Al ÂQuran mengandungi himpunan wahyu  wahyu yang di terima oleh rasulullah S.a.W untuk di sampaikan kepada kita. Walaupun jelas ayat  ayat Al ÂQuran adalah benar, syaitan dan iblis tidak akan berputus asa untuk menghasut kita.
Berikut adalah antara cara yang di gunakan iblis untuk menghasut kita berkenaan dengan Al ÂQuran
Mereka akan hasut kita untuk mengubah atau menambah makna ayat Âayat Al-Quran.
Mereka akan hasut kita untuk gunakan keistimewaan ayat Al ÂQuran untuk perkara  perkara jahat seperti pukau dan sebagainya.
Mereka akan menghasut kononnya kita adalah Nabi Muhammad S.A.W yang di lahirkan semula dan berkata Al ÂQuran adalah milik anda.
Mereka akan hasut kita untuk tidak percaya pada ayat Al ÂQuran kerana ianya tidak lengkap dan terdapat banyak cacat cela.
Mereka akan hasut kita untuk gunakan ayat Al ÂQuran demi kepentingan peribadi seperti memenangi sesuatu debat, menipu orang ramai dan mempertahankan diri yang terang  terang telah melakukan salah.
Mereka akan beri kefahaman ayat Al ÂQuran versi yang mereka cipta sendiri kepada anda dan anda akan sesat apabila anda beramal dengan kefahaman yang mereka beri itu.
Mereka menghasut anda untuk mengaku anda adalah Nabi berdasarkan ayat Âayat Al  Quran.
Mereka menipu anda dengan kebenaran ayat Al  Quran.
Mereka menghasut anda untuk bergaduh sesama muslim dengan kerana perbezaan dalam kefahaman ayat AL ÂQuran.
Mereka menghasut anda menggunakan ayat Al-Quran separuh sahaja manakala yang separuh lagi mereka suruh anda tutup mata sahaja.
Mereka menghasut anda untuk gunakan ayat Al ÂQuran untuk tegakkan benang yang basah.