Salam Hormat Pembaca Budiman,
Pernahkah anda mempromosi produk orang lain sebagai affiliates? (Rakan-rakan saya di UTP yang mengambil subjek berkaitan, sila duduk tegak dan ambil perhatian. Jangan tertukar lagi di antara buat program affiliate & promote produk sebagai affiliate ya, konfius nanti kalau tertukar )
Mempromosi produk orang lain sebagai affiliates sungguh mudah. Anda hanya perlu mempunyai laman web yang popular, ataupun list email yang kembung untuk mendapatkan hasil yang lumayan. (Ya benar, tanpa website pun anda boleh buat duit dengan produk affiliate, tetapi saya tidak pernah kenal lagi mana-mana affiliate hebat yang tidak mempunyai website.-Got me?)
Jika anda ingin menjadi affiliates yang berpengaruh dan berjaya (SaifulSham #1 affiliate Rahsia MLM Zamri Nanyan).
Jika anda ingin tips bagaimana untuk mempromosi sesebuah produk dengan jayanya sebagai affiliate, baca artikel terdahulu kami mengenai hal ini di sini.
Hari ini, saya ingin mengingatkan anda tentang perangkap “Black Hole†dalam mempromosikan produk sebagai affiliates. Pernahkan anda cuba klik pada link di laman web anda untuk mencuba?
Sekerap mana?
Sentiasa pastikan link affiliate anda menuju ke laman web yang sepatutnya. Jangan dihantar ke error page, atau lebih malang lagi page kosong!
Pertamanya, anda akan kerugian pelawat yang dihantar. Kalau anda membayar untuk pelawat ini dihantar ke laman web tersebut, anda juga kerugian wang.
Keduanya, anda kerugian masa mempromosi program tersebut.
Ketiganya, Google menganggap page tersebut “Broken Linkâ€. Ini adalah perkara kedua mereka paling benci selepas Spammer. Jadi jangan terkejut jika laman web anda ada banyak broken links, laman web tersebut mungkin akan dibuang dari Google.
Jadi, semak semula link-link affiliates anda. Adakah ia berfungsi? Buang yang tidak dan optimizekan yang masih.
——————————————————————
Sumber : http://saifulsham.com