Skip to content

Buat Duit dengan Handphone

Cara Buat Duit | Tanpa Modal @ Modal Rendah

Menu
  • About
  • Bisnes Topup
  • Hubungi
  • Penafian
  • Privacy Policy
  • Sitemap
  • Terms and Conditions
Menu

Penggunaan autoresponder didalam perniagaan internet

Posted on September 3, 2006 by asma

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sudah agak lama saya tidak membuat posting di dalam blog ini kerana agak sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan adik saya. Hampir 2 minggu saya tinggal di kampung membantu keluarga dan ia serba sedikit membataskan akses internet saya.
Hari ni saya nak kongsi sedikit cerita tentang autoresponder. Mungkin ada di kalangan anda yang sudah tahu apa itu autoresponder dan ada juga yang masih kabur tentangnya.
Autoresponder ialah satu� sistem yang bertindak seperti setiausaha anda. � Satu sistem autoresponder akan menguruskan pelanggan atau bakal pelanggan� anda dengan membolehkan mereka menyertai mailing list anda dan seterusnya membenarkan anda menghantar email kepada mereka dengan hanya mengisi borang opt-in yang disediakan.
Saya pasti anda biasa terjumpa laman web yang menyediakan borang� seperti ini yang mana anda perlu isikan nama dan alamat email� untuk� membolehkan anda mendapatkan sesuatu maklumat� atau produk. Ia sebenarnya dikenali sebagai opt-in form dimana dengan mengisi borang tersebut anda sebenarnya bersetuju untuk menerima email dari pemilik web.
Ini juga akan dapat mengelakkan terjadinya dakwaan SPAM kerana email yang dihantar adalah dengan kebenaran anda serta anda juga boleh menghentikan penerimaan email dari pemilik web pada bila-bila masa sahaja dengan hanya klik pada link yang disediakan.
Dengan menggunakan autoresponder anda boleh menyediakan terlebih dahulu mesej/email yang ingin dihantar, programkan kedalam sistem autoresponder dan� setkan tempoh masa mesej akan dihantar.
Dengan adanya autoresponder, anda boleh menghantar mesej secara serentak kepada 10, 100 malah 10,000 pelanggan dengan hanya satu klik sahaja. Anda boleh gunakan untuk berhubungan dengan pelanggan lama anda, membina hubungan dengan bakal pelanggan,� memaklumkan tentang aktiviti terbaru, menyediakan kursus melalui email dan banyak lagi kegunaan autoesponder yang boleh anda teroka.
Anda hanya perlu gunakan� kreativiti anda untuk membuat lebih banyak jualan dan mendapatkan pelanggan yang berpotensi.
Dulu saya sendiri tak begitu yakin untuk menggunakan autoresponder. Namun atas tunjuk ajar upline saya, saya telah gunakan autoresponder untuk membantu saya menjalankan perniagaan MLM yang saya sertai. Dan ia memang sangat berkesan didalam membantu saya membuat follow-up kepada prospek saya.
Antara laman web yang menyediakan perkhidmatan autoresponder ialah;

  1. http://freeautobot.com/ – PERCUMA dan saya sendiri menggunakannya.
  2. http://responders.com/ – PERCUMA
  3. http://sendfree.com/� – PERCUMA
  4. http://getresponse.com/ – PERCUMA dan berbayar
  5. http://aweber.com/ -� BERBAYAR dan antara perkhidmatan autoresponder yang menjadi pilihan ramai
  6. http://emailaces.com/ – BERBAYAR tetapi pada kos yang sangat rendah

Okla, terpulang kepada anda untuk memilih mana-mana perkhidmatan yang dirasakan sesuai dengan keperluan dan modal anda. Kalau yang percuma tu memang takde kos tambahan tetapi banyak kekurangannya.
Saya sendiri memang bercadang untuk bertukar kepada autoresponder yang berbayar suatu masa nanti. Selain tu, kalau anda inginkan lebih banyak maklumat tentang autoresponder ni, boleh juga baca beberapa artikel kat bawah ni.

  • 11 Creative Ways You Can Use Autoresponder
  • Create Your Three� Letter Autoresponder Follow Up
  • Is Email Marketing Still An Effective Option For Network Marketing?

Salam sukses!

4 thoughts on “Penggunaan autoresponder didalam perniagaan internet”

  1. sukeri says:
    September 4, 2006 at 10:10 pm

    Bagus tips autoresponder ni.Hmm..sebenarnya nak tanya khabar, dah lama menyepi.Mesti ada projek bagus ni sampai tak sempat nak update blog.
    Kongsi-kongsilah sikit.

    Reply
  2. Noorizam Shah says:
    September 6, 2006 at 9:45 am

    autoresponder memang penting.. tapi kalau nak best pakai yang berbayar jer betul tak?

    Reply
  3. siantan says:
    September 9, 2006 at 5:10 am

    terima kasih kerana sudi memberikan komen.
    sukeri,
    memang tengah ada projek yang sedang diusahakan. Harap ia akan berjaya.
    noorizam dan azwan,
    memang saya tahu yang berbayar lebih bagus. Dan saya sebenarnya pernah jugak gunakan yang berbayar. Tapi atas beberapa sebab saya terpaksa hentikan.
    Bila tiba masanya saya pasti akan langgan. Maklumla list saya semakin bertambah.

    Reply
  4. azwan says:
    September 9, 2006 at 5:01 am

    setuju. the money is in the list.. tak kenal maka tak beli 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Tawaran 1GB Data Internet Percuma PKP dilanjutkan sehingga 24 jam
  • Projek Buat Duit
  • Welcome Deal Onexox untuk Pengguna Baru Onexox Prepaid
  • FAQ Apa itu Onexox Black?
  • Pilihan Onexox Black Plan yang ada

Archives

Categories

  • Bisnes Tone Excel
  • Bisnes Topup
  • Blog Bisnes
  • Simkad Onexox
  • Telco Malaysia
  • Uncategorized
  • VIP Tone Excel
© 2023 Buat Duit dengan Handphone | Powered by Superbs Personal Blog theme