Skip to content

Buat Duit dengan Handphone

Cara Buat Duit | Tanpa Modal @ Modal Rendah

Menu
  • About
  • Bisnes Topup
  • Hubungi
  • Penafian
  • Privacy Policy
  • Sitemap
  • Terms and Conditions
Menu

Pemasaran Emel Dengan Autoresponder

Posted on November 6, 2013 by asma

Salah satu alat terbaik yang anda boleh miliki untuk kempen pemasaran emel adalah autoresponder. Terdapat banyak faedah yang anda boleh dapat melalui sistem begini, tetapi perkara terbaik ialah autoresponder akan menguruskan kempen pemasaran anda sepanjang masa tanpa kegagalan, yang juga bermaksud anda sebagus jurujual 24-jam untuk mempromosikan kempen pemasaran online anda. Pernahkah anda lihat surat jualan yang memberitahu anda bahawa mereka akan menjawab pertanyaan anda walaupun pukul 2 pagi? Jangan menganggap bahawa mereka terus berjaga sepanjang masa mengawasi peti surat mereka. Tetapi sebenarnya mereka menggunakan autoresponder yang menghantar respon automatik ke sistem pertanyaan, dengan segera.
Kepada orang yang menerima, ini benar-benar ciri yang hebat. Mereka tidak perlu menunggu, mereka mendapat semua jawapan dengan segera. Semasa anda merancang untuk mengautomasikan tugas sebanyak mungkin demi menjimatkan masa untuk tugas penting yang lain, anda memang tidak boleh abaikan autoresponder.
Mari kita lihat beberapa faedah yang anda dapat dengan autoresponder:-
Ia Membina Squeeze Page
Inilah satu faedah terbaik. Pada squeeze page, anda memerlukan butang yang pelawat perlu isi dengan nama dan emel mereka. Autoresponder ada kod lazim yang anda boleh guna pada laman web anda yang mana menghasilkan borang-borang ini. Bukan itu saja, ia boleh merekodkan maklumat yang pelawat anda letakkan dan menyimpannya dengan selamat untuk komunikasi kemudian hari.
Ia Menghantar Jawapan Segera
Sebaik saja alamat emel diterima, autoresponder akan hantarkan mereka jawapan segera, yang mana secara automatik. Anda boleh tetapkan jawapan ini pada bila-bila masa supaya jawapan yang anda buat itu akan menuju ke orang-orang ini. Kata-kata ialah tugas anda, servis ialah tugas autoresponder.
Ia Meneruskan Kempen Pemasaran Emel Anda
Apabila anda hendak menghantar emel promosi selanjutnya kepada semua lead ini, anda tidak perlu mengisi semua alamat mereka secara manual. Autoresponder yang telah menyimpan maklumat mereka akan menghantar emel-emel ini kepada semua orang yang berada dalam senarai itu dengan segera.
Ia Mengesan Jawapan
Sebarang jenis respon yang emel ini terima akan direkodkan oleh autoresponder dan akan dilaporkan kepada anda. Anda tidak perlu mengesannya langsung. Hakikatnya, anda boleh mengautomasikan jawapan kepada mereka melalui autoresponder- autoresponder ini.
Perkara terbaik ialah tanggapan. Lead anda akan mengetahui betapa tekunnya anda tentang seluruh perkara ini. Mereka akan rasa gembira membuat bisnes dengan anda kerana ketepatan servis yang anda pamerkan melalui autoresponder yang hebat ini.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Tawaran 1GB Data Internet Percuma PKP dilanjutkan sehingga 24 jam
  • Projek Buat Duit
  • Welcome Deal Onexox untuk Pengguna Baru Onexox Prepaid
  • FAQ Apa itu Onexox Black?
  • Pilihan Onexox Black Plan yang ada

Archives

Categories

  • Bisnes Tone Excel
  • Bisnes Topup
  • Blog Bisnes
  • Simkad Onexox
  • Telco Malaysia
  • Uncategorized
  • VIP Tone Excel
© 2023 Buat Duit dengan Handphone | Powered by Superbs Personal Blog theme