Tune Talk kembang operasi ke Thailand

TUNE Talk Sdn Bhd, sebuah syarikat menerusi Tune Group mengembangkan perniagaannya ke Thailand menerusi penubuhan Tune Talk Thailand.

Ini susulan perjanjian persefahaman (MoU) antara syarikat itu dengan firma berpangkalan di Bangkok, King International Resource Zone Co Ltd (KIRZ).

Tune Talk Thailand akan diperbadankan sebagai pengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO) dan pengedar semula perkhidmatan tanpa wayar kepada TOT Public Company Ltd iaitu syarikat telekomunikasi milik kerajaan negara itu. Tune Talk akan memiliki 49 peratus kepentingan Tune Talk Thailand yang dijangka beroperasi pertengahan bulan depan, manakala bakinya oleh KIRZ.

MoU berkenaan dimeterai di Bangkok oleh Pengerusi Tune Talk, Datuk Seri Tony Fernandes dan wakil KIRZ, Julpas Tom Kruesopon yang akan menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan Tune Talk Thailand.

Mengulas perkembangan itu, Tony berkata, Tune Talk Thailand adalah langkah pertama kumpulan itu untuk menjadi peserta MVNO Asean dan dengan perkembangan di Thailand, ia menyasar untuk memberikan kadar perayauan dan panggilan tempatan lebih baik untuk pengguna yang bergerak antara Malaysia dan Thailand.

“Asean mempunyai penduduk seramai 600 juta orang dan ini mewakili satu pasaran yang besar untuk diteroka,” katanya.
Tune Talk dilancarkan sebagai perkhidmatan komersial di Malaysia pada Ogos tahun lalu dan dikendalikan sebagai MVNO menggunakan rangkaian meluas Celcom Axiata Bhd.

Sehingga kini ia telah mengaktifkan 1.5 juta pengguna dengan menawarkan kadar rata terendah untuk perkhidmatan suara, pesanan dan data.

Syarikat itu adalah penyedia perkhidmatan rangkaian dan aplikasi berlesen dengan Blok Pernomboran diperoleh daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Sumber : http://bharian.com.my
Arkib: 14/12/2010

daftar-toneexcel2*************************************************************************

Berminat nak sertai bisnes Tone Excel ini? Boleh hubungi saya,  Asmawati  di 012-9273808 untuk maklumat lanjut. 

*************************************************************************

agen-topup