Ramai individu gagal dalam menguruskan masa dengan betul kerana mereka tidak mempunyai perancangan yang rapi. Mereka menghadapi kehidupan secara tidak sistematik, kelam kabut dan gopoh-gapah.
FAKTOR PENGURUSAN MASA YANG SALAH
Antara tabiat yang menyebabkan masa tidak diuruskan masa dengan betul ialah:
a) Tidak mempunyai jadual waktu harian.
b) Suka menangguh-nangguhkan masa dalam sesuatu aktiviti.
c) Suka melakukan kerja pada saat akhir (last minute).
d) Suka membazirkan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
e) Tidak mematuhi jadual waktu yang telah disediakan.
f) Tidak ada susunan keutamaan atau tidak tahu mana aktiviti yang kurang penting.
KEMAHIRAN YANG PERLU ADA DALAM MEMBUAT PERANCANGAN DAN PENJADUALAN WAKTU
1) Menghargai masa.
Masa ialah kehidupan itu sendiri dan merupakan nikmat Allah SWT yang paling bernilai. Jika anda membazir atau membuang masa dengan sia-sia bermakna anda tidak menghargai kehidupan anda. Hal ini juga bermakna anda tidak menghargai nikmat Atlah SWT kepada anda.
2) Menghitung masa.
Masa yang ada pada kita adalah terhad. Masa berlalu tidak akan berulang kembali. Oleh itu.anda harus menghitung banyak mana masa yang ada untuk menghadapi peperiksaan. Belum pasti semua masa yang anda hitung tadi benar-benar boleh anda gunakan. Oleh itu, kiralah pula berapa banyakkah masa yang benar-benar boleh anda gunakan untuk belajar setelah menolak masa tidur, rehat, bersukan. bercuti dan aktiviti-aktiviti lain lagi.
3) Mengagih-agihkan masa dengan bijaksana.
Pembahagian masa ini perlu dibuat secara bulanan, mingguan dan harian.
4) Menjaga masa dengan baik.
Anda perlu mendisiplinkan diri agar mematuhi rancangan yang telah diatur. Masa tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa hasil yang produktif. Anda perlu sentiasa menyemak samaada masa anda diisi dengan baik atau banyak terbuang begitu sahaja.Anda perlu mengukur sejauh mana objektif anda tercapai dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
5) Menunaikan objektif jangka pendek dan jangka panjang.
Untuk menghargai dan menggunakan masa dengan bijak, anda perlu menentukan objektif anda. Menentukan objektif bermakna anda menetapkan matlamat untuk diri anda. Hal ini bermakna anda mempunyai pandangan atau wawasan yang jelas tentang sasarananda, hala tuju dan seterusnya strategi yang perlu dilakukan untuk mencapainya.
TIPS MENETAPKAN OBJEKTIF DALAM PENGURUSAN MASA
Seorang individu pertu mempunyai dua jenis objektif dalam melakukan sesuatu kerja iaitu objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang.
Objektif jangka pendek
Biasanya ialah sesuatu yang ingin dicapai dalam masa sebulan atau dua bulan, satu penggal atau satu semester.
Objektif jangka panjang
Sesuatu yang ingin dicapai dalam masa satu hingga lima tahun.
Kebanyakan individu gagal disebabkan mereka tidak mempunyai objektif tertentu dalam kehidupan mereka. Mereka tidak tahu apakah yang ingin dicapai atau ke arah manakah hala yang akan dituju ataupun apakah yang harus dilakukan untuk menentukan sesuatu objektif. Mereka tidak mempunyai sasaran tertentu, akibatnya pembahagian masa tidak sistematik dan konsisten.
Berikut ialah beberapa panduan yang perlu dilakukan oleh seorang individu dalam menetapkan objektifnya :
(a) Tuliskan objektif anda
Dengan adanya objektif. Maka anda mempunyai matlamat. halatuju, pernyataan yang jelas dan juga perkara yang ingin dicapai. Hal ini juga akan menjadikan anda betul-betul serius dan membantu anda untuk memberi perhatian yang sepenuhnya untuk mencapai objektif tersebut
(b) Tentukan objektif anda secara spesifik
Anda perlu menyatakan objektif secara spesifik bukan dalam bentuk yang terlalu umum. Semua orang mahu berjaya tetapi pada tahap kejayaan yang sebagaimana?
(c) Tentukan objektif anda secara realistik dan boleh dicapai
Sasaran yang ingin dicapai mestilah berpijak di bumi yang nyata. Sasaran yang realistik ialah sasaran yang boleh dicapai oleh semua orang yang mempunyai kemampuan dan kebolehan yang sama dengan anda. Dengan perkataan lain, bukan sesuatu perkara yang mustahil untuk dicapai oleh seorang individu.
(d) Senaraikan objektif anda mengikut susunan keutamaan
Objektif yang paling penting mestilah mengatasi keutamaan daripada objektif yang kurang penting. Ini adalah untuk memudahkan anda memberi tumpuan kepada yang lebih penting dahulu. Jika andatidak berjaya mencapai kesemua objektif yang ditentukan, sekurang-kurangnya anda dapat memastikan objektif anda tidak terabai.
(e) Menetapkan jangka masa tertentu
Untuk mencapai sesuatu objektif kita mesti menentukan batasan waktu atau ‘time frame’ iaitu bilakah objektif itu hendak dicapai ataupun boleh dicapai