Post kali ini agak heavy juga. Jika anda mengalami kesukaran untuk memahami post ini, usah gusar, dengan masa dan pengalaman, anda akan memahaminya. Get your hand dirty first.
Baiklah, seperti yang pernah kami katakan, melakukan perniagaan Internet di Malaysia, tidaklah seperti melakukan perniagaan Internet di luar negara. Dari konteks apa? Hmm, budaya dan penerimaan teknologi. Kuasa beli mungkin satu lagi faktor, tetapi untuk post ini saya akan khususkan contoh dalam teknik emel marketing. (bukan SPAM)
Jadi, post kali ini saya akan mengetengahkan satu pandangan dari pengalaman saya. Jika anda ada mengamalkan teknik internet marketing ini, kami juga ingin mendengar pendapat anda!
Kenapa emel marketing di Malaysia berbeza? Jika anda membaca petua-petua dan panduan dari usahawan internet barat, apakah kekerapan menghantar emel kepada prospek yang mereka cadangkan?
Setiap hari? 2 hari sekali? Seminggu sekali?
Ya, pernahkah kita terfikir, untuk orang Malaysia normal, berapa kali sehari mereka membuka emel?
Dari pengalaman dulu-dulu dan sedikit survey, secara puratanya, seminggu sekali. Mungkin tahap teknologi kita masih belum mantap lagi, berbanding dengan pengguna internet negara luar yang mungkin menerima emel setiap hari.
Jadi, apakah agaknya perasaan mereka tatkala mereka melihat inbox mereka dipenuhi oleh berderet-deret emel dari orang yang sama?
Geram?
Jika mereka baik hati, mereka mungkin akan membuka satu atau dua yang teratas, tetapi jika mereka tiada mood… mereka delete sahaja, atau lagi teruk, mark as junk mail.
Jadi apakah frekuensi terbaik jika prospek anda terdiri dari rakyat Malaysia biasa? Apa yang kami lakukan, pertamanya kami bahagikan subscriber kami kepada 2. Satu list untuk SaifulSham.com dan satu lagi list untuk Saudagar.com.my . Untuk subscribe kepada list SaifulSham.com, pembaca harus melalui beberapa proses. Kepada orang biasa, susah. Kepada orang yang betul-betul berminat, kacang aja. Klik menu “subscribe to our postâ€, klik lagi subscribe.php di laman berikutnya dan masukkan emel.
Dan yang bagusnya mengenai list ini,walaupun kami hanya memberitahu bahawa SaifulSham.com telah diupdate, tetapi turnover rate=0. Sehingga sekarang tiada lagi yang unsubscribe.
Jadi frekuensi emel yang kami hantar adalah dalam 3-5 hari sekali.
Untuk saudagar.com.my,proses pendaftarannya sangat mudah, masukkan emel dan nama sahaja. Bilangan turnovernya kira-kira 1 atau 2 orang sehingga kini walaupun untuk list ini, kami berkongsi maklumat-maklumat yang “meatyâ€. Jadi untuk list ini kami tetapkan frekuensinya seminggu sekali untuk 4 post yang pertama dan 2 minggu sekali selepas itu.
Sekadar untuk membina perhubungan dalam mesej yang pertama dan selepas itu, supaya pembaca tidak lupa kepada kami. Begitulah apa yang kami lakukan.
Kami juga mendapati, masalah utama kepada subscriber (sering terjadi kepada mereka yang menggunakan Yahoo) Selalunya mereka terlupa atau tidak tahu alamat emel mereka berakhir dengan yahoo.com , yahoo.co.uk, yahoo.com.my atau yahoo.com.sg . Banyak jugalah email bounce yang disebabkan oleh masalah terlupa domain ini.
Mahu asas dalam emel marketing? Dapatkan buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet†hari ini! Dijual di kedai buku berhampiran anda atau tempah online di Saudagar.com.my
————————————————-
Sumber: http://saifulsham.com