Sebagai seorang islam, kita pasti tahu kepentingan dan keistimewan Al-Quran. Siapalah kita untuk menyoal apa yang di suruh di dalam Al-Quran kerana terang  terangan semua isi di dalam Al-Quran adalah perintah Allah taala.
Apabila kita hayati perkataan ‘ perintah ‘, kita perlu sedar bahawa kita tidak boleh melawan perintah Allah taala. Kita tidak boleh ragu  ragu untuk melakukan apa yang Allah taala suruh di dalam Al-Quran kerana kita adalah hambaNya.
Cinta pada Allah taala tidak boleh di ucap dengan kata  kata sahaja. Sebaliknya anda perlu buktikan yang anda yakin pada Allah taala dengan menunaikan segala perkara yang di perintah Allah taala di dalam Al-Quran.
Allah taala menyuruh kita supaya ada sikap sabar, jadi kita perlu bersabar.
Allah taala menyuruh kita mengikut nabi Muhammad S.A.W, jadi kita perlu ikut Nabi Muhammad S.A.W tanpa ragu  ragu.
Allah taala Menyuruh kita menjaga saudara seagama, jadi kita perlu jaga saudara seagama.
Memang untuk beriman, kita perlu tegas. Ramai yang suka mencari sebab kenapa Allah taala perintah itu dan perintah ini di dalam Al-Quran. Apabila anda suka mencari sebab, kemudian baru anda amal apa yang Al ÂQuran suruh, anda akan jadi orang yang rugi kerana lewat mengikut perintah Allah taala.
Bagi saya, kita perlu ikut apa yang Allah taala suruh tanpa ragu  ragu. Apabila kita yakin dengan amalan kita, Allah taala akan beri hadiah iaitu hidayah kenapa Dia menyuruh kita melakukan itu dan ini. Hidup ini satu perjalanan dan kita belajar melalui pengalaman.
Tidak dapat kita nafikan Al  Quran adalah panduan hidup dan kita perlu ikut apa yang Al-Quran kata supaya kita dapat rasa kebahagiaan di dunia dan akhirat. Wallahualam.