Skip to content

Buat Duit dengan Handphone

Cara Buat Duit | Tanpa Modal @ Modal Rendah

Menu
  • About
  • Bisnes Topup
  • Hubungi
  • Penafian
  • Privacy Policy
  • Sitemap
  • Terms and Conditions
Menu

3 teknik untuk cari idea tajuk ebook – part 1

Posted on March 14, 2013 by asma

Proses menulis ebook adalah lagi mudah dari proses mencari tajuk ebook untuk di tulis. Kadangkala, yang menjadi penghalang kepada usahawan internet untuk memiliki perniagaan ebook sendiri bukan di sebabkan tidak ada kemahiran menulis tetapi tidak tahu hendak menulis apa.
Ebook di tulis untuk menyelesaikan masalah orang ramai. Orang ramai membeli ebook di sebabkan mereka mahukan maklumat yang ada di dalam ebook tersebut. Sebenarnya, anda boleh tulis apa sahaja yang anda mahu kemudian anda hanya perlu menjualnya kepada mereka yang memerlukannya.
Konsepnya mudah, jual minuman pada mereka yang dahaga dan jual makanan pada mereka yang lapar. Jual ebook pada mereka yang mahukan maklumat tersebut. Maksudnya, anda boleh jual ebook apapun asalkan teknik pemasaran anda bagus.
Untuk membantu anda mencari idea untuk tulis ebook, saya senaraikan tiga teknik simple yang boleh membantu anda untuk cari idea untuk menulis ebook.
Teknik Pertama : Tulis apa yang anda tahu.
Cuba  senaraikan 10  perkara atau topik yang anda tahu dan minat di dalam kehidupan anda . Contohnya

  1. Kereta
  2. Saham
  3. Politik
  4. Motivasi
  5. Agama
  6. Memasak
  7. Hobi anda.
  8. Berkebun
  9. Meluangkan masa dengan keluarga
  10.  Memikat wanita.

Dari 10 perkara yang anda senaraikan itu, anda pilih tiga topik yang anda rasa anda mempunyai pengetahuan yang meluas mengenai topik tersebut. Melalui tiga topik ini, pilih satu topik yang anda rasa, anda boleh siapkan ebook tersebut dalam masa terdekat ini.
Contohnya, pada tapisan pertaman anda memilih tiga perkara berikut iaitu

  1. Memasak
  2. Kereta
  3. Saham

Melalui tiga perkara di atas, anda rasa topik memasak adalah topik yang anda boleh mulakan penulisan dengan segera kerana anda hanya perlu mengambil masa yang sekejap untuk menulis kesemua resepi yang anda tahu di sebabkan ia berada di dalam kepala anda.
Tulis sesuatu yang paling banyak berada di dalam kepala anda. Anda tidak perlu merujuk mana-mana buku atau bahan kajian kerana anda memang tahu. Ingat di dalam industri ebook, anda boleh tulis apa sahaja yang anda mahu kerana tugas anda hanyalah mencari sekelompok manusia yang mahukan maklumat tersebut di Internet.
Saya akan kongsikan 2 lagi teknik pada posting yang akan datang.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Tawaran 1GB Data Internet Percuma PKP dilanjutkan sehingga 24 jam
  • Projek Buat Duit
  • Welcome Deal Onexox untuk Pengguna Baru Onexox Prepaid
  • FAQ Apa itu Onexox Black?
  • Pilihan Onexox Black Plan yang ada

Archives

Categories

  • Bisnes Tone Excel
  • Bisnes Topup
  • Blog Bisnes
  • Simkad Onexox
  • Telco Malaysia
  • Uncategorized
  • VIP Tone Excel
© 2023 Buat Duit dengan Handphone | Powered by Superbs Personal Blog theme