Skip to content

Buat Duit dengan Handphone

Cara Buat Duit | Tanpa Modal @ Modal Rendah

Menu
  • About
  • Bisnes Topup
  • Hubungi
  • Penafian
  • Privacy Policy
  • Sitemap
  • Terms and Conditions
Menu

Buat Duit Dengan Ebook

Posted on March 7, 2013 by asma

Ebook ialah buku elektronik. Ia adalah buku yang dicipta oleh computer dan dibuat tersedia melalui muat turun online. Ia cara yang sangat mudah memperoleh maklumat untuk orang yang mahukannya. Jika orang mahukannya, mereka cuma perlu klik butang muat turun.
Itulah sebab kebanyakan jualan eBook di Internet berlaku hanya mengikut naluri. Orang tidak membuat apa-apa keputusan aktif untuk membeli eBook – mereka sekadar menjumpainya, menyukainya dan muat turunnya. Dan oleh kerana anda akan buat eBook tentang subjek yang menarik minat anda, terdapat banyak peluang orang membelinya daripada laman web atau blog anda.
 Jadi bagaimana cara anda menulis eBook?
Perkara pertama ialah menumpukan perhatian pada subjek yang anda ingin cakapkan. Tentulah, anda hendak menulis tentang topik kegemaran anda, tetapi anda boleh berkisar pada satu aspek untuk kebaikan suatu eBook. Seperti, jika memasak ialah minat anda, anda boleh fokus pada hanya satu aspek pada satu masa. Anda boleh tulis eBook tentang resipi telur, contohnya. Ini memberikan anda tumpuan yang lebih baik.
Dengan subjek dalam minda anda, fikirkan topiknya. Ingatlah bahawa topik-topik ini mestilah apa yang orang suka baca. Anda mesti buat halaman kandungan. Apabila halaman kandungan telah sedia, anda tahu anda telah rangkumi semua yang anda perlu cakap apabila eBook telah siap. Menyusun halaman kandungan ialah langkah pertama yang sangat penting dalam membina eBook. Ia memberikan penulis arah dan fokus.
Sekarang, untuk setiap subjek, anda mesti pastikan anda ada beberapa maklumat yang bagus untuk disampaikan. Jenis maklumat berikut berkesan dalam eBook:-
1.     Tip dan petua
2.     Kaedah Do-it-yourself (Buat Sendiri)
3.    Pengalaman dan kisah peribadi
4.     Penulisan yang bermotivasi
5.     Fakta yang menarik dan kurang dikenali ramai
6.     Link laman web untuk mendapatkan lebih banyak maklumat
Anda sudah faham semuanya. Anda mesti tambahkan nilai ke dalam eBook anda. Berikan sebanyak mana maklumat berguna yang anda boleh beri.
Sekarang, duduk dan tulis. Anda mesti letakkan hati dan semangat anda ke dalam penulisan itu kerana ini ialah subjek yang menarik minat anda.
Ingatlah juga untuk buatkan eBook anda kemas. Berikut ialah beberapa tip berguna yang akan anda perlu gunakan:-
1.     Gunakan font yang bagus
2.     Gunakan tajuk dan tajuk kecil
3.     Gunakan bahasa mudah
Biarkan idea anda mengalir dengan teratur.    Atau anda boleh mendapatkan panduan tulis ebook yang banyak di pasaran.

1 thought on “Buat Duit Dengan Ebook”

  1. jono says:
    March 15, 2013 at 9:07 am

    yaaa banyak manfaat tip-tip menulis ebook nya mkasih makasih

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Tawaran 1GB Data Internet Percuma PKP dilanjutkan sehingga 24 jam
  • Projek Buat Duit
  • Welcome Deal Onexox untuk Pengguna Baru Onexox Prepaid
  • FAQ Apa itu Onexox Black?
  • Pilihan Onexox Black Plan yang ada

Archives

Categories

  • Bisnes Tone Excel
  • Bisnes Topup
  • Blog Bisnes
  • Simkad Onexox
  • Telco Malaysia
  • Uncategorized
  • VIP Tone Excel
© 2023 Buat Duit dengan Handphone | Powered by Superbs Personal Blog theme