleh Datin Fara H. Dalela berasaskan SMS Prepaid dengan pelan Multilevel Marketing.

Produk MESTI BELI oleh hampir 2/3 penduduk Malaysia! Stastistik MMC dibawah menunjukkan bilangan pengguna talian prepaid berjumlah 11.9 juta orang pada tahun 2004. Tahukah anda bilangan pengguna talian prepaid sekarang?! Dianggarkan  sudah mencapai 20 juta orang!!

mymode-prepaid4u: statistik pengguna handphone

Ternyata tidak pernah saya termimpi untuk memiliki pendapatan RM12,000 sebulan  dalam usia 27 tahun. Inilah bonus yang saya terima bulan lepas. Secara tak langsung melegakan ekonomi pada hari raya tahun nih.

Penyata Pendapatan Mymode Pengasas Prepaid4u

Boleh bagi mak dengan abah lebih sikit. Duit raya adik-adik pun boleh bagi  lebih sikit. Boleh travel rumah sedara mara jauh-jauh tanpa pening kepala pikir  pasal minyak dengan tol. Keperluan anak, barang kemas untuk bini, dan dalam  masa yang sama, gaji kerajaan aku tak terusik. Wah….. syukur Alhamdulillah..

10 Bulan lalu, bila saya mula menyertai MyMode ni, semua memperlekehkan  usaha saya untuk memperbaiki taraf ekonomi keluarga. Tak kisah la kalau  tak nak join, siap dengan condemn duit bonus minggu pertama aku yang hanya 30sen  pada ketika tu.

From the beginning memang susah untuk nak mengembangkan network untuk mencari downline. Apa lagi bila sorang member pun tak nak support. Terasa  maca mengemis pulak suruh orang join.

Dengan izin Allah, perlahan-lahan saya menapak, akhirnya sampai juga. Walaupun  98% dari downline saya semuanya orang yang saya tak pernah kenal yang saya cari  dari internet. Saya bantu mereka untuk merasa apa yang saya rasa.

Biarlah saya tolong orang lain, sebab memember semua orang senang. Diorang memang tak pandang mender-mender macam ni. Saya pun nak explain lelebih pada orang yang tak minat tak guna juga.

Alhamdulillah, di bawah saya sekarang dah ada yang dapat pangkat 3 Star CM,  2 Star CM… beerti pendapatan bulanan mereka sekarang pun tak kurang dari 3,4  ribu sebulan. Tak sampai pun 6-7 bulan diorang masuk. Yang pangkat CM-Club pun  dah dekat 3,4 ratus orang.

So at least ada juga income mingguan sampingan antara RM50 – RM200 setiap  minggu. Siapa nak bagi? Takkan nak tunggu dapat RM1,000 seminggu baru nak  join? At the same time, duduk melangu satu sen pun tak dapat. Adat la dapat  dari sikit. Lama-lama meningkatla bonus tu. Itulah bezanya orang usaha dengan  orang yang duduk saja. Kalau semuanya sama, Maka tak adil lah….

Siapa yang baru terbukak hati.. nak join, sila follow langkah-langkah dibawah.  Saya tak boleh nak berikan ‘Special Treatment’ macam dulu lagi memandangkan  downline saya sekarang dah lebih 5,000 orang. Jadi layanan saya sama rata macam  saya treat orang lain juga. Takde kawan, takde orang luar, semua sama.

Saya telah sediakan jalan dimana kita boleh menceburi MyMode 100% dengan  hanya menggunakan Internet. Peratus kejayaan yang jauh lebih tinggi dari cara  konvensional. Tiada risiko untuk rugi dan sebagainya. Kenapa saya buat begitu?

  • Sebab saya takde masa. Siang kerja,  malam penat. Nak keluar rumah pun dah taknak.
  • Sebab saya PEMALAS. Apa yang saya  buat, mesti nak cara yang paling senang jer. Yang tak guna kederat…  yang tak buang banyak masa dan usaha.
  • Saya tak suka pergi-pergi dengar ceramah  nih. Paling saya tak suka, perlu jumpa orang, explain pasal  perniagaan yang saya ceburi. Pada saya banyak buang masa je. Explain  2,3 jam nak bagi faham at the end, belum tentu dia nak join.
  • Orang yg kita cari cara offline (konvensional way) sudah pasti akan  cuba mengembangkan downline nya cara offline  juga. Pada saya cara ini tidak efficient. Lambat.  Dan risiko kegagalan sangat tinggi.
  • Saya tak suka orang memperlekehkan apa yang  saya buat secara berdepan. Buat melemahkan semangat jer.
  • Sebab saya yakin ramai orang yang macam saya. 🙂 Ini bukan  zaman bekerja keras bermati-matian untuk mendapatkan duit.  Tapi bekerja dengan cara yang lebih Bijak.

Berminat mahu menyertai MyMode dan menikmati setiap ganjaran yang saya telah  perolehi Kini? Peluang pasaran ini amat luas. Tak habis di makan dek saya
seorang
. Marilah kita kongsikan bersama. Jika berminat, apa yang perlu anda  buat hanyalah:

7 EASY STEP TO TAKE TO START YOUR NEW WAY OF LIFE!!1. Buka laman  web ini2. Kat Login Box disebelah kiri link ‘Register  New User’. Kemudian BACA langkah-langkah pendaftaran.3. Isi dan submit borang pendaftaran keahlian percuma terlebih dahulu.4. Login ke ruangan ahli dengan menggunakan USERID dan PASSWORD yang  telah anda daftarkan tadi.5. Klick Menu UPGRADE VIP. Kemudian BACA langkah-langkah pembayaran yuran  keahlian.6. Di bahagian bawah page berkenaan ada link untuk buat pembayaran kepada  ADMIN .7. Baca, dan ikut step-step tersebut.  

*Jangan risau. Satu Guideline lengkap akan diberikan setelah anda sah menjadi  salah seorang Agent Mymode di bawah kumpulan Prepaid4U.Net

Semua info pasal MyMode ada di web berkenaan. Tak perlu saya explain panjang  lebar disini kerana semuanya telah terjawab di bahagian F.A.Q, Forum atau pun dalam content web berkenaan sendiri. Just follow the procedure. All instruction  was IDIOT PROOF. 🙂

Orang buta IT pun boleh join tanpa masalah

P/s: Website Prepaid4U.Net akan boleh diakses dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu,  English dan Chinese tidak lama lagi. Kerja-kerja penterjemahan kini berada dalam  peringkat akhir dan menanti masa untuk dilancarkan.

Best Regards,

Adi Nor Jaffar (Eddie)
Founder of Prepaid4U.Net
Technorati Profile

*************************************************************************

Nak beli topup harga murah ?

Atau nak mulakan bisnes topup?

Jom whatapps saya dengan klik  http://wassap.my/60129273808/topup

*************************************************************************