Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Baru-baru ini saya ada menerima satu tips berkaitan tentang bagaimana kita boleh membuatkan telefon bimbit kita tidak boleh digunakan jika ia hilang atau dicuri.
Walaupun ia tidak ada� kena mengena dengan sebarang perniagaan internet, namun kita semua tahu yang telefon bimbit ni sangat penting untuk komunikasi terutamanya untuk urusan harian mahupun perniagaan.
Melalui tips yang diberikan, ia� dapat mengelakkan telefon bimbit� anda� daripada dijual. Walaupun� anda mungkin tidak akan menemuinya lagi, tapi mesti puas hati kan kalau orang yang mencurinya tak dapat menggunakannya atau menjualnya.
Bagaimana caranya? Ia sebenarnya sangat mudah.� Tahukah anda bahawa setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Nombor IMEI� (International Mobile Equipment Identity) adalah unik untuk setiap telefon bimbit.
Nombor IMEI sebanyak 15-digit ini adalah seperti� cap jari elektronik untuk setiap telefon bimbit yang dipancarkan setiap kali ia digunakan, yang mana ia akan mendedahkan identiti telefon bimbit tu.
Nombor ni biasanya kita boleh jumpa dicetak dibawah bateri dibelakang telefon bimbit. Atau cara yang lebih pantas ialah dengan menekan *#06#
Bila nombor� 15 ni keluar, kita hanya perlu� catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.
Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan
telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM,
Maxis atau Digi.
Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.
Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan
menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya
setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan
nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit.
Dengan cara ini Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.
Selain tu, ni ada beberapa tips untuk mengelakkan telefon bimbit anda dicuri.
- Jangan sekali-kali tinggalkan telefon bimbit didalam kereta
- Jangan tinggalkan di tempat awam tanpa tanpa dijaga oleh sesiapa
- Tukar kepada mod� bergetar (vibrate) jika anda rasakan nada dering ada akan menarik perhatian pencuri.
- Letakkan nama anda pada telefon bimbit
- Catat dan simpan nombor siri IMEA
- Maklumkan segera kepada pihak pembekal perkhidmatan dan polis apabila berlaku kehilangan.
Untuk maklumat yang lebih terpeinci tentang keselamatan telefon bimbit, boleh� lawat� laman web ini.
Salam sukses!
P.S: Jika anda berminat dengan peluang perniagaan melalui telefon bimbit, boleh rujuk disini.
�
Sememangnya tips ini perlu dipraktikkan huhuhu dah ler telefon sekarang cangih2 peratusan utk hilang juga tinggi 😀
Memang handphone dah menjadi antara barang terpenting dalam hidup. Ditambah pulak dengan pelbagai maklumat yang disimpan. Ia bukan sekadar untuk bercakap sahaja.
Nak tanya sikit, boleh tak? sekiranya orang yang jumpa atau ambil telefon bimbit kita tu mengambil langkah menyalin semula imei dan melaporkannya semula kepada pengendali telekomunikasi…macamana? saya berkata macam tu pasal telefon bimbit kita tiada pendaftaran nama, lebih2 lagi kalau prepaid…pening ni macamana yer?
hrrmm..,wlaupown enset sye hlang at skola.,tp spew2 agak nyer yg mngambilnye enset jnis Nokia 5030.,tngah sdih nie.,xdpat la mnyalin IMEI..,yg sye ase.,enset tu dpat tnangkn tlah byk sye b’sme ngan dye xsmpai sbulan dah hlang..hrmm..,bberapa mnggu jew.,da la ble kt temerloh.,bgtaw la sye.,mcmne nk cri enset jnis cmtu no tu still da hlangkn.,dgr kte nk jual at kuantan huaaaa…,sdih nie
Untuk pengguna di Malaysia, boleh semak serial number atau Phone IMEI number di http://www.curi.my
Anda akan mendapat jawapan jika produk itu dilaporkan hilang ataupun dicuri.
Anda juga boleh “blacklist” nombor imei phone atau nombor siri anda supaya sesiapa yang menjumpainya tidak boleh menjualnya tetapi boleh menghubungi anda.
Ini adalah servis Percuma untuk semua