Ada yang tertanya-tanya, mudah sangat ke nak buat duit dengan nuffnang ni sampaikan majoriti blog rakyat Malaysia ada iklan nuffnang ni termasuklah blog ni. Pada saya memang mudah nak buat duit dengan nuffnang , sebab kita hanya perlu letakkan kod iklan di blog kita. Kalau ada pelawat yang klik pada iklan tersebut, dapatla kita komisen. Senang kan?
Apa itu Nuffnang?
Nuffnang ialah sebuah syarikat pengiklanan yang mempunyai banyak klien syarikat besar seperti Digi, Samsung, Nike, Sony, etc. Nuffnang juga adalah sebuah komuniti blogger yang banyak jalankan aktiviti untuk blogger. Nuffnang menjadi orang tengah anda pengiklan dan blogger. Dimana Nuffnang akan sediakan kod iklan syarikat untuk diletakkan oleh blogger di blog masing-masing. Dengan cara ini, pengiklan dapat pelanggan, blogger pula akan dapat komisen hasil dari iklan tersebut. Nuffnang ni juga adalah “ibu” kepada churpchurp.
Bagaimana Cara Nak Buat Duit Dengan Nuffnang?
Saya akan tunjukkan langkah demi langkah untuk bolehkan anda buat duit dengan nuffnang ni.
1. Daftar percuma dulu di website rasmi Nuffang di http://nuffnang.com.my
2. Klik Sign Up dan isikan borang dengan lengkap
3. Tekan Submit. Selepas berjaya anda akan terima email dari pihak Nuffnang dan bolehla letakkan kod iklan Nuffnang dan seterusnya mula buat duit dengan nuffnang. Caranya;
4. Login ke akaun Nuffnang . Klik Blog Manager dan scrol ke bawah sehingga anda jumpa ruang Add a Blog . Isikan maklumat blog anda dan klik add a new blog. Anda akan perlu mengisi borang yang lebih detail berkaitan blog anda.
5. Selepas itu, klik menu Add Ads untuk mendapatkan kod iklan Nuffnang yang diingini. Pilih bentuk iklan yang sesuai, copy dan paste di blog anda.
6. Anda boleh cashout komisen anda bila ia sudah melebihi RM50. Satu klik yang berjaya diperolehi, mampu memberikan pulangan antaran RM0.25 – RM3. Nuffnang juga ada offer paid ads kepada blogger pilihan, yang biasanya mempunyai pelawat yang sangat ramai setiap hari. Ini yang ada sampai jadi blogger jutawan hanya dengan buat duit dengan Nuffnang je.
thanks untuk info ni 🙂
Buat duit dengan clickbank pon salah satu income secara online. Malah kalau tahu satu teknik ini, boleh buat pasif income.
Sistem ni pon boleh guna pada nuffnang supaya blogger tak perlu susah-susah buat blogwalking sebab sistem ni akan bawa pelawat ke blog