Ok, saya dah tahu bahawa anda memang berminat nak tahu lebih lanjut tentang Mymode. Sebenarnya, terdapat 3 kategori orang yang berada didalam Mymode. Anda boleh pilih untuk berada di kategori mana:
1) Paling malas. Saya nak pakai sendiri je
Mungkin untung anda tidak banyak. Dari pembelian topup RM30, anda mungkin hanya akan dapat 60-80sen. Tetapi lihatlah pada faedah lain yang anda bakal perolehi.
Tak perlu start motor pergi kedai nak beli topup… Tak perlu kehulu-kehilir cari kedai yg bukak pukul 12 malam bila time emergency…. dan lagi. Hanya SMS je. Selama bertahun-tahun sebelum ini anda membeli topup dikedai, berapa ratus yang anda dapat dari tokey kedai handphone? usahkan ratus… 20sen pun belum tentu. Nak tambah malang lagi, prepaid RM10, pun kena bayar RM10.50 (ini selalu berlaku jika anda tinggal di kawasan luar bandar)
Bayangkan kalau anda pergi outstation atau bercuti, mesti agak sukar untuk mendapatkan prepaid kerana anda tidak biasa dengan kawasan yang dikunjungi. Dengan keahlian Mymode anda, ia bukan lagi masalah, dari bilik hotel atau bilik seminar pun boleh beli topup. Hanya SMS je, bukan ke senang tu.
2) Paling senang. Saya nak menjual
Margin keuntungan dalam penjualan prepaid topup memang agak kecil. Tapi bandingkan pula kelebihannya berbanding peniaga prepaid kad secara konvensional. Mereka perlukan modal yang besar bagi mengadakan stok untuk setiap jenis prepaid kad.
Paling tidak 50 keping maxis RM10, 20 keping maxis RM30, 10 keping Maxis RM60, 50 keping celcom RM10, 30 keping celcom RM20 dan sebagainya.
Ini kerana pelanggan minta macam-macam. Ada yg nak beli RM10 je. Ada pula nak beli yang RM50. Untuk ini sahaja modalnya dah dekat RM2000 – RM3000. Belum campur sewa kedai, lesen meniaga, dan masa yang dihabiskan untuk tercongok di depan kedai tersebut.
Dalam Mymode, kalau modal RM100, anda jual produk yg boleh dibeli dengan modal tersebut. Dapat cash, rolling je semula. Kedai anda boleh dibuka 24 jam sehari, boleh bergerak mengikut kemana sahaja kaki anda melangkah. SMS je bila ada pelanggan.
Anda tak perlu cerita panjang lebar tentang produk yang anda jual kerana semua orang dah tahu pasal prepaid. Tak perlu buat produk demo macam M.LM lain. Cuma maklumkan yang anda ada menjual prepaid, mesti ramai yang nak membeli dari anda.
Bukan cakap kosong ye, sebab ini adalah pengalaman saya sendiri. Walaupun saya tidak begitu menumpukan kepada jualan, saya boleh menjual sekitar RM500-RM600 sebulan hanya dengan beberapa orang pelanggan tetap di sekitar rumah saya.
3) Paling menguntungkan. Kembangkan jaringan (networking)
disamping guna sendiri/menjual.
Inilah yang saya lakukan keranan pelan pemasaran Mymode memang direkabentuk agar anda mendapatk keuntungan berterusan melalui pengembangan kumpulan anda.
Jika anda buka kedai makan,maksimum boleh dapat dalam sehari katakan RM2000. Itupun jika buka 24jam. Jadi macamana nak jadikan keuntungannya jadi RM4000 sehari? Tambah pekerja? Tambah kerusi? Tambah menu masakan?
Caranya adalah dengan membuka lagi satu cawangan dikawasan lain! Bayangkan jika anda mempunyai 100 cawangan kedai makan diseluruh Malaysia, berapa keuntungan yg anda bakal perolehi dalam sehari?
Begitu juga halnya dengan prepaid ni, tak ramai yang mampu nak buat jualan ribuan ringgit sebulan. Tapi jika anda dapat menaja mereka yang membeli prepaid sekitar RM100 setiap bulan pun dah mencukupi. Jika RM100 dibelanjakan oleh 10 orang downline setiap bulan, bermakna jualan kumpulan anda ialah RM1,000 .
RM100 x 10 orang = RM1,000
Mampukah anda seorang menjual RM1,000 sebulan? Tidak mustahil tetapi tak ramai yang mampu menjual sebanyak itu. Anda akan mendapat overide dari setiap belian yang dibuat oleh downline anda. Dan disinilah pendapatan berulang bakal anda perolehi. Ini kerana, setiap bulan pasti mereka akan tetap membeli topup. Jadi secara tak langsung anda mendapat pendapatan secara konsisten.
Apabila 10 orang downline anda itu berkongsi dengan 10 orang yang lain menjadikan tambahan 100 orang yang berbelanja RM100 sebulan. Menjadikan jumlah jualan RM10,000
RM100 x 10orang x 10orang = RM10,000 !
Begitulah seterusnya. Selagi anda konsisten didalam membuat penajaan dan sentiasa membantu downline anda , tak mustahil untuk memperolehi ribuan downline dalam jangkamasa 1 tahun. Pastinya ia bukan mudah tetapi ramai yang telah berjaya melakukannya.
Kumpulan Prepaid4u misalnya mempunyai lebih 60,000 ahli mymode dibawah naungannya dengan jualan sekitar 5 juta sebulan!. Dan saya sendiri telah mempunyai hampir 3,000 downline di seluruh negara dalam masa 27 bulan (Julai 2006 – Oktober 2008) dengan jualan kumpulan hampir RM300ribu sebulan.
Memang saya agak jauh ketinggalan berbanding Admin Prepaid4u, tetapi saya yakin dalam masa 5 tahun akan datang , tak mustahil bukan? Kerana saya pun tak sangka bermula dengan 0 downline, kini ia telah menjadi seramai ini!
Ia bukanlah skim cepat kaya, tetapi anda perlu percaya bahawa dengan usaha yang berterusan, tak jemu mempelajari dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari. Tak mustahil anda juga boleh berjaya. Anda hanya perlu bermula untuk kegunaan diri sendiri dan keluarga sahaja! Kemudian promosikan kepada rakan terdekat atau diseluruh negara. Dengan kuasa internet, tiada halangan untuk anda meluaskan cawangan diseluruh negara.
Jangan risau, sebab segala panduan dan teknik mepromosikan (ONLINE & OFFLINE) akan diberikan kepada anda sebaik sahaja anda menjadi ahli. Apa yang penting ialah BERMULA!