Assalamualaikum/salam sejahtera,
Pertamanya saya mengucapkan syukur yang tidak terhingga kerana telah berjaya menyiapkan laman web MyPrepaidSMS dan blog ini.
Tujuan utama saya menbangunkannya adalah untuk berkongsi dengan anda pengalaman tentang bagaimana saya dapat tambah pendapatan saya dengan menyertai perniagaan prepaid Mymode yang saya kira begitu MUDAH dan MENGUNTUNGKAN.
Selama ini, saya tercari-cari adakah sebarang cara yang boleh dilakukan untuk saya tambah pendapatan keluarga yang mana ia boleh dijalankan secara sambilan dengan hanya bekerja dari rumah.
Memang banyak peluang kerja di rumah yang saya temui samaada melalui akhbar, internet dan juga flyer dan saya juga pernah tertipu. Namun itu semua tidak mematahkan semangat saya. Kerana saya yakin bahawa pasti ada peluang kerja di rumah yang benar-benar tulin dan menguntungkan.
Akhirnya saya bertemu dengan iklan kerja sambilan di rumah yang menawarkan peluang menceburi perniagaan prepaid melalui internet dan SMS. Ini memang kelihatan begitu mudah kerana dengan hanya menggunakan internet dan SMS, pastinya ia boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa  yang saya ingini.
Jadi, tanpa berlengah saya mula mengumpulkan pelbagai maklumat tentang perniagaan prepaid Mymode ini. Rupa-rupanya ramai yang telah menceburi perniagaan ini dan mengakui bahawa ia memang menguntungkan.
Okla, rasanya sudah banyak yang saya kongsikan pada hari ini, nanti saya akan berkongsi pula cerita mengapa perniagaan prepaid Mymode  ini begitu menguntungkan.
Salam sukses!