Ramai orang setuju bahawa buat duit dengan affiliate adalah salah satu cara paling mudah nak buat duit di internet. Tetapi, masih ramai newbie yang sedih dan kecewa sebab masih gagal menjana sebarang pendapatan darinya.
Newbie terlalu mengambil mudah kerjaya mereka sebagai affiliate dan akhirnya mereka kecundang. Walaupun mudah untuk jana pendapatan melalui affiliate, ia tidaklah semudah ABC. Mudah yang di maksudkan adalah jika anda berusaha, anda pasti berjaya.
Ada tiga sebab utama kenapa anda gagal buat duit dengan affiliate.
#1 : Senang untuk sertai sesuatu program affiliate.
Di sebabkan untuk menyertai sesuatu program affiliate itu mudah, ramai di antara para newbie terlalu mengambil mudah akan potensi perniagaan affiliate. Mereka menganggap untuk jana pendapatan melalui affiliate itu cukup mudah seperti mana mudahnya mereka mendaftar sesuatu program affiliate. Malangnya ia tidak semudah itu.
Jangan biarkan diri anda leka dengan situasi ini. Sebenarnya, mereka yang gagal buat duit dengan affiliate adalah di sebabkan mereka tidak menjadi affiliate. Affiliate adalah agen jualan dan anda perlu bekerja untuk memperoleh komisyen. Jika anda tidak bekerja, anda akan gagal.
#2 : Malas.
Sebab kedua kenapa anda gagal sebagai affiliate adalah di sebabkan anda malas untuk bekerja. Anda bukan sahaja malas dari segi belajar, tetapi anda juga malas dari bertindak. Di sebabkan malas, anda jadi hilang fokus atas sebab apa ada menyertai sesuatu program affiliate. Malas adalah masalah utama yang anda perlu atasi untuk menjadikan diri anda seorang affiliate.
Malas nak tulis artikel berkaitan produk affiliate yang nak dipromosikan
Malas nak kongsikan url produk affiliate di facebook, twitter dsb
Sifat malas memang sukar dibendung kerana ada orang selesa dengan situasi pekerjaan sebagai makan gaji di mana setiap bulan mereka sudah pasti akan menerima wang. Jika anda berada dalam golongan ini, anda perlu buangkan sifat malas kerana jika anda tidak bekerja keras, anda tidak akan kemana – mana. Lainlah kerja makan gaji di mana anda tetap akan di bayar gaji walaupun anda bekerja cukup-cukup makan sahaja.
Untuk membuang sifat malas, anda perlu buang sifat rasa terjamin. Dalam bisnes internet, tiada jaminan anda akan berjaya. Anda perlu berusaha untuk membentuk jaminan anda sendiri dengan berusaha sebanyak mungkin.
#3: Tidak tahu bagaimana
Masalah ketiga bagi newbie yang gagal dalam affiliate adalah mereka tidak pernah ingin belajar bagaimana hendak memahirkan kemahiran melakukan promosi melalu internet. Internet penuh dengan dunia programming, jika anda ingin berjaya, anda perlu pelajarinya. Anda juga perlu pandai mempelbagaikan teknik promosi.
Kita boleh belajar apa yang kita tak tahu,tetapi kalau kita malas untuk aplikasikan apa yang kita tahu,ia akan menjadi sia-sia sahaja.
Ia hanya boleh di capai menerusi pembelajaran. Ada di kalangan newbie tidak tahu bagaimana hendak install wordpress di blog masing-masing. Kemahiran seperti ini anda perlu mahir dan kuasai. Memang anda boleh upah orang lain tetapi anda juga perlu faham kaedahnya supaya anda tidak tertipu nanti.
Sekarang, saya kongsikan 3 sebab kenapa ada yang berjaya buat duit dengan affiliate.
#1: Masa yang konsisten.
Mereka yang berjaya membuat duit dengan affiliate adalah mereka meletakkan affiliate ini sebagai karier mereka. Ini bermakna mereka meletakkan affiliate sebagai satu pekerjaan di mana ia wajib di lakukan. Setiap hari mereka memperuntukkan masa tertentu seperti 2 jam bagi mereka yang part time dan 8 jam bagi mereka yang full time IM bagi melakukan promosi secara affiliate.
#2: Mereka fokus pada satu-satu produk pada setiap masa.
Mereka berjaya sebab mereka fokus pada kerja mereka. Mereka tidak langsung membebankan otak mereka dengan melakukan pekerjaan yang banyak dalam satu-satu masa. Mereka yang berjaya selalunya mempunyai jadual dan sistem tersendiri untuk melakukan pekerjaan. Mereka ikut apa yang mereka rancang tanpa putus asa melainkan ada hal-hal kecemasan.
Katakan mereka ingin promosikan produk A, mereka fokus pada penulisan artikel dan emel berkaitan produk A sahaja tanpa diselangselikan dengan produk lain. Ia akan menjadikan mereka mempunyai prospek yang lebih ramai dan mempunyai memang inginkan produk yang diingini.
#3 : Belajar secara berterusan.
Mereka yang berjaya adalah golongan yang tidak jemu-jemu belajar dan seterusnya mempertajamkan kemahiran promosi mereka. Mereka tidak kedekut untuk membeli ilmu dan tidak malu untuk bertanya. Mereka akan sentiasa dahagakan ilmu walaupun dari seorang newbie.
Salah satu cara untuk belajar ialah dengan melanggan panduan buat duit dengan affiliate ini, ia adalah percuma sahaja dan pasti akan membuka mata anda untuk lebih berjaya.
Sememangnya inilah teknik sebenar gandakan duit dengan affiliate.
kadangkala walaupun sudah berusaha belum ada rezeki lagi. kenala bersabar dan mencari punca dimana kesilapan. Jangan mudah mengalah. Belajar teknik promosi terkini dan belajar dari yang pakar