Kali ini saya akan kongsikan bahagian ke-7 bagi 50 Strategi Pemasaran Produk Online . Ia adalah strategi RAHSIA yang sering digunakan oleh jutawan internet dalam menghasilkan keuntungan yang lumayan untuk sebarang produk yang mereka promosikan.
Oleh sebab ia adalah satu senarai yang panjang, saya telah membahagikannya kepada 10 bahagian dimana setiap bahagian mempunyai 5 strategi pemasaran produk secara online. Anda boleh klik part 1 , part 2, part 3 , part 4 , part 5 dan part 6 untuk membaca strategi pemasaran sebelumnya. Semoga anda akan mendapat manfaat dari artikel ini.
Berikut adalah bahagian ke-7 untuk strategi pemasaran produk secara online :
31. Strategi : “Jual dan Untung”
Beritahu prospek anda bahawa mereka akan menikmati komisen yang istimewa jika mereka mencapai target anda. Ia akan membantu memberikan motivasi buat mereka untuk mempromosikan produk anda secara besar – besaran.
Contoh ayat: “Dapatkan jualan seminimum 50 jualan, dan anda akan diberikan bonus hebat bernilai RM1000..”
32. Strategi : “Laman Keahlian Isitimewa”
Sesuai bagi yang mempromosikan affiliate, umumkan kepada prospek anda bahawa anda akan memberikan sesuatu yang istimewa jika mereka membeli melalui link affiliate anda. Jika anda memiliki laman keahlian, berikan sesuatu yang sukar untuk dilepaskan atau boleh memberi penjimatan kepada mereka.
Contoh ayat: “Anda berpeluang mendapat keahlian secara percuma selama 6 bulan sekiranya anda membeli melalui link affiliate saya..”
33. Strategi : “Sudahkah Anda Memiliki”
Kaedah ini memberitahu pelanggan atau prospek anda bahawa mereka memerlukan sedikit motivasi dan panduan untuk menggunakan produk anda.
[[Ketahui RAHSIA MUDAHNYA Menjemput Rezeki berbanding Mencari Rezeki]]
Anda boleh tawarkan khidmat perunding secara percuma atau bayaran minimum agar mereka boleh memanfaatkan produk anda sepenuhnya. Dengan ini, ia menggalakkan mereka untuk mendapatkan lagi produk anda dimasa hadapan.
Contoh ayat: “Sudahkah anda memiliki produk kami namun belum menggunakannya, jangan risau kerana saya akan tunjukkan bagaimana produk ini akan membantu anda sepenuhnya..”
34. Strategi : “Baru dan Murah”
Beritahu prospek anda bahawa produk anda merupakan produk yang terbaru dipasaran namun harganya sangat murah. Beritahu bahawa, ramai juga menjualnya diluar sana namun harganya berlipat kali ganda dan nyatakan juga bahawa anda membantu menjimatkan pelaburan mereka.
Contoh ayat: “Inilah produk terbaru di pasaran dan saya tawarkannya pada harga terendah berbanding di tempat lain..”
35. Strategi : “Adakah Anda Bersedia?”
Strategi ini memberitahu prospek anda bahawa anda akan melancarkan produk terbaru anda. Notis pra pelancaran akan menyemarakkan lagi minat mereka terhadap produk anda. Namun, jangan berikan kesemua info mengenai produk anda, sebaliknya biarkan mereka membayangkannya sendiri.
Contoh ayat: “Adakah anda bersedia pada Ahad ini dimana satu lagi revolusi perniagaan internet akan muncul..”
Jangan lupa untuk ikut strategi pemasaran produk berikutnya di blog ini.