SOALAN:
Kalau boleh En Irfan tolong tambah sedikit bagaimana kita boleh menjalankan perniagaan internet secara automatik.
Jawapan:
Ada juga salah tanggapan di mana, perniagaan Internet dijalankan secara automatik memerlukan 100% automatik. Tidak semestinya.
Sebagai contoh, menjual ebook online, boleh dikatakan auomatik (100%) di mana pembeli melakukan order online menggunakan kad kredit, dan kemudian boleh download ebook secara menerus.
Namun di Malaysia terutamanya, untuk menjalankan perniagaan 100% automatik adalah agak sukar oleh kerana masih ramai pembeli prefer melakukan bayaran menggunakan cara tradisional seperti bank-in, wang pos atau online banking, yang memerlukan interaksi manusia dalam pemprosesan order.
Tetapi, bagaimana pula menjual barangan online, tetapi anda mengupah seseorang untuk melakukan proses pengambilan order, pembungkusan & penghantaran? Bagi anda (pengusaha), ini pun automatik juga oleh kerana anda telah sediakan satu sistem di mana kesemuanya dijalankan secara automatik untuk anda.
Sebagai contoh, CD Rom 1-2-3 memerlukan seseorang mengambil stok, mengambil order, membungkus & membuat penghantaran. Dari segi zahirnya, bukan automatik oleh kerana memerlukan campurtangan manusia. Tetapi, bagi saya yang mengusahakannya, saya sudah sediakan sistem dan krew kami akan handlekan kesemuanya. Jadi, bagi saya, ia masih lagi automatik oleh kerana terdapat satu sistem
Jadi, tak semestinya dalam jual beli online, dilakukan 100% automatik. Sekiranya kita ciptakan sistem dimana perniagaan itu boleh dijalankan dengan campur tangan minima, dan waktu kita bebas melakukan perkara lain, ia juga merupakan aliran wang automatik kepada kita sebagai usahawan.
Adakah irfan pernah jatuh teruk dalam perniagaan? dan sekiranya ya, bagaimanakah boleh bangun semula?
Soalan Pakdi ni soalan favourite wartawan media tanya saya . media selalu inginkan cerita kegagalan dan susah payah (jatuh teruk) dalam perniagaan untuk dijadikan iktibar pembaca. Namun, saya tidak mempunyai cerita kegagalan yang ketara.
kegagalan pun pada awalnya, tahun pertama saya melakukan perniagaan Internet, selama 1 tahun hanya 3 pelanggan sahaja saya dapat. Kiranya gagal, namun, kalau nak dilihat modal permulaan- hanya RM500. Jadi, takde la bankrupt! Sebab modal pun kecil… kalau gagal pun, takde la jatuh teruk.
Namun, ingin saya kongsikan, kejayaan saya adalah daripada banyak mempelajari ilmu kejayaan & ilmu perniagaan. Sebelum memulakan perniagaan, saya lengkapkan diri saya terlebih dahulu dengan ilmu yang diperlukan. Ketika belajar, saya bekerja sebagai cleaner/tukang cuci untuk mendapat wang saku lebih untuk membeli buku motivasi/kejayaan dan menghadiri seminar-seminar kejayaan dan perniagaan.
Alhamdulillah, segala penat lelah dan pelaburan atas diri sendiri memberi pulangan. Jadi, dari segi kegagalan teruk, tiada kisah kegagalan yang boleh dikongsikan. Tetapi dari segi berusaha dari bawah dan tidak berputus asa walaupun gagal, itulah antaranya yang boleh dikongsikan
———————————————–
Sumber: http://irfankhairi.com/blog
saya ada cara nya