Seorang Muslim perlu memperhatikan adab membaca al Quran bagi mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya. Membaca Qur’an seharusnya sudah menjadi agenda harian kita.
Dengan menjadikan amlaan membaca al quran sebagai rutin harianm maka ia secara tidak langsung memberikan kita ketenangan untuk menjalani hidup ini. Namun begitu kita masih perlu menjaga adab-adab ketikan membaca alquran.
Kali ini saya kongsikan beberapa adab membaca al Quran yang diharap akan dapat dijadikan panduan buat kita semua. Agar amalan ini akan diterima oleh Allah.
1. Apabila anda ingin membaca Al – Quran, periksa niat anda iaitu anda ingin membaca Al – Quran hanya kerana Allah taala bukannya kerana diri sendiri atau ingin menunjuk – nunjuk. Ikhlas membaca Al – Quran.
2. Ambil wuduk sebelum membaca Al – Quran sebagai tanda anda menghormati ayat – ayat suci Al – Quran.
3. Sebelum anda mula membaca Al – Quran, anda mulakan dengan bacaan doa. Berdoa pada Allah taala supaya beri anda hidayah dan lindungi diri anda daripada iblis dan syaitan yang suka menghasut.
4. Pastikan anda memakai yang menutup aurat ketik membaca Al-Quran. Selain itu, pastikan pakaian yang anda pakai adalah bersih.
5. Baca Al-Quran di kawasan yang bersih, bukannya di kawasan kotor seperti tandas dan tempat pembuangan sampah.
6. Hayati apa yang anda baca menerusi Al – Quran. Berdoalah supaya anda di beri kefahaman untuk faham apa yang Allah perintahkan melalui ayat Al – Quran.
[[ MY QALAM : Membantu Anda Belajar Ilmu Al- Quran ++ Juga Sesuai untuk anak-anak belajar mengaji]]
7. Berusaha untuk menangis ketika membaca Al – Quran.
8. Membaca dengan suara yang sesuai dengan pendengaran telinga anda. Jangan baca terlalu kuat sehingga menganggu orang lain dan jangan baca terlalu perlahan sehingga anda tidak dengar apa yang anda baca.
9. Sentiasa perbaiki kebolehan anda membaca ayat Al-Quran seperti disegi tajwid.
10. Belajar bahasa arab supaya anda faham apa yang anda baca.
11. Selepas habis membaca Al-Quran, anda berdoa pada Allah taala dengan doa yang anda mahu baca.
12. Memuliakan ayat Al-Quran dan dalam masa yang sama menghormati ayat Al-Quran. Ketika anda sedang membacanya, anda jangan baca secara sambil lewa seperti ketawa dan bersembang dengan orang lain. Anda perlu serius ketika membaca Al-Quran dan fokus.
Rujukan lain:
Adab-adab Membaca Al-Quran
22 Adab dan Petua Membaca al-Quran
Adab membaca al-Quran
1 thought on “Adab membaca Al – Quran dengan baik”