Hari ahad lepas kami sekeluarga menghadiri Hari Penyampaian Sijil untuk sekolah tadika Aisyah. Dah 2 tahun (sejak umur 4 tahun) Aisyah bersekolah di Tadika KEMAS Sri Andalas, Taman Sri Keramat. Alhamdulillah, walaupun ia merupakan sekolah tadika kerajaan , tetapi perkembangan positif yang dia tunjukkan memang sangat kami syukuri.
Memang kagum dengan Cikgu Siti Norah yang mengajar kat situ. Bayangkan macam mana dia handle 78 orang pelajar seorang diri. 40 orang di sessi pagi dan 38 orang disesi petang. Walaupun ia sekolah Tadika Kerajaan, tapi kemudahan dan aktiviti yang ada kat sini saya memang agak puas hati kalau nak dibandingkan dengan beberapa tadika swasta yang saya survey. First impression masa mula-mula datang sini, Wow! banyaknya mainan! Bagus untuk budak-budak ni berkreativiti. Takdela boring sangat. Cikgunya pun kreatif dalam menarik minat budak-budak.
Pada mulanya dulu, kitaorang ingat nak hantar dia tabika pada umur 5 tahun, tapi oleh sebab masa dia umur 3 tahun lagi dah merengek tiap-tiap hari “Umi… nak pegi seolah”. Jadinya kami pun try bertanya pada Tabika ni. Biasanya diaorang tak ambik budak 4 tahun, tapi sebab dia tengok Aisyah ni badannya besar, dia kata okla. Tahun lepas dia bersekolah di sessi petang sebab sessi pagi untuk budak 6 tahun.
Tahun ni, cikgu kata Aisyah dah boleh pergi sesi pagi sebab dia “cepat menangkap” walaupun baru umur 5 tahun. Rasanya dalam akhir bulan Januari dia dah boleh membaca dengan lancar. Dia memang dari kecik lagi sangat suka membaca. Kalau menangis atau mengamuk, kitaorang cuma perlu suruh dia pergi ambik “book” dia, dia pasti akan berhenti menangis. Kemana-mana memang tak tingggal buku kecik dia.
Masa majlis penyampaian sijil tu, Aisyah ada buat persembahan koir. Banyak jugak lagu yang diaorang nyanyi. Ingat nak upload kat blog ni video persembahan tu, tapi saiz file terlalu besar. Ambik masa sket nak edit untuk kecikkan saiz. Kalau berjaya diedit, nanti saya upload ye. (Maklumla, saya bukan pandai sangat bab-bab edit video ni)
Yang makin bangga, sebab Aisyah terpilih untuk jadi solo untuk lagu “Rasa Sayang Hei”. Dia kena nyanyi rangkap pantun
Pisang emas bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi cikgu dibawa mati.
Dekat sebulan jugak dia practise hafal pantun ni kat rumah. Sakit telinga jugak kadang-kadang dengar dia tak berhenti menyanyi. Maklumla, nak habiskan 7 lagu yang akan dipersembahkan. Antara lagu yang diaorang nyanyi ialah Lagu Negaraku, Lagu KEMAS, Lagu Boria Malaysia Jaya, Lagu Lenggang Kangkung, Lagu Anak Kambing Saya, Lagu Rama-Rama dan Lagu Rasa Sayang Hei. Selain persembahan koir, ada macam-macam lagi persembahan Senamrobik, Tarian Muhibbah (Melayu, Cina , India) dan Nasyid.
Boleh dikatakan semua 78 orang pelajar participate didalam persembahan. Takde yang tertinggal. And i think it is very good to improve their confidence. Masa tahun lepas, penyampaian sijil diadakan bersama-sama murid tadika lain dalam DUN Hulu Kelang. Cuma beberapa orang je terpilih untuk buat persembahan. Satu sekolah, satu persembahan. Bayangkan lebih 10 buah sekolah nak ambik sijil. Punyalah lama kitaorang menunggu sebab giliran sekolah Aisyah last sekali.
Hari ni adalah hari terakhir persekolahan, semalam kitaorang shopping belikan hadiah untuk cikgu Nora. Memang terhutang budi sangat kat dia. Yelah, 2 tahun dia mengajar anak kita dari tak tau apa-apa sampai boleh menulis, membaca , mengira, menyanyi, melukis, membaca doa, dll.
Malam tadi, saya minta Aisyah tuliskan kad untuk cikgu Nora. Kat atas adalah hasilnya. Ayat “I Love My Teacher” tu dia yang cadangkan. Siap ada lukisan rumah lagi. Hopefully cikgu dia suka. Esok kitaorang akan hantar dia pergi sekolah. Takut dia tak larat nak bawak hadiah tu naik bas. Saya pun boleh jumpa cikgu Nora personally. Lepas ni tak tau bila pulak boleh jumpa.
Tahun depan mungkin Aisyah akan bersekolah di Tadika lain pulak. Bukan sebab sekolah ni tak bagus, tapi kitaorang nak bagi Aisyah merasa suasana baru dan dapat belajar benda baru. Yela kan, dah 2 tahun sekolah kat situ, kadang-kadang dia pun malas nak pergi sekolah.
Okla, rasanya dah panjang sangat post hari ni. Nanti saya akan ceritakan kisah kitaorang survey tadika baru untuk Aisyah.
Salam. Singgah jap. Menarik gak layout blog nih.
Ada a few articles yang menarik minat saya untuk membaca lebih lanjut dan dijadikan sebahagian dari rujukan
WATI: Terima kasih sebab sudi singgah. Semoga anda dapat serba sedikit manfaat dari blog ni.
waaaahhh..pandai nye anak sedare sorang ni ;-p
kakti patut taruk artwork2 dia yang lain 🙂
kadang2 rasa mcm boleh buat greeting cards :-))
WATI: Tula pasal, ada banyak dah “hasil seni” Aisyah kat dalam komputer ni. Nantila kak ti postkan..
mane-mane sekolah tabika kemas kalau cikgunya mengajar dengan baik maka bijak lah anak muridnya, tapi kalau cikgunya mengajar ala kadar je maka blur la anak muridnya, dari pengalaman saya pernah hantar anak pada usia 5 tahun tapi memandangkan cikgunya mengajar tangkap muatnya jadi anak saya pun tak pandai-pandai sehingga hujung tahun, jadi sekarang saya tak hantar lagi kat sekolah tu…
WATI: Setuju dengan awak. Cikgu memainkan peranan penting, selain sokongan dari ibu bapa. Tapi tak semua anak sama pencapaiannya. Ada budak yang dah 2 tahun kat situ pun masih tak boleh membaca lagi. Banyak faktor lain yang mempengaruhi.
Asalamualaikum. wati saya amat tertarik dengan kisah anak awak belajar di tabika kemas, memang tabika kemas hebat, dan cemerlang,namun ramai ibu bapa yang tidak mengetahui
Waalaikumsalam.
Pada saya, sebenarnya banyak bergantung pada anak kita sendiri. Kalau jenis cepat pick-up, tak kisah sekolah macam mana pun. Yang mahal tak semestinya bagus.
Assalamualaikum, saya baru berpindah di kawasan ampang. Boleh tak tahu di mana alamat tadika anak anda bersekolah beserta guru yang boleh saya hubungi kerana saya memang berminat menghantar anak saya ke tadika tersebut. Terima kasih…