Skip to content

Buat Duit dengan Handphone

Cara Buat Duit | Tanpa Modal @ Modal Rendah

Menu
  • About
  • Bisnes Topup
  • Hubungi
  • Penafian
  • Privacy Policy
  • Sitemap
  • Terms and Conditions
Menu

Review : Panduan Asas Blogger

Posted on May 19, 2009 by asma

Sekarang ni memiliki sebuah blog dah menjadi seperti satu kemestian kepada sesiapa sahaja yang ingin memiliki laman web sendiri di internet. Tak kira la samaada blog anda ber”niche” kan tentang buat duit ataupun sekadar blog peribadi. Jika blog anda memberikan isi kandungan yang baik dan menarik, pastinya ramai yang sudi menjadi pembaca setia.
Membuat blog sendiri tidaklah susah sangat. Hanya dengan beberapa klik sahaja, anda dah boleh miliki blog anda sendiri.
Hari ini saya nak review sebuah ebook yang masih baru dilancarkan iaitu “Panduan Asas Blogger: Panduan Asas Lengkap Untuk Blogger” yang ditulis oleh Yazid Yahya dan diterbitkan oleh Jamaludin Bahari.

Jelas dari tajuknya , ebook ini memang memberikan panduan asas sahaja tentang bagaimana anda boleh memiliki blog anda sendiri. Jika anda sudahpun berjaya membuat blog sendiri (di blogspot atau wordpress), ebook ini memang tak sesuai untuk anda. Ia khas untuk mereka yang memang langsung tak tahu macam mana nak membuat blog.
Ebook ni ada 234 mukasurat tau! Untuk 100 mukasurat pertama, anda akan didedahkan dengan langkah demi langkah cara membuat blog percuma ( di subdomain blogspot.com atau wordpress.com) . Ada juga ditunjukkan cara nak setup blog wordpress untuk blog .com anda sendiri.Memang mudah untuk memahami dan mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan didalam ebook ini.
Bahagian kedua ebook ini menceritakan tentang teknik mendapatkan trafik ke blog yang telah disiapkan. Agak banyak teknik yang ditunjukkan. Terpulang kepada anda hendak memilih untuk mendalami dan mengaplikasikan teknik yang mana satu. Sekurang-kurangnya anda akan mendapat serba sikit idea bagaimana nak mempromosikan blog anda nanti.
Bahagian ketiga pula menceritakan tentang nama domain, cpanel dan webhosting. Agak detail penerangannya dan mudah difahami sebab disertakan dengan banyak gambar. Banyak benda yang boleh anda pelajari terutamanya bagi mereka yang ingin membeli atau baru sahaja membeli nama domain .com sendiri.
Bahagian keempat pula menceritakan tentang bagaimana anda boleh buat duit dengan blog. Agak ringkas isi kandungan didalam bahagian ini. Hanya 2 mukasurat sahaja. Ia sekadar memberikan anda beberapa idea buat duit melalui blog sahaja.
Lagi satu, anda juga turut diberikan 3 buah video tentang Cpanel dan WordPress untuk domain berbayar. Tapi video ni takde suara, ia lebih berbentuk slideshow dimana anda perlu membaca sendiri apa yang ingin disampaikan. Tak susah nak faham, insyaallah anda boleh ikuti langkah-langkahnya.
Dengan setiap pembelian, anda juga akan dapat diskaun untuk beberapa produk lain. Nak tahu apa produknya? Kenalah klik kat sini.
Okla, dah agak panjang review yang saya tuliskan. Bagi saya, isi kandungan ebook ini agak bagus terutamanya untuk mereka yang memang zero dalam teknik membuat blog. Jadi, selepas ini, kalau ada yang bertanya tentang cara nak buat blog, saya memang syorkan ebook ini kepada anda. Banyak ilmu yang bakal anda perolehi.
Daptkannya sekarang! Anda juga bloleh download ebook preview percuma disini.

3 thoughts on “Review : Panduan Asas Blogger”

  1. eshanne says:
    May 20, 2009 at 2:05 pm

    Panduan mengenai asas blogger memang sesuai untuk blogger yang belum tahu apa2 mengenai dunia blog.. Buku asas panduan adalah buku yang memang mempunyai banyak faedah terutamanya blog yang ingin didirikan..
    Saya sangat berpuas hati denga review/ulasan cik, asmawati disini..
    Saya syorkan kepada semua blogger ataupun yang nak jadi blogger tu beli la senaskhah buku mengenai blog itu disini..
    Jangan lupa!
    Beli buku Asas Panduan blogger!!
    ADMIN: Terima kasih atas komen anda. Saya menulis berdasarkan kepada pendapat saya tentang ebook ini aja.

    Reply
  2. Masrule Hamid says:
    June 3, 2009 at 11:55 am

    Nice info & good share
    ADMIN : terima kasih

    Reply
  3. Pingback: Video Cara Buat Blog di Blogspot – langkah demi langkah | blog | Wanita Melayu Boleh Blog | Surirumah Buat Duit di Internet

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Tawaran 1GB Data Internet Percuma PKP dilanjutkan sehingga 24 jam
  • Projek Buat Duit
  • Welcome Deal Onexox untuk Pengguna Baru Onexox Prepaid
  • FAQ Apa itu Onexox Black?
  • Pilihan Onexox Black Plan yang ada

Archives

Categories

  • Bisnes Tone Excel
  • Bisnes Topup
  • Blog Bisnes
  • Simkad Onexox
  • Telco Malaysia
  • Uncategorized
  • VIP Tone Excel
© 2023 Buat Duit dengan Handphone | Powered by Superbs Personal Blog theme