Skip to content

Buat Duit dengan Handphone

Cara Buat Duit | Tanpa Modal @ Modal Rendah

Menu
  • About
  • Bisnes Topup
  • Hubungi
  • Penafian
  • Privacy Policy
  • Sitemap
  • Terms and Conditions
Menu

Ulasan Ebook=> Raja Adsense: Rahsia Panduan Membuat Duit Tanpa Modal Dengan Google Adsense dalam Bahasa Melayu

Posted on July 13, 2006 by asma

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya baru sahaja selesai membaca buku Raja Adsense: Rahsia Panduan Buat Duit Tanpa Modal Dengan Google Adsense (versi 2.5). Apa yang boleh saya katakan ialah buku ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan pendapatan melalui Adsense.
Jika anda masih belum tahu apakah itu adsense, ia adalah merupakan sejenis iklan yang disediakan oleh pihak Google dimana mereka akan berkongsi pendapatan yang mereka perolehi dari para pengiklan kepada pemilik laman web dan meletakkan iklan google di web mereka.
Buku setebal 65 mukasurat ini memang ditulis secara profesional oleh Saudara Shamsuriyadi dan akan memberikan panduan langkah-demi-langkah termasuk pelbagai tips untuk memaksimakan pendapatan melalui Google Adsense.Ia disediakan didalam format pdf.
Buku ini dibahagikan kepada 6 bahagian iaitu;
#1) Kandungan – Buku ini dimulakan dengan kata aluan dari penulis, mengapa anda perlu merebut peluang untuk tambah pendapatan anda melalui perniagaan internet termasuk potensi bidang ini. Anda juga akan didedahkan tentang apakah sebenarnya Google Adsense dan istilah-istilah yang digunakan, jenis iklan, polisi serta bagaimana bayaran dibuat.
#2) Menjana Wang dengan Adsense – Bagaimana membuat kajian tentang keyword yang menguntungkan, rekabentuk iklan yang sesuai diletakkan serta analisis tentang persaingan
#3) Search Engine Optimization – Enjin carian merupakan salah satu kaedah yang utama untuk mendapatkan pelawat. Didalam buku ini anda akan didedahkan dengan kepentingan meta tag, isi kandungan serta 5 perkara penting yang perlu dilakukan bagi membolehkan laman web anda berada di ranking tertinggi enjin carian seperti Google, MSN dan Yahoo!. Ini pastinya akan membolehkan anda mendapatkan pelawat yang lebih ramai dan seterusnya membolehkan anda memperolehi mendapatan yang lebih lumayan.
#4) Membina laman web – Untuk membolehkan anda memperolehi pendapatan melaui Adsense, anda perlulah mempunyai laman web. Buku ini akan menerangkan langkah demi langkah membina laman web secara PERCUMA dan anda tidak perlu menjadi pakar untuk melakukannya. Akan diterangkan juha kaedah memohon akaun adsense serta tips berkaitan setting iklan bagi mendapatkan lebih banyak klik.
#5) Promosi – 10 teknik mempromosikan laman web anda bagi mendapatkan lebih banyak trafik ke laman web anda. Termasuk kaedah Tag dan Ping yang telah berjaya memberikan pendapatan USD48,000 sebulan! kepada seorang anak muda dari Thailand iaitu Sean Wu. Kaedah ini juga telah mengejutkan pakar adsense seperti Joel Comm dan Michael Cheney.
#6) Penutup – Penulis juga mengingatkan pembaca tentang kaedah yang boleh menyebabkan akaun anda ditutup jika melanggar syarat yang dikenakan, 15 tips untuk meningkatkan pendapatan adsense, program alternatif yang boleh disertai serta 220 keyword yang mahal dimana dengan menggunakan keyword ini, anda akan memperolehi lebih banyak pendapatan kerana pulangan yang lebih lumayan. Keyword ini bernilai antara $2- $100 untuk setiap klik yang diperolehi!
Kesimpulan yang boleh saya katakan ialah, buku ini mudah difahami dan pembaca akan dibimbing dengan langkah yang mudah diikuti. Bagi saya sendiri, saya juga dapat belajar beberapa banyak teknik baru untuk diaplikasikan.
Walaupun banyak buku tentang Google Adsense didalam Bahasa Inggeris, sumber di dalam penulisan Bahasa Melayu ini perlu anda miliki kerana ia akan memberikan kita kefahaman yang lebih mendalam terutama bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan Google Adsense.
Pembaca juga boleh bertanyakan pelbagai soalan melalui forum yang disediakan. Selain itu, setiap pembelian buku ini juga akan diberikan 6 BONUS PERCUMA yang sangat berguna untuk anda.
Untuk maklumat lanjut tentang buku ini, boleh didapati melalui link ini
Salam sukses!

9 thoughts on “Ulasan Ebook=> Raja Adsense: Rahsia Panduan Membuat Duit Tanpa Modal Dengan Google Adsense dalam Bahasa Melayu”

  1. sukeri says:
    July 16, 2006 at 9:49 am

    Saya pun dah baca ebook ni, memang berbaloi & tak rugi anda membelinya.
    Tahniah kerana blog yang baru ni, kini anda menguasai blog sendiri.Terlepaslah risiko blog hilang tiba-tiba .Tentu ada pengguna blogspot yang ada pengalaman macam ni termasuk saya sendiri.

    Reply
  2. ringgithit says:
    August 1, 2006 at 7:56 pm

    Assalamualaikum Asmawati,
    Saya sebenarnya telah membaca tentang Ebook Raja Adsense ni daripada beberapa buah laman web yang lain tapi entah macam mana tergerak hati untuk membelinya melalui laman blog saudari.
    Saya juga sebenarnya mengkagumi semangat anda menjalankan bisnes di internet ni. Dengan itu, saya telah membuat keputusan untuk membeli Ebook Raja Adsense tu melalui blog ni. Harap ini dapat membantu. Teruskan usaha anda & kongsi2lah tips yang anda ada, ya 😉

    Reply
  3. siantan says:
    August 2, 2006 at 3:41 am

    terima kasih kepada sukeri dan ringgithit atas komen anda.
    semoga kita akan sama-sama berjaya di dalam bidang ini.

    Reply
  4. sydinar says:
    August 5, 2006 at 4:19 pm

    Blog anda bermanafaat…

    Reply
  5. mdpai says:
    August 16, 2006 at 3:16 am

    boleh juga menjadikan the adsense code dari joel comm sebagai rujukan. Saya menggunakan buku ini, dan saya rekemenkan pada anda semua.

    Reply
  6. ismail says:
    May 4, 2012 at 6:34 pm

    link url ebook ni dah tak boleh buka..ada idea untuk dapatkan
    terimakasih

    Reply
    1. admin says:
      May 5, 2012 at 12:29 pm

      tuan boleh cuba guna url http://www.rajaadsense.com/index.php?ref=wati77

      Reply
  7. anne says:
    July 11, 2012 at 12:35 am

    sy nk buku adsense ni. cmne nk beli ek?

    Reply
  8. ZoOMartis says:
    July 27, 2012 at 10:30 am

    Thanks ..sumber yang berguna 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Tawaran 1GB Data Internet Percuma PKP dilanjutkan sehingga 24 jam
  • Projek Buat Duit
  • Welcome Deal Onexox untuk Pengguna Baru Onexox Prepaid
  • FAQ Apa itu Onexox Black?
  • Pilihan Onexox Black Plan yang ada

Archives

Categories

  • Bisnes Tone Excel
  • Bisnes Topup
  • Blog Bisnes
  • Simkad Onexox
  • Telco Malaysia
  • Uncategorized
  • VIP Tone Excel
© 2023 Buat Duit dengan Handphone | Powered by Superbs Personal Blog theme