Jika anda mahu anak  anak anda tidak liat ketika membaca Al ÂQuran, anda perlu mula mengajar mereka membaca Al ÂQuran sejak dari kecil lagi. Anak  anak sekarang bukan seperti anak  anak di zaman kita di mana kita terpaksa tunggu umur 7 hingga 8 tahun baru di hantar ke kelas mengaji. Saya lihat sekarang ramai anak  anak matang awal dan boleh membaca se awal umur 3 dan 4 tahun. Jadi, apabila anda lihat anak anda sudah ada minat untuk belajar membaca, anda terus hantar dia ke kelas mengaji.
Selalu bercerita pada anak  anak anda mengenai kisah  kisah yang ada di dalam Al ÂQuran.
Perkenalkan Al ÂQuran pada anak  anak anda secara langsung. Maksudnya anda ajar anak anda secara langsung mengenai Al ÂQuran dan kepentingan mereka untuk berpegang dan membaca Al ÂQuran.
Hantar anak  anak anda ke sekolah agama.
Anda amalkan pembacaan Al ÂQuran pada setiap hari.
Sebelum anak  anak anda tidur, anda suruh mereka untuk baca Al ÂQuran walaupun satu helai. Apabila membaca Al ÂQuran pada setiap hari, mereka akhirnya akan rasa seronok untuk terus membaca walaupun pada awalnya mereka rasa terpaksa untuk baca.
Bagi anak yang sudah remaja tetapi anda baru sedar untuk ajar mereka membaca Al ÂQuran, anda perlu gunakan sedikit ketegasan. Anda perlu bersikap sedikit tegas supaya mereka mahu belajar membaca Al ÂQuran.
Sentiasa bercerita pada anak  anak mengenai kelebihan mereka yang selalu membaca Al ÂQuran.
Ajak anak anda untuk sama  sama membaca Al ÂQuran dengan anda.
Berikan Al ÂQuran pada setiap anak  anak anda sebagai hadiah.