Skip to content

Buat Duit dengan Handphone

Cara Buat Duit | Tanpa Modal @ Modal Rendah

Menu
  • About
  • Bisnes Topup
  • Hubungi
  • Penafian
  • Privacy Policy
  • Sitemap
  • Terms and Conditions
Menu

Kematian Affiliate Program Sudah Dekat?

Posted on September 17, 2007 by asma

Pernah jumpa ayat di bawah?

“Link affiliate anda tidak akan kelihatan seperti link affiliate. Contoh link http://ads.ipowerweb.com/~afftrend/transaction.php?APID=7&affID=
00000000000000017787 akan menjadi http://www.domainanda.com/ipower
Pengguna tidak akan ketahui bahawa link tersebut adalah link affiliate sama sekali dan tidak akan was-was untuk klik padanya
Pengguna tidak dapat memintas link affiliate tersebut kerana link tersebut seolah-olah adalah sebahagian dari laman web anda dan tiada id affiliate yang kelihatan.”
atau pun ayat di bawah ini?
“Pastikan pembaca tidak tahu ia adalah affiliate link.”
atau ayat seumpamanya?
Tidakkah dengan naluri seorang manusia, kita dapat berfikir, kenapa perlu menyembunyikan affiliate link? Kenapa perlu bersusah melindunginya? Adakah kita cuba menipu pembaca?
Artikel “Kematian Affiliate Program Sudah Dekat?” ini ditulis bagi mengupas fenomena tidak sihat ini.
Affiliate Program menjanjikan pulangan lumayan kepada pesertanya. Ia mudah. Anda hanya perlu mempunyai minat dan skil menulis yang baik, kemudian melalui penulisan anda, anda mengajak pembaca membeli sesuatu produk yang sedang dijajakan. Ya, tepat sekali. Anda adalah jurujual online!
Sebagai jurujual yang beretika, anda sepatutnya dengan terus terang memberitahu pembaca, bahawa anda mendapat komisyen bagi usaha anda membawa mereka ke laman jualan sesuatu produk. Keikhlasan ini biasanya dipandang tinggi oleh pembaca. Ia membina kredibiliti anda.
Justeru, fenomena menyembunyikan affiliate link(<i>memperelokkannya*</i> adalah suatu isu yang lain), perlu dibanteras.
Berikut adalah tanda-tanda kematian Affiliate Program jika fenomena ini tidak dibanteras:

  • Pembaca sentiasa dalam keadaan tidak selesa kerana bimbang tulisan yang dibaca adalah suatu ayat memujuk untuk membeli semata-mata.
  • Lantaran itu, sebarang link yang disyaki sebagai affiliate link(walaupun disembunyikan) akan diabaikan.
  • Peserta affiliate program akan mula menghadapi penyusutan jumlah jualan kerana masyarakat menganggap affiliate link adalah ‘link yang kotor’.
  • Pengurangan peserta affiliate program kerana affiliate program tidak lagi dianggap sesuatu yang boleh dijadikan lubuk duit

Anda sebagai pengamal dalam industri affiliate program perlu melakukan tindakan bijak bagi mengatasi fenomena ini. Ia bermula dari setiap dari kita.

  • Mulakan dengan tidak segan silu memberitahu bahawa anda sedang mempromosikan affiliate link anda.
  • Menyedarkan pembaca tentang tindakan mempromosi affiliate link adalah salah satu dari perniagaan anda. Namun, pembaca masih boleh mendapat manfaat dari maklumat yang anda sampaikan. Dengan kata lain, anda secara ‘gentle’nya memberitahu anda sedang menyampaikan ilmu disamping mengiklankan.
  • Pemilik affiliate program sewajarnya mendidik peserta tentang bahaya tidak jujur kepada pembaca.

*memperelokkannya – memperelokkan affiliate link adalah suatu usaha menjadikan ia mesra enjin carian, lebih elok dipandang mata dan memendekkan affiliate link yang panjang.
About the Author

En. Aku adalah penggemar Internet. Boleh temui beliau di http://www.enaku.com

1 thought on “Kematian Affiliate Program Sudah Dekat?”

  1. Rantong says:
    May 29, 2009 at 7:35 pm

    Maklumat berguna kpd org baru dlm bidang affiliate.
    ADMIN: Ya, memang ebook ini sangat berguna kepada affiliate

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Tawaran 1GB Data Internet Percuma PKP dilanjutkan sehingga 24 jam
  • Projek Buat Duit
  • Welcome Deal Onexox untuk Pengguna Baru Onexox Prepaid
  • FAQ Apa itu Onexox Black?
  • Pilihan Onexox Black Plan yang ada

Archives

Categories

  • Bisnes Tone Excel
  • Bisnes Topup
  • Blog Bisnes
  • Simkad Onexox
  • Telco Malaysia
  • Uncategorized
  • VIP Tone Excel
© 2023 Buat Duit dengan Handphone | Powered by Superbs Personal Blog theme