Tune Talk yakin catat untung tahun pertama

PETALING JAYA 11 Okt. – Biarpun hanya hampir setahun beroperasi, Tune Talk Sdn. Bhd. (Tune Talk) yakin akan mula mencatatkan keuntungan kali pertamanya pada tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jason Lo berkata, keuntungan awal itu mampu diraih hasil kecekapan dalam operasinya dan penjenamaan Tune Talk yang semakin kukuh.

Menurut beliau, pelbagai produk dan perkhidmatan baru serta nilai tambah juga merupakan faktor penyumbang kepada keuntungan operator mudah alih itu.

”Walaupun baru beroperasi Tune Talk telah mencatatkan peningkatan dalam Purata Perolehan Setiap Pengguna, sekali gus menambah pendapatan kami.

”Prestasi ini dijangka mampu membantu Tune Talk merekodkan keuntungan pada 2011,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Tune Talk Loyalty Points di sini hari ini.

Beliau berkata, Tune Talk Loyalty Points juga dijangka mampu menarik lebih ramai pelanggan pada masa depan berbanding 1.4 juta setakat ini.

Jason berkata, daripada jumlah itu kira-kira 50 peratus adalah pelanggan aktif dan bakinya pula terdiri daripada pelanggan yang memiliki beberapa kad sim dan pelanggan yang mengembara.

”Kita percaya dengan jenama Tune Talk semakin stabil, syarikat ini berupaya menarik lebih banyak pelanggan dengan kelebihan kadar bayaran yang termurah,” ujarnya.

Beliau tidak menolak pertumbuhan pelanggan Tune Talk disebabkan kadar panggilannya yang termurah di negara ini.

Jelasnya, Tune Talk menawarkan kadar panggilan suara pada harga 16 sen seminit, data lima sen bagi setiap megabait, perkhidmatan pesanan ringkas juga lima sen dan panggilan antarabangsa pula adalah 10 hingga 30 peratus lebih rendah daripada pengendali lain.

Menurutnya, Tune Talk akan melebarkan strateginya dengan membuat promosi agresif di Malaysia Timur, Pantai Timur dan Johor.

Mengulas mengenai Tune Talk Loyalty Points, Jason berkata, mulai sekarang para pelanggannya boleh mendapat ganjaran melancong dengan AirAsia dan AirAsia X hanya dengan menebus mata daripada kredit.

Program terbaru Tune Talk itu adalah hasil kerjasama bersama syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.

Jelasnya, program itu amat menarik kerana ia tidak mempunyai tarikh luput, selagi menjadi pelanggan Tune Talk.

”Mudah sahaja untuk mendapatkan ganjaran hanya dengan menambah nilai kredit telefon.

”Lebih banyak pelanggan membuat tambahan nilai, lebih banyak ganjaran yang diterima,” katanya.

Jason berkata, pelanggan boleh mendapatkan maklumat penebusan destinasi melalui www.tunetalk.com/point dan ia penebusan boleh dibuat setiap enam bulan.

Beliau menambah, Tune Talk menawarkan sebanyak tiga mata bagi tambah nilai RM3 dan 720 mata untuk harga kredit sebanyak RM300.

Sumber : Utusan.com.my
ARKIB : 12/10/2010

 *************************************************************************

Berminat nak sertai Bisnes Tone Excel atau Bisnes Topup ini?

SPECIAL OFFER :  Bisnes Topup PERCUMA Apabila Anda Daftar Tone Excel

Boleh hubungi saya,  Asmawati  di 012-9273808 untuk maklumat lanjut. 

*************************************************************************