Perniagaan Jualan Langsung berbentuk MLM adalah sebuah industri yang semakin berkembang di Malaysia. Semakin ramai yang percaya bahawa mereka boleh mencapai kebebasan kewangan dengan menyertai perniagaan MLM ini.
Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, perniagaan MLM yang dijalankan melalui internet semakin mendapat sambutan kerana dikatakan lebih mudah dan menjanjikan pulangan yang lebih lumayan berbanding kaedah konvensional (offline). Benarkah begitu?
Sebelum saya menerangkan kepada anda tentang bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan jualan langsung (MLM) sepenuhnya melalui internet, saya perlu menjelaskan beberapa perkara yang mungkin akan disalah tafsirkan oleh anda.
Pertamanya ialah dengan menjalankan perniagaan melalui internet tidak bermakna anda hanya perlu membina sebuah laman web dan mengharapkan perniagaan anda akan berjalan dengan sendirinya. Anda masih perlu bekerja keras sama seperti menjalankan perniagaan MLM secara offline. Ia hanyalah satu kaedah yang berbeza.
Kedua, apabila saya mengatakan bahawa ia dijalankan sepenuhnya melalui internet, ia hanya untuk mendapatkan prospek yang benar-benar berminat untuk menyertai anda. Ia TIDAK BERMAKNA anda tidak perlu berhubung di telefon untuk berhubung dengan “manusia sebenarâ€. Ia masih perlu dilakukan kerana anda pastinya sedar bahawa hubungan peribadi yang baik akan memberikan keyakinan kepada prospek anda.
Jadi, apakah yang perlu anda tahu apabila menyertai perniagaan jualan langsung melalui internet?
Perkara pertama yang perlu anda faham ialah perniagaan jualan langsung (MLM) dan apa jua perniagaan melalui internet hanya melibatkan permainan nombor. Inilah yang menjadikannya ideal untuk dijalankan secara online. Kenapa?
Ini kerana sebarang perniagaan internet hanya melibatkan nombor. Jika anda bertanya kepada sesiapa sahaja yang memiliki laman web, fokus utama mereka ialah untuk mendapatkan pelawat (ataupun trafik).
Ini kerana menurut kajian yang dijalankan, 2% – 4% daripada jumlah pelawat ini akan klik pada link yang boleh memberikan keuntungan kepada pemilik laman web itu. Daripada jumlah tersebut pula, hanya 1% yang akan membuat pembelian.
Ini bermakna jika laman web itu menerima 10,000 pelawat, hampir 400 orang akan bertindakbalas pada tawaran yang dinyatakan dan daripada jumlah itu, hanya 4 orang yang akan membuat pembelian. Secara logiknya, oleh kerana kadar tindakbalas yang sangat rendah, apa yang diperlukan ialah jumlah trafik yang tinggi, dan prinsip yang sama diperlukan untuk menjalankan perniagaan jualan langsung (MLM) anda.
MLM ialah perniagaan yang sangat mudah kerana ia hanya melibatkan proses mendapatkan prospek dan menapis prospek dan membuat hubungan susulan (follow up) dengan prospek yang layak sehingga mereka membuat tindakan yang anda ingini (atau sehingga mereka ingin berhenti) – sama ada untuk membuatkan mereka membeli produk daripada anda ataupun menyertai kumpulan anda sebagai pengedar. #1- Mendapatkan Prospek
Bagaimana anda boleh mendapatkan prospek? Ini bergantung kepada bagaimana anda memulakannya. Jika anda telah mempunyai sebuah laman web yang telah dikenali, tidak banyak kerja yang perlu anda lakukan kerana anda hanya perlu memasukkan maklumat berkaitan perniagaan jualan langsung (MLM) anda.Tetapi jika anda masih belum mempunyai laman web, anda perlu bermula dari awal. Anda perlu membangunkan sebuah laman web yang boleh menarik perhatian mereka yang mungkin akan turut berminat dengan peluang perniagaan jualan langsung (MLM) ataupun produk yang anda pasarkan.
Selain itu, anda perlu memperhebatkan promosi untuk mendapatkan pelawat ke laman web anda ini melalui apa jua kaedah pemasaran atau promosi yang mungkin seperti pengiklanan melalui enjin pencari, laman web berbentuk direktori atau classified, menyertai forum, menjalankan ezine anda sendiri dan banyak lagi kaedah pemasaran secara online dan offline yang boleh dilakukan, hanya untuk satu tujuan, MENDAPATKAN TRAFIK.
Untuk mendapatkan trafik yang memuaskan, anda akan mengambil masa berbulan-bulan. Rancangkan jumlah modal dan masa yang akan anda gunakan untuk menjalankan proses promosi ini secara tetap seperti anda akan membelanjakan RM50 sebulan dan meluangkan masa selama 1-2 jam sehari melakukannya.
Anda masih boleh menjimatkan wang untuk promosi dengan menggunakan pelbagai ruangan pengiklanan percuma yang disediakan tetapi biasanya ruangan berbayar akan memberikan tindakbalas yang lebih pantas dan memuaskan hati. Boleh rujuk post saya di http://tambahpendapatan.com/blog/index.php/2006/05/20/teknik-mempromosikan-laman-web/ Insyaallah, jika anda menjalankannya dengan penuh dedikasi dan berterusan, dalam masa setahun anda akan berjaya membina sebuah kumpulan yang mantap dan menguntungkan.
#2 – Menapis Prospek yang layak
Tidak seperti perniagaan tradisional dalam mendapatkan prospek secara offline, kini prospek yang diperolehi secara online telah ditapis terlebih dahulu. Contohnya, jika anda cuba mendapatkan prospek secara offline, anda mungkin telah bercakap dengan beberapa orang yang anda temui di pasaraya, semasa menghantar anak ke sekolah atau semasa menjalankan aktiviti harian anda. Apa yang menjadi masalah ialah anda tidak mengetahui samada mereka akan berminat dengan tawaran anda dan ini akan membuang begitu banyak masa anda. Tetapi, jika anda telah membina laman web yang mempunyai topik yang releven dengan kehendak pelawat anda dan berminat dengan perniagaan jualan langsung (MLM), secara tidak langsung anda telah membuat penapisan terlebih dahulu. Ini kerana mereka telah mendapatkan anda (dengan melawat laman web anda) dan berminat untuk sekurang-kurangnya mengetahui lebih lanjut tentang peluang yang ingin anda tawarkan.
Apa yang pasti, prospek ini sendiri datang kepada anda dan bukan sebaliknya. Jika ada yang menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi mereka melalui telefon atau hantarkan maklumat yang diingini melalui email. Semua ini bergantung kepada apakah kaedah yang sesuai dan selesa untuk kedua-dua belah pihak.
#3 – Membuat Tindakan Susulan Sehingga Mendapat Tindakan,¼br /> Salah satu kelebihan terbesar apabila menjalankan perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet ialah proses follow-up boleh dijalankan secara automatik. Setiap kali seseorang menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat berkaitan peluang yang anda tawarkan,masukkan alamat email mereka kedalam contact list anda. Kemudian, hantarkan email untuk membuat follow up kepada mereka secara berkala. Dengan menggunakan autoresponder (perisian yang membolehkan anda menghantar mesej yang telah ditulis lebih awal kepada alamat email yang didaftarkan secara berkala). Proses ini boleh dijalankan secara automatik, dan ini akan menjimatkan lebih banyak masa didalam mendapatkan prospek anda berdua dan masa tersebut boleh digunakan untuk kerja-kerja pengurusan dan pengiklanan.
*Maklumat lanjut mengenai autoresponder boleh dirujuk di laman web http://home-based-business-resources.blogspot.com/2006/07/autoresponders-generate-online-profits.html **
Seperti yang anda dapat lihat, menjalankan perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet sepenuhnya bukanlah projek yang mendatangkan hasil seminggu dua kerana ia memerlukan banyak tugasan, konsisten dan komitmen. Tetapi yang pasti itu semua boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa halangan.
Jika anda ingin sedang mencari peluang perniagaan di internet yang mampu memberikan pulangan yang lumayan untuk jangkamasa panjang, saya kira perniagaan jualan langsung (MLM) berasaskan internet wajar juga menjadi pilihan anda selain program affiliate dan yang berasaskan maklumat. Namun, sekali lagi saya perlu ingatkan bahawa semua ini masih memerlukan anda melaburkan masa, wang dan memerah otak didalam membina perniagaan anda.
Berita baik untuk anda ialah perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet turut menawarkan satu lagi KELEBIHAN TERBESAR berbanding menjalankan lain-lain perniagaan internet iaitu UPLINE anda.
Jika upline anda menjadi sebahagian daripada kumpulan yang telah menjalankan perniagaan jualan langsung (MLM) sepenuhnya melalui internet, ini bermakna anda berupaya memperolehi pelbagai kepakaran dan peralatan selain berkongsi pengalaman dengan ahli lain yang sukar diperolehi dari tempat lain.
Melalui internet, semuanya boleh diperolehi melalui laman web kumpulan dan kini anda tidak perlu lagi menghadiri perjumpaan kumpulan yang biasanya dijalankan pada waktu malam atau hujung minggu. Jadi, fikirkanlah. Jika anda masih tercari-cari kaedah untuk menjana pendapatan melalui komputer anda dan anda merasakan perniagaan jualan langsung (MLM) tidak sesuai untuk anda, rasanya anda perlu memikirkannya lagi sekali.
Perniagaan jualan langsung (MLM) yang digabungkan dengan teknologi internet dan bantuan upline serta kumpulan yang tahu apa yang perlu dilakukan untuk BERJAYA akan memberikan pilihan terbaik untuk anda memperolehi kebebasan kewangan yang anda ingini.
Tetapi, jangan harapkan ia akan menjadi dalam masa sekelip mata sahaja. Tiada silap mata dalam hal ini atau apa jua perniagaan yang anda jalankan.
=========================
Mengenai Penulis
Asmawati Abdul Manap ialah seorang surirumah yang menjadikan internet sebagai salah satu cara untuk menjana pendapatan sambilan secara sambilan. Anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan perniagaan internet di laman web beliau di http://tambahpendapatan.com